Stalkers


Yang kesah

21.10.12

My "Bloody Show"

Yer, yang di nanti nanti, bukan menantikan baby, tapi tanda nak bersalin tu.

Pagi semalam perut mengeras lama jugak, tapi tak endahkan sangat , pergi jugak ke Giant Kemuning Utama sebab nak beli barang dapur.

Masa lunch kat KFC pon, tak de selera nak makan. Entahlah, lain macam rasanya sampai hilang selera nak makan. Tengah line up nak order tu, terperasan akan seseorang.

Terjumpe ex staff, Kak Asnah dengan anak dara dan terunanya. Dia baru balik ambil anaknya kat Kajang tu. Sempat jugak mengadu kat dia pasal keSENGALan cleaner baru kami kat opis baru tu. Hmmm..

Balik dari Giant tu, masa nak kencing nampak ada tanda light coklat kat panties.Erm, dah confuse pulak, apsal kaler cam light coklat coklat gitu bukan merah?En Hubby pulak kata mebi tu air ketuban kot. Erm, lagi lah tak boleh pakai idea die..

Lepas lepas tu pakai pad,elok putih berseri aje pad tu sampai ke petang. Siap membantai tido petang pulak sebab perut masih mengeras. Terasa lain punya keras la, sampai tekan sikit sikit la perutnye, mana tahu baby tanak gerak..

Ooo, may be jugak sebab tak makan nasi kot. Tu perut konon konon keras. Sebab pagi tadi sarap nasi impit dengan kuah kacang aje. Tak menyabor Mak aku nak raya..yer la, aku la tu karang tak leh raya.. Lunch pulak dengan ayam goreng.



So, dalam pukul 4 baru makan nasi dengan bebudak ni. Lepas makan pon, perut still rasa lain macam la..betul la,macam kucing nak beranak kan.. Nak ajak berjalan pon, malam kang ada bola. Lastly tengok ajer la tv,layan la CSI ,episod ulangan pulak tu. Habis CSI, layan Little Man. Bolehla..

Untuk dinner makan kuew teow goreng aje, sementelah ada pulak umat nak D I E T dalam rumah aku ni. Entah selera aku pon ke laut.. Makan jer la ..siap sekali dengan air kelapa sebijik. Actually sebelum dinner, selera pulak nak makan roti wholemeal dengan susu pekat. Amboi..makan tak hingat gayanya. Entahlah, rasa boleh sumbat, tu sumbat aje.

Rasanya 9 malam lebih aku dah tertido. Sampai la pukul 4 pagi ni tersedar & terasa basah kat bawah ni. Masa cuci, tak de apa apa pon. Dah mula rasa cuak, sebab ingatkan air ketuban ke bocor. Dah la baby aku ni overdue, kalau air ketuban dah bocor lagi lah bahaya sebab nak admit 25hb ni. Jauh lagi tu. Karang pergi hospital, entah kene tahan pulak. Dah plan nak scan baby dan check air ketuban kat UMRA aje.

Tiba tiba rasa macam basah lagi. Kali ni, aku on kan lampu & lap dengan tisu, maka ternampak lah lendir pekat itu. Kali ni warna merah tu dah nampak. Yes, tu la bloody show. Kadang keluar darah ni, may be 2-3 hari nanti baru nak bersalin. So, aku nak cepatkan, kene la siang ni aku berjalan lagi..

Sebab, masa Sarah dulu pon macam ni jugak la. Keluar tanda pagi ahad, terus siang nya pergi Tesco cari ikan haruan. Malam terus sakit kuat. Subuh Isnin dah selamat bersalin.

So, aku tunggu siang hari ni, nak berjalan jalan lagi mencari ikan haruan. Maybe ke Giant Klang atau Giant 13. Sebab dah check kat Tesco Klang memang tak de.

Ini pon aku harap aku akan sakit kuat tengah malam nanti ke subuh hari ke. Biar bebudak ni tido bagai. Senang nak admit ke hospital.

Buat kengkawan semua, maaf zahir batin ku pohon. Doakan semoga kami berdua selamat.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: