Stalkers


Yang kesah

26.6.18

BBQ Malam Raya Pertama

Salam syawal..Tak pasti ke berapa dah.

Nyaris terlupa..Ada event best Raya tahun ni. Kami buat BBQ Malam Raya Pertama tu.
Kakak ipar aku punye idea la..nak memeriahkan rumah pusaka tu la.

Sebelum Bulan puasa, sil Aku dah start berkemas-kemas rumah pusaka tu and repair bumbung rumah yang bocor. Untuk memeriahkan lagi..kite tampal la wallpaper. Naik la seri sikit..

Berbalik kepada cerita BBQ kite..ni bahan bahan kene bakar hasil potluck each family.


1. Satay mentah 300 cucuk- Tambah order lagi 100. Sebenornye cukup je 300 tu. Sebab Ada benda lain jugak.

2 . Ayam 5 ekor - Hmm ayam amik masa nak bakar.

3. Udang 5 kg Sotong 5kg - Ni sponser oleh kami. Tak jumpe nye sotong. Udang pun frozen. Sekilo RM50 katanya. Hahaha aku pun 1st time makan. Manis..aku syak mee udang tu pakai udang jenis ni la.

4. Jagung 30 tongkol- jagung laku kerasss. Silap je tak de planta..sedap aiih sapu planta ke butter ke kalau ada.

5. Kayu arang -Kecoh! Kayu arang tak cukup. Nasib di kampung, senang je cari sabut, tempurung.

6. Teh tarik , kordial- Best. Best.

7. Sosej dan kuah satay- Sosej laku keras ..bebudak suke. Next year kene tambah penajaan sosej besar tu.

8. Sos BBQ  nasi impit- homemade by ipar ipar.

9. Tempat bakar & tukang bakar - Pinjam tempat bakar dari geng surau. Tukang bakar bergiliran. Earlier team 1 risau depa ja kena bakar. Tak tau ada team 2-3 lagi.

10.Mercun , Bunga API - Yang ni paling mahal RM600 tajaan. Terbakar begitu sahaja. Tapi syok la ..berdentam dentum, percikan Bunga API mercun lagi.


Sian budak 2 orang ni..Pas bagi makan, tetibe dah tak nampak kelibat masing2. Rupanye duk lena. Mana tak lena..Siang berjalan Raya..Malam beraktivi lagi.

So jemaah acik acik bawang setuju untuk menganjurkan aktiviti camni setiap tahun. Boleh upgrade lagi menu..tambah burger bakar, salad, coleslaw ke..wedges ke.hahaha banyak idea akak akak bawang ni.

Tiada ulasan: