Selasa(minggu lepas) konon nya nak pergi dataran Klang nak cuci mata cari kain ela ke, kain langsir ker..tak jadi pulak. Last minute, tukar plan..
Berdating menengok Snow White la pulak kat JJ Bukit Tinggi. Nak tengok Bohsia 2 show nye pukul 12, karang berkejar pulak en hubby nak masuk kerja petang. Dia half day jer, aku yang full day.
Bosan gak sampai ke JJ awal, sebelum kul 10 tu. Show pulak start 11. Sempat la cuci mata masuk JJ. Terpesona gitu dengan caserole dan pinggan mangkuk nye. Tapi, mahal pulak harganya.
Bila nak ke Langkawi ni, sopping pinggan mangkok? Mangkok berayon sungguh impian ini...
Rabu pagi ada check up kat klinik gomen. Mujur tak ramai orang. Sebelah petang baru la kami ke kolam renang Pusat Akuatik Darul Ehsan PADE.
Khamis tu memang la...layan bluessss aje. Maklum la, baru masuk kerja.
Jumaat emergency. 5 minit sebelum Sopie pergi sekolah baru tahu ada collect report card day kat sekolah dia. Lepas jumpa cikgu, budak boleh balik.
Blank kejap.
Sebab Sopie dah pergi sekolah cam biasa. En Hubby lak rushing de miting kat Putrajaya kul 9 am.
Kesian Sopie lambat balik kalau tak pergi.
End up nye, aku masuk opis, settlekan urgent task , pastu terus apply leave. Kul 10 dah pergi ambik Sopie kat sekolah dengan adik lelaki aku. Kesian..kawan kawan ramai dah balik. Nasib aku ambik cuti.
Sebelah petang terjah la Mydin Klang. Dapat belikan mak aku nye baju baru jer, kaki aku yg pagi tadi nye kes terpelecok pagi tu sakit pulak. Potong stim betulll.....
Awal awal tak sakit. So, tak berjaya jugak ke kedai langsir tu. Actually nak mencari day curtain bilik mak aku. Kainnya kan jarang..so boleh lermenepis nyamuk masuk. So,malam hari mak boleh bukak tingkap bilik dia. Kan sekarang ni panas.
Dah aku berjalan pon semacam, terus aku balik la. Dah la aku pregnant, kang terlihat dek mat mat pencopet akan ketidakupayaan aku..tak ke naya menjadi mangsanya? Keciwa jugak, tapi nyawa lebih penting. Lagi la 2 nyawa ni.
Ni nampak gayanya, Jumaat ni nak cuti membawak ke Isnin. Yang ni dah 2 hari. En Hubby ajak balik kampung. Lama dah tak balik sejak Januari tu.
Sebelum ni konon ada anak sedara nak kenduri..dah cancel majlisnya, tak de la kami balik-balik.
Kebetulan mertuaku pun tak de kat rumah, mereka pon dah ada 2nd home. Pondok wakaf yang depa beli dah siap. So, pengajian agama dah start, dan depa pon stay kat rumah kecik depa beli tu. Bila weekend jer baru balik rumah.
Selasa( next week), masuk kerja untuk gathering/farewell party. Ni punya arrangement pon buat aku kelam kabut jugak. Sebab Jumaat dan Isnin aku cuti. Tak per, aku kena settle kan urusan bab bab duit collection/bajet je.
Istimewanya bajet kami ni, boleh kata 80 persen collection adalah hasil jualan kertas dek kerja kerja mengemas nak pindah opis ni la.
So, grand sikit la kali ni. Ada nasi briyani ayam , order dari Jayati sek 17. Hantu nasi briyani kata sedappppp. Tapi, lain tekak, lain rasanya la kan.
Dessert pulak fruit tart & tiramisu kek. Bagi staff lain pulak terimpress merasa opismade kek ni. Jangan senduuu.
Tak sabor nak buat fruit tart kat opis untuk dessert.
Pinjam dengan acik google dulu ek gambo fruit tart nye. Teruja sungguh bile melihat gambor ini. Buah buahnya seketul pulak tu. Bankrap gini kalau follow sejibik. Tapi baru la kenyang, lagi menyihatkan lemak perut.
Tapi yang ni cam pic mini cheese tart. Ada beza cikit dengan fruit tart kita tang filing nye tu la. Fefeeeeeling ler dulu layan gambo bawah yer.
Rabu pulak nak ke Putrajaya, ada interview SPA tu..Haram 1 persediaan pon nan hadooo. Ni pon 1 hari cuti. Total dah 6 hari cuti untuk bulan 6.
Kalau larat tu, mintak en hubby drop kat lrt/komuter. Nak jengah kejap ke Sogo tu.
Ni nak mencari baju untuk si kecik bakal lahir. Tak banyak pasang pon nak belinya, 4 -5 pasang ke sebab yang lama dah sedekah kat orang. Yang tinggal pon baju besar besar umur setahun tu. Hai, berjubah lah si kecik aku karang kalau pakai baju kakak kakak nye.
Ni pon belom scan, tapi tak pe. Beli baju kaler putih jer la. kuning ke, hijau ke..
Hari tu teruja nak scan, arh, kecik ni meniarap pulak. Susah nak predict boy ke girl. Sebab pembawaannya sama jer masa mengandung sebelum no. Tapi pengharapan untuk boy tu tetap ada la.
- Posted using BlogPress from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan