Stalkers


Yang kesah

29.6.12

Kisah Balik Kampung

Balik 4 hari. Dari Jumaat sampai Isnin.

Trip balik kali ini turut di sertai oleh kakak ipar aku yg stay kat Jalan Kebun tu dan 2 orang anak dia- Danish dan Darwish. Dia pon sama la, lama dah tak balik kampung.

Sendat la si putih tu dengan kami kami dan beg kami. Tu la baru kegunaan penuh si putih.

Mertua yang selama hampir 2 bulan ni stay kat pondok pengajian pon balik, escape 4 hari nye pengajian jugak. Maklum la meraikan kepulangan anak menantu dan cucu cucu sekalian.

Memang asyik makan jer kat kampung ni. Aku perasan memang bertambah la saiz pinggang aku. Mana taknya, satu hari tu lengkap makannya. Dari sarap sampai le ke supper.

Ada menu dari ikan sepat dan puyu. Sesiapa yang tak tahu, ni adalah jenis jenis ikan air tawar. Kebetulan air bendang dah mulai kering, memang senang la dapat ikan ikan ni.

Ikan tu ada yang dikeringkan, jadi la ikan kering. Memang layan..makan pulak dengan gulai lemak keladi. Kadang tu, buat pulak masak cabai ikan puyu aka sambal ikan puyu la. Layan dengan nasi panas panas pon menjadi bertambah nasi, 2-3 kali.

Jumpa jugak kari ikan semilang. Ikan semilang ni macam ikan keli jugak rupa parasnya tapi dia duduk kat laut. Ikan keli kan ikan air tawar. Dah jumpa kari semilang, tak toleh dah masak merah ayam.

Kami belasah jugak durian durian kampung. Harga kat sini lagi murah,puas la makan durian. Tapi sebab mengendong si kecik, beringat jugak la nak makan.

Trip balik kali ni memang truly kat rumah jer dengan aktiviti makan makan. Melayan karenah bebudak ni pon dah meletihkan badan. Ada jugak keluar sekejap ke pekan Parit Buntar. Pekan tu pon dah bertambah sibuk dengan kerja kerja construction highway baru.






Rumah mertua ni dah macam kapal terbang nye sayap. Extend sana sini. Tapi port paling bebudak suka adalah kat tangga antik depan beranda. Maklum la rumah masing masing tak de tangga. Dah jadi aktiviti turun naik tangga pulak.

Rumah seketul tu adalah pondok pengajian mertuaku. Sempat pergi lunch dan stay setengah hari kat sana. Kecik jer pondok ni. Muat la letak katil queen. Ada dapur kecik dan bilik air. Rumah untuk rehat dan tido sebab kebanyakan masa diorang habiskan di surau berhampiran.

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: