Stalkers


Yang kesah

28.10.12

Pengalaman Bersalin Part 1

Wah..berpart part..cam Twilight series aje.
Al kisah ~ baby aku overdue 5 hari. Yang mana EDD aku adalah pada 16 Oktober 2012.
Memang ikutkan Sopie dulu pon lewat 4 hari. Sarah, lewat 1 hari.
Ni bukan kes salah kira ke hape, sebab aku memang sentiasa mark 1st day datang period kat kalendar tu.
Keturunan agaknya sebab Mak aku pon ade kes bersalin induce sebab baby terlebih hari.

Pasrah jer la bila dah melewati tarikh 16 Oct tu. Ada tanda contraction tapi tak kuat. Pada 16 Oct tu jugak, aku ke O & G Day Care Hospital Klang @ Hospital Ampuan Rahimah untuk check condition baby.
Sempat buat CTG tapi contraction sikit aje. Scan pulak tunjuk baby sihat, air ketuban cukup, kepala baby memang kat bawah dan beratnya dalam anggaran 3.2 kgs.
Due terbaru mereka bagi adalah pada 25 Oct, sehari sebelum raya haji. Hu hu hu. Kena bersalin induce dik non..bersalin paksa orang panggil.

Tak boleh jadi ~ sementara hayat di kandung badan, akan ku usahakan sesuatu ( ayat tak menahan..cam nak gi perang) , off coss la..bersalin pon bole mati syahid.



So, jumaat tu dengan hati keringnye, pergi la ke Bandar Klang. Destinasi ke Mydin dan The Store. Ape lagi aktiviti yang menenangkan jiwa kita ni kan kalau tak ..shopping. Tak de la shopping cam shopaholic ke, time tu baru 19 hb..gila nokss..gaji pon belom!
Sempat la melantak set Samurai kat McDonald. Kang kempunan. Letih berjalan, dari kedai bukak pukul 10 sampai pukul 3 ptg. Erm, tak de apa apa pon rasa.

Sabtu ~ 20 Oct 2012, mengajak en hubby keluar. Destinasi Giant Kemuning Utama. Beli stok barang dapur. Aduh, mengeras aje perut aku kat Giant tu. Lunch kat Kfc berdekatan. Pergh, selera pon ke ke laut..
Sampai rumah, terus gi toilet. Ada tanda coklat coklat kat panties. Apekah? Tapi light sangat kaler coklat tu. Entah, konpius la.Lepas tu terus bantai tido, nak hilangkan sengal kat pinggang.
Bangun balik memang hilang sakit pinggang. Ceh, contraction tipu tipu rupanya. Keciwa..terus belasah air kelapa muda ..2 biji.

Ahad ~ 21 Oct 2012, terjaga dari tidur pukul 4 pagi. Rasa cam basah kat bawah tu. Bila cuci, tak de apa pon, Sambung tido balik sambil terpikir entah entah air ketuban ke tadi ..Bangun balik, tak puas hati rasa lekit lekit kat miss V lagi. Lap dengan tisu kasi kering...sekali, nampak ada darah dan lendir kat tisu. Oooh, tanda baby dah gerak ke bawah la tu.
Ajak en hubby ke Giant Shah Alam siang harinya, konon nak mencari haruan. Haruan tarak. Kat Tesco Klang pon tak de jugak. Yang ada, anak harun aje.



Tak pe la, persedian untuk berpantang jugak. Ni la haruan di beli oleh en hubby. Layan...

Next entry..pengalaman bersalin kat hospital.
Series..sakit dan meletihkan.

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: