Stalkers


Yang kesah

24.2.14

Pusing Shah Alam

Dah 2 minggu laki aku kerja sabtu ahad. Kojer link dengan gomen, macam ni lah. Hari ahad tu dia paling lemah lah..jadi anak bini semua follow memberi sokongan.

Sokongan lah sesangat..tersasar ekonomi rumah tangga lagi adooo.


Gadis gadis cuci nak cuci kolam MBSA. Mengamuk ngamuk masa sarap tu nak tengok air pancut katanya!


Menunggang otromen di subuh hari.Tak de lah subuh, agak agak kedai baru je nak bukak.

Aku kalau ke Alam Sentral ni memang badi lah asyik beli cadar. 2 tahun lepas..beli cadar kat sini jugak. Ok ke cadar queen 330 thread count tu rm25?


Yang single rm15. Tak de brand pon. Leh lah buat tukar tukar. Lam gambo kemain effect 360 nye..Yang hakiki? Tak pe lah, tutup lampu kan malam malam..

Yang cadar 3D ade offer jugak, baru RM80. Nengok kat FB , kemain ratut ratut harganya..Tak de lah nak 3D bagai, malam dah la tutup lampu, tak berapa nampak lah 3D nye. Bior yang tido tu cam 3D, baru lah cun!

Lepas PAS, lepaking aje kat Kompleks PKNS, nunggu en dol abis kerja kul 1. Ramai umat renew paspot, ate tak lama lagi cuti sekolah ek.

Nih ada offer Air Asia free seat, mari lah kite menerjah nye..

Aah ..konpem free seat lepas bayor jer lah!


- Posted using my iPhone -

22.2.14

Kacau Jeeee!!

Kacau je orang tengah fokus..fokus..membaca novel ni!!


Lagi 650++ pages baru abesss..Mengah lah gini yer!

Gangguan nya tadi adalah ..

Mujur aku bukan tengah musim pms, kalau musim..mahu sebahagian Sah Alam di landa taufan Ana. Mahu lawyer papa kena gosok dek mak ayam, nak shoot saman kekdahnye!

Sikit sikit sudah lah kan. Biar lah si luncai terjun dengan labu labu nya.

- Posted using my iPhone -

19.2.14

Landskap ke??

Terima kasih kepada tok laki sudi menangkap gambo landskap yang tak berapa landskap.

Main campak campak aje. Dari terbongkang di tepi rumah aje, campak gitu ade la 1% cam rupa landskap.

Pokok pon tak menarik..macam pokok menerung di tengah bendang! 


Tak pe lah nanti kita gugel.."pokok murah tapi cantik untuk mini taman"

Apelah hasil nye nanti kan?


Al Fatihah

Pagi tadi berkesempatan ke Taman Bukit Indah Ampang menziarah rakan sepayungan yang kehilangan suami tercinta petang semalam. Al fatihah untuk arwah.


Al fatihah untuk arwah ayah aku jugak. Abdul Hamid bin Ismail. Ismail bin Hussin. Itu aje aku ingat.

Aah, 18 feb 2005, dan hari ni genap tahun ke 9 beliau pergi tak kembali meninggalkan kami.

Semoga Allah ampunkan dosa dosa nya dan di tempatkan di kalangan orang beriman.

Kalau citer pasal abah aku ni, aku teringin nak renovate balik umah kat kampung tu.

Mesti adik adik dan Mak aku happy leh beraya kat umah pusaka tu. Aku pon nak bebudak ni tahu kat rumah tu lah omak nye di besarkan.

Berputik niatnya dari 2 tahun lepas..tapi rumah sana bukan priority sangat la...itu duitnye dah di buek modal bayar umah jalan kebun dulu.

Duit orang kan..shushah..

Duit sendiri??

InsyaAllah, kot berhasil esos nye..Tak mustahil menjadi kenyataan. Aminnn..

- Posted using my iPhone -

17.2.14

Pusing pusing Kotaraya

Serba salah pulak..nak pergi follow ke tanak. Orang tu umpan nak singgah Sogo katanya..

Lokasi pertama kena ke Mini UTC Sentul dulu. Buat dulu kerja..pastu baru leh mencilok ..


Ingat orang tu monitor system 30 min ke..rupanya dekat 3 jam. Muka muka yang sangap menunggu di celah ratusan umat nak buat paspot.

Siang hari, KL tak jem pon. Bahagia nya kalau macam tu setiap masa. Tapi ronda KL tengah hari buta kerja gila ah. Panas membahang!

End up tak nyinggah mano pon. Kang tertunjuk skill belanje cam orang kaye..letih nak bagi justifikasi kat FC umah.

Tak pe, ku pendam sebuah keinginan hingga ke Khamis ini..Hahahaa. Selamat sakit kaki untuk diri sendiri!


- Posted using my iPhone -

11.2.14

Aura Negatif

Kat rumah, satu family tak sihat..dengan aku aku pon tak sihat, kalau sihat aku mesti sedap tidur dah ni..Ni kena mendemah orang demam ni. Orang demam degil pulak tu..

Kat office pon, wujud aura aura negatif jugak. Tapi so far aku ni masih medan magnet positif, boleh la keep calm and ignore!

Yang negatif ni selalu memang hitam kan! Eiiii..memang aku alergik nengok sorang yang hitam tu.

Kalau boleh lari, memang nak lari. Lagi nak lari, lagi di kejar. Lagi nak sembunyi, lagi di cari. Malas dah aku nak lari dan sembunyi.

Kalau boring tu, ignore jer la!
Meh kita tukar modus, dulu dia kejar kite, bior kite kejar die balik..kalau boleh, bior dia sembunyi tak keluar keluar dah!!

How to react? Tengok bawah ni..



Hua hua hua..konpem tak de sapa nak kejar..

- Posted using my iPhone -

9.2.14

Galaxy Pilihan

Rambang bijik mata nengok pelbagai jenis Samsung..kecik? cute? besar? XXL? ori? tak ori? semua ada..




Lastly.. amik ni, Galaxy Trend kaler putih. Saiz lebih kurang cam iphone5 aje. Boleh la fefeelin sikit kan?
- Posted using my iPhone -

8.2.14

Smartphone baru?

Ermm..nak lekatkan duit bonu$ kata nya..

Tengah mempertimbangkan nak smartphone samsung atau Ienovo. Requirement nak wasap, facebook, radio, camera front back, storage 4G pon ok. tu aje. Boleh la bajet dalam rm5-6 ratus..

Aku baru plan nak survey kat kedai kedai jual handphone dari area Sri Muda aje tapi lepas aku menerjah ke alam cyber..takut pulak terbeli henpon tak ori.


Samsung galaxy Y harga rm340..macam murah jer..ni dari kedai gambar Sri Muda. Was was aku..amoi tumpang kedai nyonya jual henpon.

Kata nak sematpon, aku tak mo tak ori..sebab sematpon ni banyak software n application. Kang beli yang made in china ka, jatuh sikit, slip disc berpanjangan. Merana jiwa..jiwa adik aku la.

Aku ni jauh panggang lah nak bertukar henpon rasanya..Nasib lah ada orang sudi pinjam kan. Tapi malu lah toleh kiri kanan..orang tak pakai dah la versi aku ni. Most gengggam iphone 5 ..lol!!

Berbalik kepada survey di hujung jari aku ni, banyak review pasal tertipu beli handphone tak ori kat alam sentral.
Aku ingat elok direct beli dari kedai Samsung sendiri jer la.

Aah, adik aku nak jugak Samsung..in trend kat opis katanya walau laki aku cakap lenovo punya pon okay. Ada sematpon serendah rm300 sahaja.

Esok bawak jer la dia ke dua dua kedai pi usyar usyar dulu dari pening pening.

Aku ingat bos aku pon dah tukar henpon lain sebab hp samsung kebanggaan dia tu tak ori la. Baru je pakai..tak de ringer bila incoming call masuk. Acaner tuh? No
wonder la beli samsung hade camera bapak bosar tu kat Samsung MV terus..Bior mahal, asal bahagia tak de nak gaduh dengan tokei kedai henpon kan?


- Posted using my iPhone -

5.2.14

Tambang Komuter

Aah, terima kasih lah untuk sesiapa yang google pasal tambang komuter lalu menyinggah ke blog ini..


Antara keyword yang isk isk ..

Boleh bukak website komuter untuk maklumat lebih tepat.

http://www.ktmkomuter.com.my/

untuk jadual waktu perjalanan, harga tiket/tambang dan destinasi laluan komuter. Memang ada banyak maklumat tambah pengetahuan kat situ.

Kawan aku yang suka naik komuter tapi la kerja kat obersi sokmo menanya aku tambang komuter dah naik ke belum? Setakat Februari 2014 ni belum la.

Tapinye, satu per satu lah Pak Jib oi kalau nak penaik harga pon..Ape kata turunkan dulu harga carrot ke sebab hari hari aku kena ada stok carrot nak buat bubur budak. Muahahahaha.

Nak penaik boleh, make sure servis tu bagus..Tingkatkan aspek keselamatan dalam komuter tu. Jangan bila tren tersangkut tengah landasan..ate macam ayam turun reban pulak..Tangga satu, ayam beribu ekor!

Emo pulak aku kan!

Tarik napas! Hembus..

- Posted using my iPhone -

3.2.14

Aku dan piknik sungai

Idea anak buah Bandung aku la. Dia pon simpan duit bayor gigi besi tak balik kampung. Jadi dia syorkan piknik tepian sungai pada pagi sabtu itu.

Kami follow jer la.

Ingat nak picnic tepi sungai Ulu Langat, alih alih pergi ke Ulu Yam. Hantam sajalah labu..bukan aku drive pon!

Baru lah aku tahu sini ada letaknye Taman Negeri Selangor.. Kat sini ada anak sungai aje..kalau ke tempat lebih tinggi baru ada air terjun. Leceh la bawak bebudak. So pilih tempat yang landai aje lah.


So poyo kan? Siap angkut khemah sorang sebijik. Apekah fefeelin budak pengakap? Tak de lah nak tido golek golek dalam tu. Boleh lah buat salin baju.


Mujur kenit ni pandai bawak diri. Di campak ke hutan pon tahu bawak diri gayanya.

Provided perut nye di isi kemas. Bekalan untuk die ada juga. Bubur ayam. Untuk yang tolak batu dan kayu kami ada mihun goreng singapore,nasi lemak,mi goreng, fries, fry sosej dan nugget.


Tak sempat aku nak bg pakai baju
mandi cun sikit sebab tak plan nak gi mandi pon. Belasah je lah labu..


Seeee...Campak dalam sungai pon anak aku tahu bawak diri nampaknya! Air ni sejuk sangat walau pon tengah hari cahaya memancar mancar.

Cuma 2 kakak kenit je tak sporting. Penakut sungguh dengan air. Dulu kecik2 aje berani. Dah beso ni susah di ajak terjun ke sungai pulak. Masuk pool pon takut. Masuk bath tab pon berteman.

Tragis jugak tempat kami pasang khemah ni. Jambatan jauh sangat..terpakse seberang sendiri meranduk air nak ke seberang yg ada kawasan lapang. Nasib ada batu batu tengah sungai tu ..

Memandangkan aku tak slip disc, aku lah kena angkat 3 beradik ni. Ibarat nye mengangkut beras 10-15 kg gitu..Pergh, boleh tahan serammm. Kalau tergelincir konpem tonggeng masuk air. Malu lorrr!!

Letih sebenor nye buek aktiviti macam ni. Kalau rumah kata sebelah sungai tak pe jugak..tapi tak mo lah Sungai Klang ek..


- Posted using my iPhone