Stalkers


Yang kesah

7.6.12

Mix & Match Raya Bebudak

Dah cetek masa nak jalan jalan cari kain, nak hantar tailor..
dan lagi satu nak fikir tema.
Colourful sahaja tahun ini.
Jalan pintas..order online je dari Sabrina Collection
Di hujung jari..sediakan money sahaja.

Baju kurung kain cotton kain matching bawah ni untuk Sarah.
Memandangkan Sarah ni request macam macam kaler,
Kejap nak merah, kejap nak pink la pulok.
Ambik kau..seribu warna kat baju.
Budak kecik pakai kaler macam ni, harus lah comei kan?
Padankan pulak dengan rambut ala Bieber or bob si Sarah.

 





Yang ala ala season ni untuk kakaknya Sorfina.
Tak de la ranggi benor warnanya.
Warna ala ala kena clorok ni sesuai la buat pakai majlis kat sekolah ke.
Dia request nak baju raya warna oren
Ada la sikit sikit kan.





Berkenan sebab material dari jenis cotton. Japanese cotton.
Di percayai kain jenis ni tahan lasak dan sejuk, jadi selesa dipakai.
Sesuai untuk budak budak dan cuaca yang panas ni.
Fesyen baju yang bakal di jahit , simple jer..baju kurung.

Sebab baru order jer, lagi sebulan baru siap..
Tengok la kualitinya macam mana.
Jangan mintak baju kurung, jadi kebaya pulak kan.
Harganya kene tengok bila baju dah sampai la.
Berpadanan tak kos beli kain dan upah jahit.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: