Stalkers


Yang kesah

28.8.18

Hari Sarapan Malaysia 2018 Putrajaya

2 minggu lepas, memenuhi permintaan tok laki nak family run gituu..So, die register kan lah whole family untuk event Malaysia Breakfast Day 2018 Putrajaya.

Korang korang leh register next year..goodies best, event pun best. Tak Mahal rasanya registration tu, hanya memerlukan kekentalan aje..Dengan nak bangun awal pagi nye, menyiapkan depa-depa ni sebab event larian ni selalunye start awal.

Aku pun gerak dari Jalan Kebun dalam 6.30 pagi gitu. Lalu housing area Rimbayu , shortcut dari Jalan Kebun ke Putrajaya.

Yang ni okaylah, start berperingkat peringkat dari jam 7 pagi sampai 8 pagi. Hmm, dah sampai, kisahkan nak parking lak..Huhuhuhu memang kene hati waja lah eh. Kalau kite bawak diri kite je, lain citer..Ni bawak Yang kenit kenit, Tak reti bahasa...Duhhh bikin stress gue!!

Laki aku..Tak de maknanya podium eh, mintak die jalan sekali dengan bebudak ni especially hat si boboiboi Tu..Ya Allah, macam gasing la kanak kanak ini!!!Tanak die duk lam stroller..kejap bapaknye dukung, kejap Aku ..kejap die nak jalan sendiri..Macam macam karenah! Boleh kata parents lain pun facing mende yang sama.

Tengah tengah running Tu..Tak de ah running, brisk walk eh..jalan laju laju je..Auni ,Sarah jalan dengan Aku. Aidan & Sopi dah kedepan sebab banpak nye tolak stroller. Alih alih, Kami ni sampai dulu. Hahaha tak tau diorang stop kat mana yang jadi ketinggalan tu.

Oh lupa nak kabor, running tu 3KM. Cam musykil gak 3KM ke tu..cam 5KM aje. Hahaha cam jauh jugak. Habis lari, collect goodies, breakfast ape..terus balik, dalam 10AM gitu lah. Event tu tak silap sampai malam jugak.

Nak melengung lama lama camne..si gasing tu tanak duk diam. Moody lah segala sebab dah ngantuk.

Aidan pun dapat baju tapi tak muat size 2XS tu.
Labuh cam sarung jubah lak kalau die pakai. 


Tuan tanah tak gemor sangat aktiviti meletih badan ni.
By right, okay lah ade aktiviti Gini, leh kurangkan stress bekerja. 
Almaklulah kerja memang banyak lately.


Kuat jugak die berjalan..itu Yang seronok minum air Milo ais. 


InsyaAllah ade lagi event family run next month. Kat mana eh, Aku lupa lak..sumwhere kat Key El jugak lah..hahaha lupa lak kat mana. Tasik ape tah. A sec


26.8.18

Day trip ke Morib & Paya Indah Wetland

Hello, selamat malam dunia.

Mata ada sedikit cerah, sebab petang tadi dah bantai tido seround. Hahaha.

Pagi tadi bawak budak budak jenjalan sempena cuti sekolah ni.. Nak suruh bawak gi Muzium Coklat, tapi tu lah, rasa malas nak masuk bandar. Jadi, bapak nye arrange pergi yang dekat rumah aje.

So, ke Morib jer lah kite.

Orang lain datang tuk piknik, bawak tikar, food segala. Kitorang datang sight seeing je lebihnye.

Bebudak ni sempat gak terjun kat lopak air kat pantai. Laut tengah pasang surut eh. Main main pasir kejap, layang layang..hmm pastu kekonon nak gi Floria, end up gi Paya Indah Wetland aje. Nak tengok buaaya, tak muncul muncul lak, sakan die berendam aje. Nak tengok badak pun, badak pun tak de tadi. 

Background langit yang membiru ni cantik. Air tengah surut tadi. Nanti petang air pasang naik la tu. 

Bapak nye melayan bebudak main layang layang. 


Cuaca tadi panas sangat. By tengah hari, dah rasa nak balik rumah dah. Cadang nye nak ke Floria jugak, tapi sebab cuaca panas, so malas lah. Balik umah jer pastu. Lagi lak aku de kerja lak kene settle. 

Kalau rajin, boleh lah sok ke Floria kat Putrajya tu, atauuu Aku nak suruh depa ni settlekan cat pagar umah aje. Terbengkalai sejak bulan puasa tadi. Tapi duk dengar dengar bebudak tanye bile nak gi Muzium Coklat? Hmmmm letih Mak!!!







23.8.18

Aidiladha 2018

Salam Aidiladha 2018.

Rasa awkward lak, raya haji tak balik kampung. Selalunya setengah hari hadap jem. Pastu Hari Raya sibuk gotong royong untuk kenduri kurban. 3-4 tahun kebelakangan ni sebelah family mertua memang korban sekor lembu.

Tahun ni..pic nye lambat lah arrange untuk buat kurban. So, kitorang dah join sini dah.

Antara sebab lain ,tahun ni tak balik Raya, boss aku tak bagi cuti.. Tak bagi cuti fefeling hade testing instruments. Last minute, baru lah izinkan staff bercuti bagai. Sebab, die pun nak balik beraya. Hmmm.

Hmm, dah hujung2 , memang tak lah aku nak cutinye, dah laki aku pun tak leh dah nak apply cuti. Sebab kawan-kawan dia pun dah apply cuti jugak.

So,beraya lah di kampung jalan kebun saja.


Ni jer aktiviti bebudak petang Raya semalam. Masing2 melayan aktiviti sendiri. Dah petang kul 5pm, gerak la nak ke Pantai Morib..Hmmm sampai je sana, hujan selebat lebat nya. Tak de lah rezeki budak budak pijak pantai..

26.6.18

BBQ Malam Raya Pertama

Salam syawal..Tak pasti ke berapa dah.

Nyaris terlupa..Ada event best Raya tahun ni. Kami buat BBQ Malam Raya Pertama tu.
Kakak ipar aku punye idea la..nak memeriahkan rumah pusaka tu la.

Sebelum Bulan puasa, sil Aku dah start berkemas-kemas rumah pusaka tu and repair bumbung rumah yang bocor. Untuk memeriahkan lagi..kite tampal la wallpaper. Naik la seri sikit..

Berbalik kepada cerita BBQ kite..ni bahan bahan kene bakar hasil potluck each family.

20.6.18

Selamat Hari Raya 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan rakan yang menyambutnya.



Raya cam biasa lah. Balik ke kampung halaman kami di Paris Buntar,. Aku laki bini start cuti dari 13/6 sampai 18/6 aje. Tu lah tuntutan kerja kan. Terpaksa bergilir dengan opis mate lain.

Nanti lah aku tak kerja, aku raya sebulan ..sampai raya haji. Gituuu!!!  Wakakaka. Vongok!

Ni tahun pertama beraya tanpa ayah mertua aku. Beliau tetap dalam ingatan dan doa dari anak menantu. Jadi, ni lah tahun pertama persiapan raya aku dan sil aku buat sendiri tanpa bantuan mak mertua aku.

Banyak benda boleh tulis lagi..tapi chow dulu..hahaha orang tak de ni, bersiap nak balik rumah lah dulu..

23.5.18

Refund Dari Shopee

Last month lah anak buah Aku minta tolong beli barang, car scanner dari Shopee.

Lakinye mechanic, so nak scan kerosakan kereta la nanti. Barang macam murah jugak lah. Lepas less, baru RM113++. Harga asal nyer RM197++

Kalau tengok delivery tracking, barang ship dari China sana. 3 minggu gitu delivery.

So, nak jadi drama..barang sampai. Tapi model nye tak serupa dengan yang Aku order. Tak expected lak jadi camni kan. Anak buah aku pun panik jugak. Aku pun send message kat chat dengan seller tu and inform Aku received barang yang salah. Hampeh..die online tapi tak reply. Aku siap letakkan gambar barang anak buah Aku dapat lagi. Dia buat senyap jer.. Duk keluar auto reply, messsage will be reply soon gitu aje. Cissss.

19.5.18

Kisah Memandu Lagi

Awal Bulan 5 Aku start drive pergi office. Mula-mula teruja lah jugak.

Bila stuck dalam jam, kete kerap mati enjin..so keterujaan itu makin pudar. Aku drive si kelisa tu lah. Kete tu manual. Tau jer lah manual susah kan. Pernah je van kilang yang ada budak lelaki lalu sebelah ,duk boo Aku sebab kete mati enjin. Cisssssss suwei  betul. Lagi berpeluh peluh bile kat jalan tak rata, kereta rasa nak terundur ke belakang. Seram sangat! Takut terbump kete orang belakang aje.

Jadi Aku memohon consideration laki lah cari kereta auto untuk Aku. Huhuhu. Lagipon kete tu ekon nye dah rosak. Rosak yang tak pasti, kalau repair okay ke tak. Sebab ekon tu janam nya dah lama. Cuaca panas sekarang..kalau tengah hari gi lunch naik kelisa tu..memang ibarat bersauna la. Takat gi kedai kak wok, okay lah. Kalau jauh dari tu, tak koser la Aku.

Ahlan Wasahlan Ramadan


Selamat Berpuasa untuk semua. Lama tidak menceceh di sini..

Baru lagi henfon Aku rosak kena air hujan. So, guna henfon lain, dah tak leh access apps blogger macam biasa. Yang ni apps Blogger baru. Tengok lah hasil nya bagaimana.

Alhamdulillah tahun ni masuk kali kedua berpuasa berlapan. Aku sefamily plus emak dan adik lelaki aku. Tahun pertama berpuasa tanpa bapak mertua Aku. Alfatihah untuk beliau.

Alhamdulillah sebelum puasa Aku dah ada P, so slowly la drive ke office. Jadi tak yah tunggu laki Aku dah. Company bagi balik 4.35 pm..so, by 5 pm tu selalu Aku dah ade di rumah. Hahaha nikmati lah sebelum office Aku pindah tah ke mana mana.

Persiapan Raya tahun ni.aku sempat lah cari kain dan antar pergi tempah. Ekceli awal tahun ni Aku start busy sebab ada project baru masuk. So, terlepas la trip cik kiah ke Nilai. Last month punya trip lah. Adoi sedih gak..

Nanti lah bila gst dah lupus, kite gi shopping lagi mengubati kesedihan itu.

Apa pun, selamat menunaikan Ibadah puasa untuk rakan rakan beragama Islam. Untuk rakan tidak puasa..selamat bergembira di bazar Ramadhan. Kikikiki ke situ pulak.




20.4.18

Kisah Lesen Memandu Aku

Akhirnya, berjaya gak ambik lesen memandu kereta dan lulus jpj test semalam.

Melega sangat nan amat..sebab tak payah pegi driving class, tak yah hadap perangai cikgu memandu, boleh start simpan duit balik dan boleh tengok tibi Sabtu ahad dengan tenang. Hahaha.

Cikgu driving aku bermasalah bab menepati janji ni. Huru hara time table ngajar dia. Almost 6 Bulan jugak lah, baru dapat buat jpj test. 

Satu lagi, Aku perasan cikgu ni kalau boleh nak kite experienced bawak kereta. Nak mudah aje kan kerja nye.

Boleh je rasanya nak tukar cikgu, tapi ada official prosedur bagai la. Dah la masa Tu aku sibuk kerja jugak. Cuti pon kene jaga jugak. Jadi Aku go with the flow je lah, makan ati her la ngadap perangai cikgu.

Selain 15 jam belajar tu aku ambik extra hours belajar gak.Bila dah reti bawak sikit , baru belajar sendiri dengan si itam laki aku. Memang tak leh harap kat cikgu tu aje.

Jpj test kali pertama aku pada 7/3 lepas. Lulus part 3 - jalan raya aje. Part 2 gagal. Part 2 tu litar. So, semalam baru dapat buat repeat test part 2.

Aku tak larat pikir dah, kalau gagal..jadi ape. Sebab nye, gibab dah nak ngadap perangai cikgu tu.

Kalau bab mengajar pulak, die okay aje. Awal awal kelas memang dia ada marah-marah jugak. Marah sebab tak lepas buat bukit dan masa 1st time drive kat jalan raya. Cikgu marah, memang tak menafi lah rasa gibab nye..tanak dah rasa gi class.

Seterusnya, nak biasakan bawak keta sorang-sorang lak pasni. Bak kata kengkawan, gi kedai cik wok pon, bawak aje keta tu. Hahahaha takut jugak , tapi rasa cam taksabar lak nak drive.

6.4.18

Bengang kat Pak Bawang

Sakit pulak hati aku dengan pakcik bawang sorang ni.

Hahaha aku panggil la pakcik bawang sebab dia ada bini karektor makcik bawang. Sangatt!!

Pakcik walau tak nampak bawang sangat tapi memedihkan hati sangat perangai cam level kupas bawang sebakul.

Tu lah cikgu driving school aku.

Panjang kisah pakcik bawang aku nih. So make it short, die ni sejenis tak komited buat business die. Aku ni kastemer ..tapi yang jenis bertimbang rasa lagi bersabar.

Kebetulan workload makin bertambah, so tak sempat nak meroyan sangat pasal pakcik bawang nih.

Semoga dipermudahkan urusan aku dengan pakcik bawang nih.





22.3.18

Tahniah Anak Sedara

Tahniah ,Selamat Pengantin Baru untuk anak sedara Hafizuddin & Syahiraa
yang selamat menikah Jumaat lepas. 

Kitorang sefamily gerak ke Ipoh lepas kerja Jumaat tu. Tido lah semalaman kat umah sil aku. 

Pagi sabtu baru gerak balik kampung dan follow rombongan pengantin lelaki bersanding kat rumah perempuan. 

Majlis di rumah lelaki buat hari Ahad. Mak mak sedara eksaited kali ni..siap berbaju seirama lagi. 

Ni lah ipar ipar aku yang terbabit. Yang tak sekongkol baju gini, de 4 orang lagi..


Seminggu hokay pilih kaler. Berjujuk kat WA group mengisah nak cari kaler baju.  Akhirnya majoriti pilih kaler meghahhhh. 

Alhamdulillah semua telah selamat..
Resepsi sebelah perempuan. 



17.1.18

Tahun 2018

Tara....baru menjelma di hujung bulan January 2018.

Hahahaha busy uolss. Busy lah dari masa kerja kat opis lama dulu. 

Alhamdulillah, aku dah confirmed bekerja kat salah sebuah branch Tr@nswater based in Kemuning.

Kejap je dah 6 bulan. Seriously aku rasa lama. Hahaha tak tau kenapa..boring kot. 

Mana nak sama dengan tempat lama kan, tapi bertabah ajer lah. 

Rindu cik kiah..


Beberapa hari sebelum new year, gather dengan kak ton & mak mayra kat Mid Valley. 

Thanks to granny yang belanja makan..farewell kata nya.