Stalkers


Yang kesah

19.10.12

Excercise Jumaat

Hari ini, aku telah di beri kekuatan untuk berjalan jalan, beriadah. Alhamdulillah.

Bukan kaki aje beriadah, dompet pon bersedekah juga. Mulia sungguh, al maklumlah , Jumaat.

Lokasi sekitar Klang aje. First, terjah ke Mydin dulu. OOo, Tak lama lagi Aidiladha bakal menjelma, Mydin pon dah keluar dengan koleksi baju rayanya.

Sekitar Little India pon dah start gantung gantung baju raya diorang kat luar luar kedai. Patut lah terpampang besar muka Aishwarya Rai pakai sari bagai kat poster.

Lepas gi Mydin, barulah menapak ke The Store. Cuci mata la tengok tengok kat Ladies & Mens department. Satu apa pon tak beli. Lamanya kat children department jer la. Belikan baju buat pakai harian untuk bebudak 2 orang tu. Plus baju untuk bakal si kecik ni.

Dulu kat sini ada branch Sup Ani Utara, rupanya dah tutup. Konon nak top up tenaga dengan sup dan nasi tapi dah tutup rupanya, kene la mencari kedai lain. Yang ada Mc D aje la. Jadinya, berjodoh jugak la nak makan set Samurai tu untuk lunch. Last Jumaat, tak dapat merasa sebab ramai giler umat kat Mc D Mid Valley masa tu.

Masa kat Mydin, ada macam rasa nak pitam sikit. Semput kot naik bas. Kat The Store pulak, time nak balik tu, rasa lenguh, berat,malas aje kaki nak melangkah. Tapi, alhamdulillah sampai jugak ke rumah.

Perut aku steady aje. Memang syurga betul la baby stay situ,tanak keluar. Tak tahu la lewat malam nanti ke buat hal.

Besok, Insyaallah akan beriadah lagi sebab stok beras, pampers dah habis. Terjah terjah Giant tadi, nampak ada promosi untuk beras dan pampers.

Tak pe la baby tanak keluar lagi, harap aktiviti berjalan ni dapat membantu masa nak bersalin nanti. Macam Sarah dulu, masuk labour room 10 minit aje, terus bersalin.

Tapi sakit nak bersalin tu tetap ada..

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: