Stalkers


Yang kesah

8.6.12

CEO ke Hubby Ning?

Lelaki ini sebenarnya sudah hampir 16 tahun dalam industri oil & gas.

Orang ramai mengenali beliau sebagai seorang suami / pengurus kepada seorang artis terkenal, Ning Baizura.

Tak sangka beliau menjadi CEO di opis aku kerja sekarang rentetan salah satu langkah pengstrukturan semula syarikat. (re-structuring excercise).

Gambo kredit to Pn Maimun
Haru betul dia nak datang melawat kami yang di penghujung dunia ni. 

Dari opis Mid Valley, dia turun bertemu kami Khamis tadi hingga Isnin ini.

Aku dan team Kak Kiah bertanggungjawab menyediakan menu untuk santapan boss baru ni sempena majlis welcoming / gathering dengan beliau.

Dah omputih kan, so kami sediakan untuk beliau sandwich ayam dan sandwich telur serta kuih melayu- seri ayu dan seri muka. 

Sandwich memang truly opis made tapi hotel style ok. 

Berseri seri lagi ayu perut semua orang.


Sebelum ni nampak dia macam a little bit chubby dalam media cetak/elektronik.

Pergh, tough rupanya orang nya bila jumpa realitinya.

Dari pakaian sampai la ke kereta, wujud la aura seorang CEO kat dia nye.

Dan beliau sangatlah ramah. 

Asyik senyum jer. Maklum la, suami retis kan? 


Big boss pun tercengang cengang bila tahu dia ni rupanya suami kepada penyanyi terkenal dan dia jugak seorang mualaf. 

Maklum la big boss aku maybe kenal penyanyi Hong Kong atau Taiwan je kot.

Sally Yeh? Aaron Kwok? 



Harap yang terbaik untuk masa depan opis aku ni dan kami staff nya ni.

Sedihnya bakal pindah ke KL Julai ini..

Tiada ulasan: