Stalkers


Yang kesah

26.4.11

Ombak Rindu - Dari atas kertas ke layar perak

Kepada peminat novel Ombak Rindu, novel nukilan novelis Fauziah Ashaari
akan ke layar perak pula selepas ini. Diarahkan oleh Osman Ali..sure 'cantik'lah filem ni (sinematografi) macam filem CUN.

Maya karin tampil bertudung




Off course, saya memang dah baca novel ni sampai habis, berkhatam mengalahkan khatam Quran.(malu malu). Saya memang hantu novel di zaman remaja nan lalu..pinjam pun pinjamlah, beli pun ada jugak untuk kepuasan sendiri dan koleksi sendiri. Ada jugak kengkawan pinjam tak reti nak pulangkan..Herm, malas nak cito.



Aktress Maya Karin akan mendokong watak gadis kampung yang tabah bernama Izzah dan bertemu jodoh dengan Hariz, jejaka kacak dan berharta lakonan Aaron Aziz.
Si Pengacau cinta Izzah dan Hariz, Mila Amylia dilakonkan oleh Lisa..erm, watak hitam sikit ni. Boleh ke Lisa?

Versi novel, mengisahkan hidup Izzah yang miskin dan kematian kedua orang tuanya, dijual oleh bapa saudaranya, Pak Cik Taha yang tidak bertanggungjawab dan kesempitan wang kepada tauke kelab malam.

Kemudian, Izzah telah ditiduri oleh Hariz. Demi maruah , Izzah sanggup menikahi Harriz dan berjanji untuk tidak menuntut haknya sebagai seorang isteri dan merahsiakan perkahwinan tersebut.

Hariz, anak kepada orang kaya dan berstatus, Datuk Suffiah. Pewaris harta dan kekayaan bondanya. Hatinya berjaya jugak ditawan oleh keikhlasan dan kelembutan Izzah.

Siapa Mila dalam filem ini? Mila Amylia , seorang model terkenal, juga anak orang kenamaan, yang turut menyintai Harriz.

Bahagia yang tercipta antara Izzah dan Hariz tidak kekal lama. Rahsia perkahwinan mereka akhirnya terbongkar dan telah menimbulkan konflik..

Banyak plot cerita yang menarik dan romantik dalam novel ini, entah bagaimana Pengarah Osman Ali akan menggarap menjadi naskah di layar perak yang mungkin lebih menyerlah?

Korang tengok sendiri lah ..


Mandikan Kak Limah, rasa mak sedara Izzah
foto sumber dari OhBulan

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pon suka novel ni..layan,..tpi ntah mna ntah novel ni hilang..isk.

Ctwawa berkata...

samo lah..tapi masih segar diingatan citernya..

Cik puan Sue ^_^ berkata...

cik wa! lama tak jumpa kamu!

~MISS LEAYA~ berkata...

citer ni best lah juga~ :)

Ctwawa berkata...

wow..cik puan sue pun dah jadi blogger..cayalah