Pukul 2 pagi terjaga dari lena. Rasa perut mengeras kejap kejap. Lendir pekat campur darah makin banyak keluar. Tunggu dan tunggu, contraction tu rasa makin kerap. Sakit ari ari..agaknya kene tanduk dengan kepala baby kot.
Pukul 5 pagi usaha bangun dan mandi. Mandi koboi aje..sejukkk. Kejutkan en hubby. Sempat belasah roti sekeping dan secawan milo & beberapa ketul kurma. In case nak bersalin lepas ni ke..kang tak bertenaga nak meneran.
En hubby dah siap. Request nak ke UMRA aje instead ke Hospital Klang. Berbelah bahagi sebenarnya. Nak tunggu betul betul sakit kat rumah, takut karang bagi masalah kat baby. Dah la overdue kan.
Kalau pergi Hospital Klang, for sure kene tahan, masuk wad..may be masuk air(induce), duduk aje atas katil sambil tunggu contraction. Oh Tidak!!! Sebab rasa contraction aje kerap tapi belum tahap nak bersalin lagi.
Sampai UMRA jam 6 cam tu. Terus buat CTG. Hangin..baby tido lah pulak. Mana la dia tak tido..sakan berjoget dari pukul 2 tu. Aku pon konpius. Agaknya berjoget tadi sebab lapar ke..Main main budak kecik ni.
Pon gitu, nurse badan besar tu buat VE jugak. Nurse kurus tu tanak pulak buat VE untuk aku. Kalau badan besar, jari pon besar la. Sakit betul si nurse tu menyeluk,siap cam godek godek lagi.
Bila aku tanya, dia kata baru buka 2-3 cm. Cakap la betul betul. 2 ke 3 cm..kemain tadi mengecheck bersungguh tu.
Diorang suruh aku admit wad dulu since aku cakap aku stay kat Dragon Hill. Diorang risau sebab ni dah baby ke 3. Cepat aje buka jalan.
Dalam hati aku, nak buat duit la tu suruh aku stay. Aku discuss dengan en hubby, tanak admit wad. Jadinya, nurse sarankan aku datang balik pukul 10 nanti untuk jumpa doktor.
Aku tak terus balik rumah pon. Kami gi solat kat stesen minyak Petronas. Lepas tu membantai tido lebih kurang sejam. En hubby jer la tido. Aku tido tido ayam aje. Masa tu contraction memang terasa kuat. Ngengada betul baby. Tadi masa buat CTG, tanak tunjuk kekuatan mengeras tu.
Aii tetiba aje ada gambar. Gambar ni snap dari hp en hubby. Kami gigih berjalan kat area tasik kat Masjid Shah Alam lepas sarap.
Lupa nak citer, dalam pukul 8 kami gerak balik ke sekitar area UMRA tadi untuk breakfast. Sempat order my febret..roti telur dan teh tarik. En hubby, roti kosong dan teh o. Dia pon masih ngantuk lagi.
Habis sarap dalam 8.30 pagi, itu yang bantai jalan jalan dulu. Nak menunggu pukul 10 tu jauh lagi..Masa berjalan tu, rasa kurang pulak contraction. Sempat la mesej mesej bebudak opis. Mesej sengal sengal aje nak hilangkan stress.
Pukul 10 patah balik ke UMRA. Tunggu turn, pukul 11 lebih baru jumpa Doctor lepas buat CTG. Doctor Ummul. Selamba aje..dia seluk aku untuk VE, lepas tu dia godek godek. Sakit ke? Tak jugak. Dia kata dia buat cam huruf S tu untuk besarkan bukaan serviks. Dia kata tak payah induce dah(masuk air). Lepas tu dis suruh en hubby bawak aku pergi jalan jalan.
What??Jalan jalan lagi? Sabar jer la..berjalan untuk cepatkan bersalIn since masih buka 3 cm aje. Doctor masukkan ubat bontot untuk berak, takut aku datang balik kang, tak sempat berak. Insyaallah, doctor bajet aku akan bersalin petang tu jugak. Antara zohor dan asar.
Mula mula jalan kat shop lot area Sek 13. Masa tu bertenaga nak berjalan sebenarnya. Yang tak menahan tu sbb terasa ngilu kat ari ari. Macam ada benda menekan. Dah la panas.. Nak sejuk, kami gi Giant 13.
Gi mencari haruan lagi tapi tak de stok juga. Sambil jalan tolak troley tu, terketar berpeluh jugak la menahan contraction. Sempat beli panties baru dan pad. Masa tunggu en hubby bawak kereta dari parking, Ya Allah, rasa kuat sangat contraction. Harus la tengah kawasan awam kan, control jugak lah.
Plan nak lunch kat sekitar Umra, sampai aje, terus inform en hubby, nak admit wad jer la. Tak tahan sakit. Memang la aku nye muka gagah perkasa, boleh nurse sana suruh aku berjalan. Samdol betul. Aku cakap nak wilcha. Yer la, mesti diorang tak sangka secepat tu aku balik. Keluar dari sana pukul 12 lebih. Pukul 1 lebih aku dah patah balik.
Nurse terus antar aku ke Labour room. Again..CTG. Masa tu contraction dah makin kuat dan kerap. En hubby duk kat sebelah katil. Sambil sorang nurse..Mdm Kong ajar aku bernafas untuk kurangkan contraction. Sambil tu dia suruh jugak aku mengucap.
Aku pun blur ...dah nak bersalin ke ni? Cam relax aje aku nampak nurse tu. Lepas CTG 30 min, nurse tu interkom Doctor Ummul. Lega..dapat bersalin dengan doctor perempuan. Dah nak start proses bersalin yer!
Tak lama Doctor Ummul naik. Dia buat VE sekali lagi. Dia kata dah buka 8 cm.
Alahai, ye ke. Aku pon cam tak caya. Dia pecahkan air ketuban. Tak lama, rasa contraction makin kuat. Doctor tanya, ada rasa nak berak ke?
Nop! Aku kata, just rasa macam ada benda tolak ari ari aku aje. Sakit! Doctor Ummul masukkan wayar kecik kat pundi kencing aku untuk keluarkan air kencing aku. Dia cakap, normally bila dah kencing, mesti rasa nak berak.
Erm, suka dengan doctor ni. Dia explain apa dia nak buat dan educate pesakit jugak. Aku tak tahu masa ni en hubby buat apa. Aku memang concentrate aje nak melalui proses bersalin ni.
Bila dah kencing, baru nak rasa berak.Tapi, contraction tak kuat pulak. So, time ni la aku minum air selusuh, sikit jer. Doctor suruh teran bila rasa nak berak tu datang.
So, aku teran la sekuat hati aku. Doctor dengan Mdm Kong puji ke langit aku pandai teran. Yer la tu..senduu jer aku rasa. Kepala baby tak keluar lagi ni.
So, teran dan teran. Sambil belajar bernafas. Sambil tu jaga kaki dan bontot juga,tanak luka banyak..Actually letih jugak aku meneran..bila kepala dah keluar..aku pandang muka en hubby. Wah dah berjurai air matanya. Dari awal aku meneran tu, tangan dia kat ubun ubun kepala aku ni la.
Nampak dia pon dah pucat, aku teran la buat sekian kalinya, kali ni terus baby yang dah keluar separuh tu Doctor Ummul tarik keluar. Ha..aku pon
cam rasa lega..Doctor siap balut baby, nak suruh en hubby potong tali pusat.
Hadoi..rupanya dah pucat lesi dah en hubby ku. Lupa, dia tak boleh tengok darah banyak-banyak. Pucat lesi mengalahkan aku yang bersalin ni. Terus Doctor suruh dia keluar, ambik angin skit. Takut pengsan pulak.
Lega...proses bersalin dah selesai. Sekarang nak keluarkan uri, lama jugak lah Doctor nak tarik keluar uri. Sebelum ni, bila baby keluar aje, kejap aje uri pon keluar sekali. Docor Ummul baca doa Nabi Yunus yang terperangkap dalam perut ikan tu dan aku pon follow sekali. Dekat 5 minit jugak kami baca baca, baru uri keluar. Lega..bukan tak de kes uri tertinggal. Kena seluk, satu hal...nasib bersalin dengan doctor pakar.
Tada..time untuk di jahit pulak. Pergh..kena jahit hidup hidup noks. Tak de bius, sebab kena 1 jahitan aje.
Tak de induce, tak de epidural,tak de bius masa bersalin kali ini. Yang paling penting, anak aku selamat. So, lahirlah baby girl seberat 3.64 kgs pada pukul 2.19 petang.
1st time aku bersalin kat private hospital sebenarnya. Ada rezeki lebih, dapatlah merasa bersalin kat sini. Mujur jugak dapat normal. Taklah high cost. Dan mujur jugak, aku sempat buat check up 3 x. Start Ogos 2012,harga pakej bersalin normal dah naik. Dari RM 999 ke RM1399. Yang czer punya cost pon dah naik tapi tak ingat berapa RM? Jadinya masa discaj, aku cuma kena RM999 aje. Nasib baik..
Tapi syukur sangat, bersalin tak de komplikasi, luka jahit pon tak banyak. Paling berharga, en hubby ada di sisi masa bersalin. 2 kelahiran sebelum ni dia tak sempat nak join sekali. Kali ini, merasalah menengok orang bersalin. Hampir fengsan jugak tu.
- Posted using BlogPress from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan