Stalkers


Yang kesah

25.4.20

Tepung Pelita Moden

Salam Ramadan..
Dah masuk hari ke-2 ni. Syukur la 2 hari ni cuaca tak panas terik, sebelah petang pun hujan.

Semalam plan nak masak untuk bebudak tapi..tengok lauk pun dah banyak, tak jadi la masak. Lagipun jari aku cepat kecut la bile kena air banyak².. Tu lah, mak berpantang aka mak tang duk pantang lagi kan. 

Ade bebudak request nak kuih tepung pelita tu,since semalam aku dah order roti John, ade goreng pisang dah, so tepung pelita buat hari ni je lah.

Ni lah resepi nya. Mudah aja. Saya pun sukaaa. Hahahaha.
Kredit to FB: Resepi Orang Muda

Bahagian atas dan bawah tu just masakkan atas api ..buat asing² la.Tak payah nak kukus ape dah lepas tu.

Since tak rajin nak buat bekas guna daun pandan tu, daun pandan pun tak banyak, aku buh lam tipuware je lah. Senang nak simpan dalam esbok pun iyea.

Tengok lah, kalau semangat waja, esok nak mendonat lak. Blaja buat kuih² yang bebudak makan je.

23.4.20

Puasa 2020

Esok, Jumaat dah nak start posa ya.

Tahun ni dah pasti berbeza sangat sebab kan PKP due to covid-19 ni. Tak de terawih kat masjid dan apa² aktiviti berkumpul tak boleh buat. Baazar Ramadhan pun tak de.

Persediaan puasa? Aku pun masih mood pantang..memang tak de lah masak beria ia bagai. Plan nye untuk berbuka esok, Aku masakkan lah juadah berbuka tuk anak² nih. Untuk sahur nanti, leave it to apak diorang lah.. Biase awal² sahur ni tak berapa selera makan..ngantuk je lebih.

Persediaan untuk Raya? Aku buat la sikit² walau dilanda kesenduan sebab covid dan kehilangan baby. Persediaan tu sambil²
congak la perbelanjaan tu jugak..katanya recession time kan sekarang ni.

Selamat beribadah di bulan puasa ni. Maaf andai ade kesalahan yang sedar atau tak sedar dilakukan . Bulan puasa yang pastinya berbeza dari tahun² sebelum ni.







21.4.20

Anniversary 14

Hari ni 21 April.. genap 14 tahun menikah dan genap  sebulan kehilangan mek Arissa 😔😔


Brownies ni suruh sil aku buatkan..haha tak koser lak Aku nak baking time² gini.

Pantang hari ke 14 jugak today.. Elok dah pagi tadi timbang..dapat la 56.4kg.
Habih la gemuk balik sebab belasah brownies 🤣🤣😅

18.4.20

Bengkak Susu Dah Kurang

Aku kena bengkak susu ni masa hari ketiga.
No wonder la belakang rasa sakit sangat.

Bila Aku start berurut, lega la belakang badan tapi makin bengkak breast aku dibuatnya.

Hari keempat terus start pam. Susu tu tu campurkan balik dengan susu Aidan. Tak berani nak try bagi dia direct, karang syok..dah susah nak cerai susu balik.

Aku baru tahu cara pam dengan betul. Selalu pam mode suck yang laju tu, sebab breast pun sakit bengkak, cam ada ketulan tu, buat la slowly..akhirnya dapat gak kosongkan breast dengan betul. Bengkak pun makin kurang.

Hasben ada call farmasi , tanya ada jual tak ubat untuk  stopkan pengeluaran air susu. Tapi budak farmasi advice jangan amik ubat, cuma suruh jarakkan waktu pam. Aku pam setiap 4 jam, then gapkan 6 jam..  then  jarakkan lagi lama.

Hari ni, hari kesepuluh, Aku tak de pam langsung. Breast pun tak de ketulan pelik² tu. Alhamdulillah.



16.4.20

Pantang Hari 9

Hari ni masuk hari ke 9 pantang..tak tau MCO ke berapa dah tapi fasa 3 dah.

Mengurut dah abis 3 hari, start hari ketiga tu hari. Nasib last minute ada terjumpa tukang urut kat area Bukit Naga ni je.

Sekarang, sambunh je la rutin biase, berbarut, bertungku dengan harta karun pantang bawah ni.


Harap habis guna sepanjang pantang 44 hari ni. Hahaha InsyaAllah.

Aku start pantang dengan set NR sejak bersalin Aidan. Musim PKP ni, kedai-kedai jual supplemen, jamu ni memang close rasanya. Aku nak ronda-ronda pun tak de masa. Nasib baik dapat order kat Shoppee.
Delivery pun cepat aje.

Makan pun follow je rutin pantang selalu tu. Sepanjang 9 hari ni menu ikan je lah. Tak de demand mana, lagipun Aku tak de nyusukan baby pun.

Pagi tadi timbang, berat 58.7kg. Sebelum pregnant 65kg. Lepas 3 bulan pregnant, sebab alahan..berat drop jadi 60kg. Dia pi mai pi mai naik 60-61 kg je lepas² tu.

Tak leh makan banyak, sebab tak de baby tukang sedut dah. Supaya tak lapor sangat, kadang tu try jugak makan setiap 2-3 jam gitu.

Masalah dengan berbarut@berbengkung ni..seeloknye baring lah. Hahaha. Kalau ade baby dulu, leceh la berbarut berbengkung ni sebab susah nak gerak, nak angkat baby ape. If you know what I mean la.

Kalau pakai barut, aku baring terus tertido la jawabnya. Tak de lah hari-hari Aku bantai tido, kadang ade makhluk bagi kerja jugak.

Office pun 1 hal jugak  sebab MCO ni, tak sempat nak interview replacement untuk Aku pergi cuti bersalin. Dan kebetulan pulak Aku pun start cuti awal. Sepatutnya Aku due on 28 May 2020 (38 minggu aje sebab GDM tu). Due date asal 6/6/2020 (40 minggu). Tapi, sekarang ni, date 6/6/2020 will be my last maternity leave. Huhuhu.

Harap nifas Aku stop la sebelum bulan pose yang bakal menjelma lagi 7-8 hari ni. Harap dapat lah puasa jugak walau tak penuh.


12.4.20

Kisah Keguguran 7 Bulan

Tak banyak info Aku dapat pasal keguguran 7 bulan ni dari pakcik Google.

Lepas Aku dapat penerangan Doktor, aku ikut je lah advise dia  untuk bersalin lepas 1-2 minggu.

Aku go with the flow je bile Doctor advise untuk bersalinkan baby lewat 2 minggu lepas tahu baby dah tak de heart beat tu.

Doctor suspect berpunca dari komplikasi kencing manis masa mengandung tu atau GDM. Atau maybe ade genital problem ke yang tak dapat di  detect melalui details scan.

Ralat jugak..masa details scan, baby lindung muka die masa sonografer nak ambik gambar muka dia.

Doctor kata better begini, dari baby dah lahir, then Aku dan hasben kena susah payah besarkan anak yang ade penyakit jantung kronik ke sebagai contoh.

Pantang Hari Ke 5 ..2020

Hahaha banyak tahun ade berpantang kan, so ini kali pantang di tahun 2020.

Tapi pantang kali ni sangat menyedihkan..sebab baby dah meninggal dalam kandungan Aku pada usia 28minggu.

Macam mana boleh tahu eh baby meninggal? Itu lah naluri ibu kan.

Sedih lak nak imbau balik. Biar Aku simpan je lah kronologi nye..

Alhamdulillah, urusan mandi,kafan, sembahyang dan mengebumikan selesai pada hari pertama Arissa lahir tu, 8 April 2020.