Stalkers


Yang kesah

3.2.14

Aku dan piknik sungai

Idea anak buah Bandung aku la. Dia pon simpan duit bayor gigi besi tak balik kampung. Jadi dia syorkan piknik tepian sungai pada pagi sabtu itu.

Kami follow jer la.

Ingat nak picnic tepi sungai Ulu Langat, alih alih pergi ke Ulu Yam. Hantam sajalah labu..bukan aku drive pon!

Baru lah aku tahu sini ada letaknye Taman Negeri Selangor.. Kat sini ada anak sungai aje..kalau ke tempat lebih tinggi baru ada air terjun. Leceh la bawak bebudak. So pilih tempat yang landai aje lah.


So poyo kan? Siap angkut khemah sorang sebijik. Apekah fefeelin budak pengakap? Tak de lah nak tido golek golek dalam tu. Boleh lah buat salin baju.


Mujur kenit ni pandai bawak diri. Di campak ke hutan pon tahu bawak diri gayanya.

Provided perut nye di isi kemas. Bekalan untuk die ada juga. Bubur ayam. Untuk yang tolak batu dan kayu kami ada mihun goreng singapore,nasi lemak,mi goreng, fries, fry sosej dan nugget.


Tak sempat aku nak bg pakai baju
mandi cun sikit sebab tak plan nak gi mandi pon. Belasah je lah labu..


Seeee...Campak dalam sungai pon anak aku tahu bawak diri nampaknya! Air ni sejuk sangat walau pon tengah hari cahaya memancar mancar.

Cuma 2 kakak kenit je tak sporting. Penakut sungguh dengan air. Dulu kecik2 aje berani. Dah beso ni susah di ajak terjun ke sungai pulak. Masuk pool pon takut. Masuk bath tab pon berteman.

Tragis jugak tempat kami pasang khemah ni. Jambatan jauh sangat..terpakse seberang sendiri meranduk air nak ke seberang yg ada kawasan lapang. Nasib ada batu batu tengah sungai tu ..

Memandangkan aku tak slip disc, aku lah kena angkat 3 beradik ni. Ibarat nye mengangkut beras 10-15 kg gitu..Pergh, boleh tahan serammm. Kalau tergelincir konpem tonggeng masuk air. Malu lorrr!!

Letih sebenor nye buek aktiviti macam ni. Kalau rumah kata sebelah sungai tak pe jugak..tapi tak mo lah Sungai Klang ek..


- Posted using my iPhone

Tiada ulasan: