majlis nikah |
Majlis nikah selamat berlangsung pada petang sabtu (17/12) pukul 6 petang. Buat kat rumah, dengan dua kali lafaz sebab saksi tak puas hati dengan lafaz kali pertama. Erm!
Hantaran dari lelaki |
Pinau mata..memanjang pink sudah nampaknya. Hantaran dari pihak lelaki. 9 jenis kot.
Ayu dan Syahrul |
Pengantin pakai baju warna putih semasa majlis akad nikah. Aku tak ambik banyak gambar masa nikah sebab Sarah meragam dek demam dia tu. Letih betul budak-budak meroyan!
Ragging time |
Memang acara zaman berzaman turun temurun kat kampung aku. Dulu aku pun kena. Zaman aku kena kopek telur rebus dengan minum sirap lagi. Diorang just bukak kotak jer yang ada gula-gula. Lepas tu, pengantin kena baling gula-gula ..ala ala hujan gula-gula pulak. Tapi, pernah ada pengantin yang pengsan sebab tak tahan panas. Melampau betul idea Geng Pemuda kampung..habis cair mekap mak andam!
Segmen makan beradab |
Hasil kreativiti seorang kakak ipar aku. Letih menyiapkan, mengemas apatah lagi.
pengantin buka hadiah |
Malam hari, kami tak kasi can pengantin nak first nite awal-awal. Ha ha ha! Ada sikit majlis makan-makan di kalangan ahli keluarga sambil layan pengantin membuka hadiah kahwin mereka. Hadiah paling sengal adalah sehelai 'baju kecik' seksi dari budak opis Ayu. Sengal betul!
Majlis menyambut menantu dari pihak lelaki akan di adakan sabtu ni, 24/12 di Teluk Intan. Kalau tak de hal, insyaallah la akan ke sana.
P/s: Lain-lain gambo, sila ke fb aku..
P/s: Lain-lain gambo, sila ke fb aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan