Stalkers


Yang kesah

29.6.12

Good Bye Frens

Bulan ni ramai jugak yang say good bye to kami.

Boleh refer gambo, ikut gambo first yg tudung cokelat tu belum sampai seru lagi la yer...yang kanan 2 orang tu jer pergi dulu.

Yang tengah tu namanya Wati dari Acct Dept. Yang paling kanan, tudung putih tu,ex boss aku. Panggil Kak Sue jer.

Gambo kedua, yang tengah bersantap tu pon nak pergi. Namanya Jaya dari Acct Dept jugak.

Cam berjanji pulak tema baju diorang.





Kisah Balik Kampung

Balik 4 hari. Dari Jumaat sampai Isnin.

Trip balik kali ini turut di sertai oleh kakak ipar aku yg stay kat Jalan Kebun tu dan 2 orang anak dia- Danish dan Darwish. Dia pon sama la, lama dah tak balik kampung.

Sendat la si putih tu dengan kami kami dan beg kami. Tu la baru kegunaan penuh si putih.

Mertua yang selama hampir 2 bulan ni stay kat pondok pengajian pon balik, escape 4 hari nye pengajian jugak. Maklum la meraikan kepulangan anak menantu dan cucu cucu sekalian.

Memang asyik makan jer kat kampung ni. Aku perasan memang bertambah la saiz pinggang aku. Mana taknya, satu hari tu lengkap makannya. Dari sarap sampai le ke supper.

21.6.12

Bercuti Sakan

Bulan ni lah nampak gaya paling banyak cuti tahun aku ambil setelah sekian lama menyimpannya. Selalu, sampai ter unpaid leave la punya sakan bercuti.

Selasa(minggu lepas) konon nya nak pergi dataran Klang nak cuci mata cari kain ela ke, kain langsir ker..tak jadi pulak. Last minute, tukar plan..

Berdating menengok Snow White la pulak kat JJ Bukit Tinggi. Nak tengok Bohsia 2 show nye pukul 12, karang berkejar pulak en hubby nak masuk kerja petang. Dia half day jer, aku yang full day.


Bosan gak sampai ke JJ awal, sebelum kul 10 tu. Show pulak start 11. Sempat la cuci mata masuk JJ. Terpesona gitu dengan caserole dan pinggan mangkuk nye. Tapi, mahal pulak harganya.

Bila nak ke Langkawi ni, sopping pinggan mangkok? Mangkok berayon sungguh impian ini...





20.6.12

Pokok Sawit dan Rumah

Landmark baru untuk rumah aku untuk kawan kawan atau sedara mara nak datang,cakap kat diorang cari rumah ada pergola.

Pergola plak sekarang dah de partner, neber depan pon up pergola. Kira dah sepasang la. Pergola kami mebi jantan la..kasar benor rupanya.

Neber depan nye betina kot..kemain gantung pokok pokok bunga.

Landmark terbaru adalah, pokok kelapa sawit.

Rumah aku jer , the one and only ada pokok sawit kat depan rumah. Haru!

Ni salah satu usaha mencantas dahan , trim n firm oleh pemilik. Nak jual buah pon tak tahu nak jual kat mana. Ada neber kata, buah tu boleh kuih bingka.




19.6.12

Hari Bapa

Kek untuk bapa..tapi anak anak bapa yang menyetel kan..




Panas panas dari oven nie.




Selamat hari bapa.



- Posted using BlogPress from my iPad

Bodek boss

Bukan boss aku la.. Boss en hubby. Ni kira en hubby punya boss yang terlatest la dan satu satunya wanita. Yang ada sorang mat salleh dulu, lagi sporting..sampai lah ke kenduri kahwin kami dia datang.

Boss aku? Buang karan je bodek.

Sabtu tengah hari lepas kami attend kenduri doa selamat di rumah beliau kat Puncak Jalil housing area.

Ada jugak officemate yang lain, pendek kata kami semua di jemput makan dulu. Baca doa selamat start pukul 2 petang. Lain sikit tentatif programnye.

Boss ni peramah giler. Offismate off cos la dia layankan. Aku ni 1st dia jumpa, pon layan...Segan pulak den!

Ini lah tuan rumah yang perlu dicontohi. <--- Ayat bodek kaw kaw ni.

15.6.12

Mandi Manda

Bawak bebudak ni mandi kat kolam awam di Pusat Akuatik Darul Ehsan. Kebetulan, hari rabu, Wet World Shah Alam tutup pulak. Tu alternatifnya ke PADE.

Sebelah pagi pulak, kakak pon sibuk ke tadika, aku pulak dengan check up kat klinik kesihatan tu.

Ok la, bayaran masuk untuk dewasa baru RM1.50 kalau outdoor nye kolam. Indoor yang ala ala olimpik tu, masuk RM3.

Bayaran untuk kanak kanak RM1 sahaja. Sarah baru 3 tahun, free masuknye.

Sebelum terjun kolam, muka pon teruja nak berposing.



Bila dah terjun kolam, penakut pulak bebudak ni nak masuk tengah kolam. Bak kata Sarah, air bergerak.

Cuaca boleh tahan panas, tapi angin kuat juga. Kakak naik cepat2 sebab badan dah menggeletar sejuk. Adik jer lama sikit berendam.

10.6.12

Lunch Hari Ini

Mengidam nak makan pari bakar. Bakar sekali ikan kembung.

Menu kedua adalah kerabu keladi air. Susah nak jumpa keladi ni kat sini.
Selalunya jumpa kat area sawah padi yang tengah berair. Kat kampung dulu, memang senang jumpa.
Adik beli kat pasar malam. Secekak dah RM5.
Rebus dan gaul dengan kerisik dan sedikit sambal belacan, as per request by tukang beli la.




Last menu adalah petai rebus, pucuk ubi rebus, sambal belacan dan air asam campur mangga muda.

- Posted using BlogPress from my iPad

8.6.12

CEO ke Hubby Ning?

Lelaki ini sebenarnya sudah hampir 16 tahun dalam industri oil & gas.

Orang ramai mengenali beliau sebagai seorang suami / pengurus kepada seorang artis terkenal, Ning Baizura.

Tak sangka beliau menjadi CEO di opis aku kerja sekarang rentetan salah satu langkah pengstrukturan semula syarikat. (re-structuring excercise).

Gambo kredit to Pn Maimun

7.6.12

Mix & Match Raya Bebudak

Dah cetek masa nak jalan jalan cari kain, nak hantar tailor..
dan lagi satu nak fikir tema.
Colourful sahaja tahun ini.
Jalan pintas..order online je dari Sabrina Collection
Di hujung jari..sediakan money sahaja.

Baju kurung kain cotton kain matching bawah ni untuk Sarah.
Memandangkan Sarah ni request macam macam kaler,
Kejap nak merah, kejap nak pink la pulok.
Ambik kau..seribu warna kat baju.
Budak kecik pakai kaler macam ni, harus lah comei kan?
Padankan pulak dengan rambut ala Bieber or bob si Sarah.

 

6.6.12

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

SPA hantar surat panggil interview. Ni kali keempat dia panggil. Masa bujang sekali, interview kat Alor Star. Jauh..tak pergi.

Sehari sebelum nikah..dia panggil interview kat Putrajaya. Pergi, tapi tak dapat kerja pun. Kali ketiga panggil masa pregnantkan Sopie. Tak pergi, tengah sarat. Malas la...

Agaknya tahun ni, sampai dah pangkal nama huruf S..panggil lagi.

Huihhh..malasnya. Kalau interview, confirm dapat..lain citer. Ni pun, ramainya umat kat sana.

Dengan segala budak budak baru grad. Betul betul ke gomen nak pakai staff ni?

Propaganza je?

Tak per, tu urusan korang la. Yang menginterview pon, bukan suka suka kan. Demi tugas..

Sebagai calon bakal ditemuduga..ada la 3 minggu lagi nak prepare dokumen bagai.

Mood @ malas @

- Posted using BlogPress from my iPad

3.6.12

Tarik Mengkarung

Nama nama lain..simpul biawak.

Menginjak ke 21 minggu,dah mula merasai detik detik diserang tarik mengkarung ni.

Mungkin sebab pertambahan berat badan.

Yang nyata, last week memang kaki aktif bergerak, plus aku guna kaki tolak kotak.

Gara gara kerja kerja mengemas la ni.

Malamnya, kena la tarik mengkarungnya.

Bila kena tu, urut-urut jer la slowly, sakit tak usah cakap la.


- Posted using BlogPress from my iPad