Stalkers


Yang kesah

29.8.13

Anak Anak Merdeka

Mereka ni anak anak merdeka- lahir bulan Ogos katakan.



Dari kiri, Mr Ahpek- besday dia sama dengan Sarah- 10 Ogos.

Tengah Mr Salleh - tu besday dia esok, 30 Ogos.

Yang kanan tu Mr Macho lahir pada tanggal 31 Ogos. Sayang..Mr Macho rupanya duk posa. Posa 6 lah kot.

Semalam kami sedia perut aje. Tak yah pikio pikio bajet bagai. Lega...licin pizza dan kek kami kerjakan.

Sakit juga tekak aku pagi tadi..dah tu, agaknya mau sebelah kek aku je belasah. Ha ha ha ..belasah, jangan tak belasah, janji pueh ati.

Gendang gendut tali kecapi, bulan depan buat lagi..wakakaka.

- Posted using my iPhone -

Edisi Family Beraya

Sabtu tadi ada la skit buat makan makan untuk sedara mara belah aku dan en dol yang menetap kat area sini kat rumah baru.



Kazen aku, merangkap agen insurans aku, merangkap supplier kuih raya aku, merangkap supplier makanan tambahan aku..semua lah dia merangkap.



Hari tu masak mi kari nyonya style resepi Chef Nor, perghhh..trauma aku kopek kerang sampai 3 kilo sorang2. Ekceli resepi eksperimen sebab pestime masak mi kari.

Menu lain ada spirals carbonara, kek butter coklat, nugget ayam, buah naga dan air kordial.

Ada 3 family tak dapat mai. Tapi dapat kunjungan mengejut pulak dari Mak Tam dan Pak Tam dari kampung yang ada majlis kahwin kat area Selayang tu. Rezeki diorang lah tu.

Ni aku duk pikior lagi nak masak pe pulak untuk menu petang hahad ni. De kawan mau berkunjung lagi.

Godek ..jangan tak godek resepi...

- Posted using my iPhone -

23.8.13

Persidangan di Wild Basil

Layan ...

Chicken w butter rice. Pilihan aku since pagi just sarap minum air milo dan nescaffe. Aku pon idok percaya aku minum air aje. So-so aje today punya cooking. Ayam macam overcooked, so isi a bit liat. not juicy at all.

Amboiii komen ku gitu...fefeeelin jury Masterchef. Tapi selamat dah masuk tembolok aku. Lapo punye pasal!!



Lemon fish. Panjang lagi namanya. Hasil jalaan Kak Ton. No komen dari Kak Ton. So mesti rasanya mabeles..



Fettucine beef. Ntah apa lagi kat belakang berjela namanya. Menu pilihan Mak Mayra. Terbongkang kang si kenit die pas menyusu malam ni...


Raikan apa yer? Gaji belum dapat, ser belum juai..Raikan 2 jam lunch la.

Next round??

- Posted using my iPhone -

20.8.13

Potluck Raya Opis 2013

Aktiviti tahunan katakan..selagi ada Chairman dan sekutu sekutunye. Hahahahaha.

Adventure sangat angkut nasi impit atas ketapi. Mak Mayra kendong 4 lot ,aku pon kendong 4 lot..eh tersasul sebut lot pulak. Masing masing bawak 4 bantal nasi impit segera tu la.

Sengal bahu!

Tapi Kak Ton lah dasat, kak ton bawak kuah kacang, kuah lodeh , lemang dan rendang. Power betoi Kak Ton. Ekekeke, lemang dengan rendang import dari Ayahanda Puchong la. Yang lain lain aje homemade.




Tu lah antara menu kami. Plus sekut sekut raya kami. Tapi tu lah, sayang pulak bosess sibuk betoi kelmarin, outstation lah. Tok Abah jer la sporting join makan dengan kami.




Kak Ton baju oren merah merangkap Chairman persatuan yang beraya kali kedua lepas habis posa 6. Kami kami ni belum sempat posa lagi, join sekaki aje la. Yang sebelah in purple mini kurung tu is Mak Mayra, supplier nasi impit yang berjaya.




Pose tongkat dagu ni menunjukkan kenyang sangat sampai mau lentok gitu. Ahahaha. Ekceli dari sudut psikologi pe kah tandanya? Mesti aku nak kata kat " i rely on you" kot.. Ekeke, ingat boss, i nak gaji je fliessss to the sky..

Ni ekslusif lah gambo aku dengan boss baru aku. Say hi to Mak Ana! Macam lah dia dengo kan??

Pagi, lunch dengan minum petang layan jer la juadah raya ni. Kenyang sampai malam. Alhamdulillah murah rezeki nye.




Ni duk tunggu invitation dari pak tiri pulak. Bila papa nak buat jamuan raya? Tahun lepas papa panggil makan, tapi papa tak join makan pulak. Harap papa selit selit menghulur duit raya yeaaaaa.

"iyeaaaa, papa hulur nanti" balas papa.














































































"IN YOUR DREAMMMMM hokayyyyy" kata papa sambil beri lempangan sedas.

"Cer ko hulur beli syer aku dulu" jerit papa!

Oh my sharesssssss....please fliessss and fliesssss up to the SKY!


- Posted using my iPhone

18.8.13

Rezeki Syawal

Alhamdulillah, murah sangat rezeki sepanjang sabtu ahad ni.

Tiap tiap malam ada open house di Taman Desa Kemuning Bukit Naga ini.

Untuk tahun ni, kami tak de buat jamuan besar besaran dah. Kali ni kami bahagikan kepada 2 malam. Malam pertama untuk blok B, ni baru lepas tadi blok A.

Meriah weii, meriah makanan lam perut aku. Malam semalam bakor ayam. Malam tadi ratah satay.






Malam penutup sempat layan sedas 2 gambo.

Walau pon aku dah kenyang, mata blom mau katup. Pasai pa? Sebab tadi aku balun teh tarik 3-4 teguk je pon!

Senduuuu gituu.

- Posted using my iPhone -

16.8.13

Penantian yang berbaloi baloi???




Mak cik kayo! Mak cik kayo!!

In your dream okayyyyyyyy. Kasi penampo jepun sedasss!!!!

Application open cds acct dah submit tadi. Require 1-2 days. Hopefully by next selasa, manage to submit bankers cheque & form to registrar office.

Doa aku, semoga segalanya berjalan lancar. Paling penting aku redha atas segala keputusan aku. Setiap benda yang jadi pasti ada sebab musabab dan hikmah nya.

- Posted using my iPhone -

Saya budak baru belajar

"Kalau mahal, tolong jualkan.."

Bila lah aku nak sebut gitu kat bakal remiser aku kan??

Sila lempang aku laju laju. Propa sangat!!
Ni kisah share kompeni aku yang 2-3 minggu ni duk naik aje. Tok Abah dah bagi saranan dah suruh excercise share esos kami tu. Kalau kami jual sekarang dah boleh untung 90%. So , ape lagi??

Dah macam mat jenin lah masing masing. Ni duk pikior pikior cam ne nak dapatkan fund. Kena beli dulu lah share nye baru bleh jual.

Dah petang tadi pi la bukak cds akaun dulu. Tu pon hade pending 1 dokumen lagi. Harap esok pagi, settle lah urusan ni.

Pes time nak excercise share katakan, rasa macam..tak tau nak cakap lah. Tahu jer lah main main share ni, risky katakan.

Tok Abah kata, paling koman pon boleh dapat modal balik la. Encouragement dari Tok Abah gitu.

So far, banker aku ni soulmate aku tu la. Dan dan panggil soulmate gitu..wakakaa.
Baek punya ayat tu. Kalau gosok lebih tu, boleh tu terus belasah beli 20 lot ke..Tapi tu la, raya tadi aku dah allocate duit untuk raya dah. Kalau tak raya, boleh dah dapat beli 3 lot. Aci ke tebalkan muka pinjam dari Tok Abah? Ahahaha. Janji tak de interest ye bah!




Ni harga semalam. To the S, to the I, to the G ni lah ngajor terjah terjah web bursa ni. Terus print screen sedas!




Gilo tak gilo aku? Ni hari ni punya print screen rega share. Adeh, meluap luap pulak rasa ketamakan dalam diri ini. Ekekeke..

Aku harap, tempoh masa 8 ari akan mendatang , (effective bila yang tak ketahuan lagi ni),share naik lah melambung lambung.

Tapi tu lah..Tok Abah sesekali berpesan jugak. Dont b greedy! En Dol pon bg pesanan penaja juga. Jangan Tamak!

Ermmm, pesanan yang mencantas keJENINan aku..

In Sha Allah, kalau ini rezeki aku dan mereka mereka..

Apo nak di kato kan???

Kita enjoyyyyyyyyyy nanti...

- Posted using my iPhone -

Location:Jalan Sungai Long 32/113,Klang,Malaysia

15.8.13

Happy Birthday Mak Ana

Esok, besday Mak Ana. Kenal Mak Ana? Bos baru aku..baek aku kipas dia kannn. Bagi hadiah besday gitu..

Apa kelas kipas kipas kan?? Buh lah ekon 3 HP lagi.

Bak kata pepatah, orang memberi kita kena la menerima, orang dah memberi, kena la memberi juga..

Last month punya besday dia presentkan henbeg untuk aku. Jadi, besday dia esok hari, sangatlah afdal aku bagi sumthin jugak kan..

Ni jer la aku termampu..


Mujur lah paper bag ni sedang sedang beso nye. Bulih lah buat kabur mata Mak Ana sikit. Ada lah sikit eksaited kan bila nak bukak tu..

Hahaha, bila dah buka ..hampa hatinya..

Secoet aje isi nye..wakakakaka.

Lepas raya ni harap maklum lah kan, bukak dompet..bersusun duit singgit aje. Ahahaha, duit tukar masa raya tu..kot 200 keping tak pe gak, ni tak sampai 10 keping pon hade!

Set aku pilih ni adalah dari
rangkaian Japanese Cherry Blossom gitu.


Belikan Body shower & moisturiser rasanya. Aku suke la bau nye. Selain harga nya pon i likeeee.

Ni petang aku suruh mat royan letakkan kat atas meja kerja dia lepas dia balik. Dengan harapan beliau akan terkezut lah kan bila masuk opis esok pagi. Lagipon dia masuk opis awal.

Okay ke arrangement aku? Yang best tu, esok dia promise nak belanja kami makan lunch pulok.

Ehem! Rejeki jangan di tolak, esos jangan tak di excercisesi..Eh??!!!

- Posted using my iPhone -

13.8.13

Untuk Sarah Nana

Nama glamer..susah dia nak sebut Adreana tu..aku ajor je dia sebut Sarah Nana. 

Ekekeke..cumil juge nick name itu.

10hb Ogos tadi, genap lah umo si Sarah 4 tahun. Bersamaan 3 Syawal 1434H.

Kebetulan petang semalam antar barang ke jalan kebun, balik tu dah dekat kul 7pm dah,
Itu yang menyinggah makan kat mekdi Kota Kemuning, lalu terlalu depan Secret.

Dari ayah seketul tiramisu, dari ibu seketul red velvet. Walhal dedua pilihan ibu,,selera ibu!

Besday girl tak berapa sihat sebenor nye..serombong sumbat!


Tak sabo nak tiup lilin..janji tiup lilin okay..atas nasi pon tak pe kekdahnye. 



Itu pon besday girl tak nyenyabor mau balik umah sebab nak minum susu dia.

P/s: Hari ni last day berseronok di rumah..esok?? Alamak...bersusun dah kerja kerja Mak Ana!



12.8.13

Cerciter Raya 2013


Salam aidilfitri untuk semua.

Tahun ni punya raya, memang terpahat lam ingatan la. Sebab nye anak dara aku yang 2 orang tu demam. Si Sarah & Auni.

Yang tua senang sikit nak diuruskan. Yang kenit aje mencabar sikit. Abes tak pandai bercakap kan, koman2 dia merengek rengek jer la.

1 Syawal kat rumah mertua aku la. Kali ke 4 dah rasanya. Mak dan adik laki aku pulak berkumpul dengan Mak Tam kat rumah arwah nenek. At least rumah tu meriah lah sikit ada orang time raya ni.

Tahun ni berjaya menemakan ijo untuk kaler baju kami. Seeee...






Tengok kenit menangis..tak sedap badan lah time tue..






Sama tudung plak dengan minah retis ni...Ahahaha, aku terjumpa tudung bawal ni masa packing baju nak balik kampung tu. Tak silap adik aku yang hadiahkan untuk aku..layan jer la pakai dalam umah katakan.

Sepanjang pagi syawal kami kat umah aje berkumpul dengan ahli family menyetel hasil mantai petang akhir ramdhan.

Menu tahun ni banyak juge. Letih perut makan..Ada nasi impit dan kuah kacang, pulut dan rendang daging, bihun sup dan laksa utara serta kuih muih raya tradisional seperti dodol, tapai pulut, semperit dan peneram.

Mertua aku memang taste dia kuih muih tradisional aje, so senang lah kami kami ni bawak balik aje sekut moden utk variasikan nak isi balang kuih muih dia.

Sebelah petang baru lah gagah nak keluar menziarah sedara mara.



Siap tunggang leher ayah lagi..lengan dah kebas katanya. Kenit sebenor dah pening tu, sebab ubat ubatan dia telan tu lah.


Di kepit dek ibu..sempat lagi aku posing kann. Hadoi patah pinggang!

Sabo jer la melayan karenah dia petang tu. Gitu gitu pon dapat bertandang ke 4 bijik umah petang raya tu. Fuhhhh semangat syawal katakan!

Malas dah aku nak upload gambo raya banyak banyak. Ada separuh aku dah upload dalam fb, separuh lagi aku upload masuk wechat & ig. Mana tempat lagi aku tak tayang? Ahahaha..fefeeling retis gitu.

Di kala Syawal yang masih bertamu ini, aku pon ingin menyusun jari jemari memohon ampun dan maaf.

- Posted using my iPhone -

Jem oiii

Haduh, mau rata punggung duduk lam keta. Perumpamaan gitu. Hiway jammed, jalan lama pon jammed.



Ni budak muntah dlm perjalanan. Perut dah masuk angin la sebab tak sempat dia sarap. Bangun lewat katakan..



Kat R & R tadi, menyuapkan nasi febret dia. Mujur bawak bekalan sarap ko yer Sarah.

Perjalanan tadi mengambik masa mendekat 7 jam. Cam gi Kelantan yer.

Kesian jugak dengan bebudak. Si Sarah mabuk kereta. Si Kenit pulak duk batuk batuk. 2 orang ni berduet lah muntah dalam kete. Alahai..

Papepun, alhamdulillah dah sampai rumah.

Patut esok aku dah masuk opis tapi Pak tiri dah declared compulsory leave 2 hari ni. Lega lah jugak..cam berkecah jugak umah ni dek harta benda angkut dari kampung.

p/s : Cerah bijik mata ni, penangan teh ais..

- Posted using my iPhone

5.8.13

Berukben Raya

Nombor aku aje maxis..sebenor aku ni pakai prepaid U mobile. Dekat 6 bulan dah guna. Sebab tu hari sim kad buat hal, so en dol tukarkan lah ke u mobile pulak.

Belum tau lagi prestasi nye macam
mana kan. Sepantas kilat kah atau selembab siput baby. So kita bereksperimen dulu yer.



Coverage so far okay aje. Kat kampung pon hade..cuma nak topap tu tak banyak kedai jual lah. Kat 7 E ada. Selalu aku topap online jer pon.

Memandangkan seminggu aku kat kampung. Saja lah aku melanggan berukben uMobile ni. RM 15/ 15 hari / 500mb.

Dengan harapan dapat lah aku berpesbuk dan berwasap di hari raya..

Memang sekarang canggih kan..ingat dulu bila tiba malam raya, sibuk sms kawan kawan nak wish selamat hari raya. Kalau waktu perdana..alamat lah tak le send out sms. Mau tunggu tengah malam sikit.

Aduh, kenangan tu..

- Posted using my iPhone -

Kenit ku demam balik..

Adeh, si kenit start balik sakit 3 serangkai..demam, batuk dan selsema.


Kelmarin lagi dah start batuk dan selsema nya. Tu semalam elok aje kawan dengan kakak. Kakak Sopie aje tak de, follow apak mengemas kat THM.



Ni gambo last week masa berbuka dengan kompeni en dol. Sempat lah riang ceria 2 minggu lepas. Bila tengok gambo ni, teringat sopie masa kenit dahulu. Lebih kurang gini lah muka Sopie dulu. Cuma mata Sopie terbuka lebih sikit.

Harap masa raya kang ko sihat lah yer kenit! Kang di hari raya pertama kita kena cergas.. banyak umah kaum kerabat kita mau ziarah.

Betul lah..tok tok sedara lom pernah jumpa kenit lagi. Tahun lepas duk bertapa lam perut lagi katakan.

- Posted using my iPhone -

Location:Jalan Sungai Long 32/144,Klang,Malaysia

Orked dalam opis

Ekceli jumaat tu aku & awek kelantan aje bertugas kat bawah.. staff lain kat atas la. Yang lain lain ada dah start cuti raya.

Jadi layan lah 4-5 das gambo dengan orkid mak tiri. Dah comei sangat orkid nye. Fefeelin lah kejap kann..Ni sebahagian aje. Total orkid adalah 200 pasu.


Ni orked ni akan dibungkus jadikan hamper sekali dengan biskut raya dan kad raya. Mak Tiri mau bagi clients Pak Tiri dan kengkawan depa.

Rasa weekend tadi dah berjalan lah tu aktiviti menyedia hamper.


Cantik aje orkid ni, tapi seksa lah membela nye. Mau letak dia dalam bilik beraircond. Sangat hi maintainance gitu.

Kang jahanam aircond bilik ni..adeh!!


- Posted using my iPhone -

4.8.13

Weekend yang sibuk

Sabtu - Terjah seksyen 17/18, bawak Mak gi shopping raya. Shopping baju raya ketiga dan keempat. Kang balik kampung kang, nak beli yang kelima pulak. Kalah lah kami semua punya baju..

Ahad - Lepas sahur membersih carpoch depan ni. Mengemas cik lisa. Esok cik lisa mau jalan jauh.

Di ikuti, menyambung kojer en dol membersih stor kat belakang umah ni. Adeh..rasa nak buat jual lambak ala "clean house" aje harta benda keta si en dol.

Gila lah letih. Omak aku pon mengemas juga. En Dol pon mengemas stor umah THM. Masing masing mengemas lah kiranya. Dan masing masing terpeleot lah pukul 2 cam tu. Ahahahaha.

Ni pon ada lagi tugas menanti ni malam. Packing baju masuk beg..so far harta benda kami laki bini aje baru masuk beg dan baju raya bebudak. Baju basahan bebudak belum packing..

Dan 1 trip lagi mau basuh baju..

Adeh. Rasa lomah aje badan ,mau jemaah zzzZzz aje dengan bebudak bertiga ni.

- Posted using my iPhone -

1.8.13

Belum tido lagi

Pehhh..meleleh jugak air mata di tengah malam sebab mengantuk tapi lom mau tido lagi. Dah sakan tadi togok teh tarik kan, tak hengat hengat gitu.

Sure esok sangap kat opis. Tapi dengan adanya Mak Ana, mungkin ku pendam sepasang taik mata jer la kannn.

Tak pe lah, kalau aku fenin, esok aku MC lah. Wakakaka..mau sebaldi Mak Ana bebel. Hehehe.

Keja kat opis melambak jugak pending. Ia sekaligus membantut kan mood mau balik kampung. CC Mak Ana yet statement aku yang penuh dedikasi ini. Ahahaha.

Di jadualkan weekend ni mau kasi seround sopping raya kat Pekan Klang. Harapan setinggi KLCC tak melatah beli benda tak perlu. Sila concentrate dengan list dari misi yang tertulis.

Aminnnn


- Posted using my iPhone -