Tengah mempertimbangkan nak smartphone samsung atau Ienovo. Requirement nak wasap, facebook, radio, camera front back, storage 4G pon ok. tu aje. Boleh la bajet dalam rm5-6 ratus..
Aku baru plan nak survey kat kedai kedai jual handphone dari area Sri Muda aje tapi lepas aku menerjah ke alam cyber..takut pulak terbeli henpon tak ori.
Samsung galaxy Y harga rm340..macam murah jer..ni dari kedai gambar Sri Muda. Was was aku..amoi tumpang kedai nyonya jual henpon.
Kata nak sematpon, aku tak mo tak ori..sebab sematpon ni banyak software n application. Kang beli yang made in china ka, jatuh sikit, slip disc berpanjangan. Merana jiwa..jiwa adik aku la.
Aku ni jauh panggang lah nak bertukar henpon rasanya..Nasib lah ada orang sudi pinjam kan. Tapi malu lah toleh kiri kanan..orang tak pakai dah la versi aku ni. Most gengggam iphone 5 ..lol!!
Berbalik kepada survey di hujung jari aku ni, banyak review pasal tertipu beli handphone tak ori kat alam sentral.
Aku ingat elok direct beli dari kedai Samsung sendiri jer la.
Aah, adik aku nak jugak Samsung..in trend kat opis katanya walau laki aku cakap lenovo punya pon okay. Ada sematpon serendah rm300 sahaja.
Esok bawak jer la dia ke dua dua kedai pi usyar usyar dulu dari pening pening.
Aku ingat bos aku pon dah tukar henpon lain sebab hp samsung kebanggaan dia tu tak ori la. Baru je pakai..tak de ringer bila incoming call masuk. Acaner tuh? No
wonder la beli samsung hade camera bapak bosar tu kat Samsung MV terus..Bior mahal, asal bahagia tak de nak gaduh dengan tokei kedai henpon kan?
- Posted using my iPhone -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan