Stalkers


Yang kesah

15.6.12

Mandi Manda

Bawak bebudak ni mandi kat kolam awam di Pusat Akuatik Darul Ehsan. Kebetulan, hari rabu, Wet World Shah Alam tutup pulak. Tu alternatifnya ke PADE.

Sebelah pagi pulak, kakak pon sibuk ke tadika, aku pulak dengan check up kat klinik kesihatan tu.

Ok la, bayaran masuk untuk dewasa baru RM1.50 kalau outdoor nye kolam. Indoor yang ala ala olimpik tu, masuk RM3.

Bayaran untuk kanak kanak RM1 sahaja. Sarah baru 3 tahun, free masuknye.

Sebelum terjun kolam, muka pon teruja nak berposing.



Bila dah terjun kolam, penakut pulak bebudak ni nak masuk tengah kolam. Bak kata Sarah, air bergerak.

Cuaca boleh tahan panas, tapi angin kuat juga. Kakak naik cepat2 sebab badan dah menggeletar sejuk. Adik jer lama sikit berendam.





Aku pon tak melepas peluang berenang..poyo poyo ala ala sang buaya la..sekali mendapat, sengal pinggang dol lepas habis mandi tu membawak ke esok.

Kami ambil sesi 3-5 petang. Perut pon sedikit lapar..tunggu sosej, lambat benar nak di panggang..so, bebudak belasah jer aiskrim.




- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: