Stalkers


Yang kesah

31.10.12

10 Hari

Wah, kesian..baru 10 hari usia pantang aku. Auni pon umur 10 hari jugak lah kiranya. So far, Auni sihat sahaja. Alhamdulillah, tak de jaundis. Cuma ada lah naik ruam panas. Tadi, Nurse KK datang dan timbang. Dah naik 4 kgs. Ibu nye sahaja belum timbang..turun 4 kgs tak pe.

Memang bosan lah duduk umah. Nak baca novel, hormon remaja tak muncul pulak. Jadi, novel novel aku menjadi bahan bacaan jiran jiran aku yang remaja berstatus ibu.

Sambil berblog ni, sempat juge aku berblog walking usyar pengalaman orang lain berpantang. Belum lagi hormon shopaholic datang, al maklum belum gaji la katakan. Nanti dah terisi bank nye, boleh le shopping online. Best kan zaman sekarang. Tak keluar umah pon boleh shopping.

Since aku banyak experince berjalan sebelum bersalin. Aku tak de la meronta ronta nak keluar berjalan. Cuma, masa mengandung hari tu aku cam kureng selera nak makan. Sebab tu masa pregnant berat aku naik 7 kgs aje.

Hai, dah time pantang ni, rasa tak sesabor nak cepat habis pantang. At least dah 20 hari ke.


Best kan! Sekarang aku breakfast dengan roti bakor cicah air kopi/milo. Haruslah aku terUP kan gambo breakfast McD ni. Nasib rumah aku jauh giler dari McD, kalau tak..selamat...

Untuk lunch..maybe yang macam ni memang menyelerakan kan?




Walau hakikatnya, hari hari makan ikan. Masak bening bening je. Nak fries? Tak boleh..pucuk mengkudu ade..



Aku akhiri lah entry yang penuh kesenduan ini dengan gambo si montel dan matanya yang dah buka.


- Posted using BlogPress from my iPad

28.10.12

Pengalaman Bersalin Part 2

22 Oct 2012 ~
Pukul 2 pagi terjaga dari lena. Rasa perut mengeras kejap kejap. Lendir pekat campur darah makin banyak keluar. Tunggu dan tunggu, contraction tu rasa makin kerap. Sakit ari ari..agaknya kene tanduk dengan kepala baby kot.

Pukul 5 pagi usaha bangun dan mandi. Mandi koboi aje..sejukkk. Kejutkan en hubby. Sempat belasah roti sekeping dan secawan milo & beberapa ketul kurma. In case nak bersalin lepas ni ke..kang tak bertenaga nak meneran.

En hubby dah siap. Request nak ke UMRA aje instead ke Hospital Klang. Berbelah bahagi sebenarnya. Nak tunggu betul betul sakit kat rumah, takut karang bagi masalah kat baby. Dah la overdue kan.

Kalau pergi Hospital Klang, for sure kene tahan, masuk wad..may be masuk air(induce), duduk aje atas katil sambil tunggu contraction. Oh Tidak!!! Sebab rasa contraction aje kerap tapi belum tahap nak bersalin lagi.

Pengalaman Bersalin Part 1

Wah..berpart part..cam Twilight series aje.
Al kisah ~ baby aku overdue 5 hari. Yang mana EDD aku adalah pada 16 Oktober 2012.
Memang ikutkan Sopie dulu pon lewat 4 hari. Sarah, lewat 1 hari.
Ni bukan kes salah kira ke hape, sebab aku memang sentiasa mark 1st day datang period kat kalendar tu.
Keturunan agaknya sebab Mak aku pon ade kes bersalin induce sebab baby terlebih hari.

Pasrah jer la bila dah melewati tarikh 16 Oct tu. Ada tanda contraction tapi tak kuat. Pada 16 Oct tu jugak, aku ke O & G Day Care Hospital Klang @ Hospital Ampuan Rahimah untuk check condition baby.
Sempat buat CTG tapi contraction sikit aje. Scan pulak tunjuk baby sihat, air ketuban cukup, kepala baby memang kat bawah dan beratnya dalam anggaran 3.2 kgs.
Due terbaru mereka bagi adalah pada 25 Oct, sehari sebelum raya haji. Hu hu hu. Kena bersalin induce dik non..bersalin paksa orang panggil.

Tak boleh jadi ~ sementara hayat di kandung badan, akan ku usahakan sesuatu ( ayat tak menahan..cam nak gi perang) , off coss la..bersalin pon bole mati syahid.

25.10.12

Nama untuk baby

So far, kami panggil new born ni baby aje. Nak panggil adik, ada sorang tu tak nak turun takhta lagi jadi adik.

Kakak - Sorfina Alya
Adik - Sarah Adreana
Baby - ?

Semalam dah jumpa buku panduan beri nama anak. So, en hubby decide nak panggil si baby AUNI. Sebagai ajinamoto, aku letak belakang SYAKIRAH.
Auni bermaskud lembut, ketenangan dan Syakirah bermaksud yang bersyukur.

Kalau letak Syakirah Auni pelik tak? Cam pelik kan. Yang penting en hubby kata nak panggil dia Auni. Apekah terkenan nama bakal isteri si Apek - Leuniey?Oh....pleassssseeee lah.

P/s : Aci tak aku spell Auni - Auny? Orang JPN marah tak?


Ni jer la pose yang termampu. Susah bijik matanya nak mencelik. Dah la mata pom sempit.


- Posted using BlogPress from my iPad

24.10.12

Sang Pencinta Siang

Tengok si dara yang suka tido siang. Malam hari berjaga..baru 3 hari aje ni.
Dah si dara pon tido siang..
Haruslah sang ibu mengFOLLOW..



Nanti mata dia buka, kita snap lagi gambo nya. Mata pon sempit..sepet. Maklum la lemak bawah mata ke pipi banyak lagi.

Dagu V shape ke bulan sabit bukan lah yer..hahaha. Bulan sabit ( OH TIDAK )



- Posted using BlogPress from my iPad

23.10.12

Akhirnya..

Yer, akhirnya baby yang telah dikandung selama 40 minggu 5 hari selamat di lahirkan.

Sungguh mendebarkan aku dan en hubby. Sesungguhnya, kita memang merancang, Allah Maha Esa juga menentukan.

Baby girl dengan berat 3.64kgs ni selamat dilahirkan pada 22 October 2012 jam 2.19 petang di Hospital Bersalin Umra Shah Alam. Kelahiran normal.

Bersama dayang dayang..lebih kurang 6 jam lepas detik kelahirannya.



Huargh..mengantuk yer. Si kecik ni kerap kerap jaga, maklum la tak kenyang sangat kot sebab susu masih kurang.

Tunggu next entry la kisah selanjutnya..


- Posted using BlogPress from my iPad

21.10.12

My "Bloody Show"

Yer, yang di nanti nanti, bukan menantikan baby, tapi tanda nak bersalin tu.

Pagi semalam perut mengeras lama jugak, tapi tak endahkan sangat , pergi jugak ke Giant Kemuning Utama sebab nak beli barang dapur.

Masa lunch kat KFC pon, tak de selera nak makan. Entahlah, lain macam rasanya sampai hilang selera nak makan. Tengah line up nak order tu, terperasan akan seseorang.

Terjumpe ex staff, Kak Asnah dengan anak dara dan terunanya. Dia baru balik ambil anaknya kat Kajang tu. Sempat jugak mengadu kat dia pasal keSENGALan cleaner baru kami kat opis baru tu. Hmmm..

Balik dari Giant tu, masa nak kencing nampak ada tanda light coklat kat panties.Erm, dah confuse pulak, apsal kaler cam light coklat coklat gitu bukan merah?En Hubby pulak kata mebi tu air ketuban kot. Erm, lagi lah tak boleh pakai idea die..

Lepas lepas tu pakai pad,elok putih berseri aje pad tu sampai ke petang. Siap membantai tido petang pulak sebab perut masih mengeras. Terasa lain punya keras la, sampai tekan sikit sikit la perutnye, mana tahu baby tanak gerak..

Ooo, may be jugak sebab tak makan nasi kot. Tu perut konon konon keras. Sebab pagi tadi sarap nasi impit dengan kuah kacang aje. Tak menyabor Mak aku nak raya..yer la, aku la tu karang tak leh raya.. Lunch pulak dengan ayam goreng.

19.10.12

Excercise Jumaat

Hari ini, aku telah di beri kekuatan untuk berjalan jalan, beriadah. Alhamdulillah.

Bukan kaki aje beriadah, dompet pon bersedekah juga. Mulia sungguh, al maklumlah , Jumaat.

Lokasi sekitar Klang aje. First, terjah ke Mydin dulu. OOo, Tak lama lagi Aidiladha bakal menjelma, Mydin pon dah keluar dengan koleksi baju rayanya.

Sekitar Little India pon dah start gantung gantung baju raya diorang kat luar luar kedai. Patut lah terpampang besar muka Aishwarya Rai pakai sari bagai kat poster.

Lepas gi Mydin, barulah menapak ke The Store. Cuci mata la tengok tengok kat Ladies & Mens department. Satu apa pon tak beli. Lamanya kat children department jer la. Belikan baju buat pakai harian untuk bebudak 2 orang tu. Plus baju untuk bakal si kecik ni.

Dulu kat sini ada branch Sup Ani Utara, rupanya dah tutup. Konon nak top up tenaga dengan sup dan nasi tapi dah tutup rupanya, kene la mencari kedai lain. Yang ada Mc D aje la. Jadinya, berjodoh jugak la nak makan set Samurai tu untuk lunch. Last Jumaat, tak dapat merasa sebab ramai giler umat kat Mc D Mid Valley masa tu.

Masa kat Mydin, ada macam rasa nak pitam sikit. Semput kot naik bas. Kat The Store pulak, time nak balik tu, rasa lenguh, berat,malas aje kaki nak melangkah. Tapi, alhamdulillah sampai jugak ke rumah.

Perut aku steady aje. Memang syurga betul la baby stay situ,tanak keluar. Tak tahu la lewat malam nanti ke buat hal.

Besok, Insyaallah akan beriadah lagi sebab stok beras, pampers dah habis. Terjah terjah Giant tadi, nampak ada promosi untuk beras dan pampers.

Tak pe la baby tanak keluar lagi, harap aktiviti berjalan ni dapat membantu masa nak bersalin nanti. Macam Sarah dulu, masuk labour room 10 minit aje, terus bersalin.

Tapi sakit nak bersalin tu tetap ada..

- Posted using BlogPress from my iPad

16.10.12

Oh Kejam!

Tahu lah aku tengah sarat kan..agak agak la miss bz body oi. Memang bizzy body la promoter korang.

Tak tahu beza agaknya orang gemuk dengan gemuk pregnant.




Doctor bagi due date baru bersalin 25 October pulak lepas scan report tadi tunjuk baby sihat sihat aje lagi. Uri pon ok. Air ketuban cukup. Gerakan baby pon aktif.

Actually contraction dah ada sikit sikit. Tapi masa buat CTG, baby tengah sedap tido. Penangan sarap nasi lemak dengan teh tarik pagi tadi.

Sebab dia tido, gerak-gerak pon, dia tanak bangun. So tak de lah contraction masa CTG tu. Walhal, otw ke sana masa dalam kereta tu, kemain sakan dia mengeras. Siap pakej sakit pinggang lagi.

Mintak mintak sebelum 25hb tu dah bersalin la. Kalau tak, new experience lagi. Kena bersalin induce la gayanya. Sebut induce tak terasa ngerinye..sebut bersalin paksa..tak ke seriau mendengarnya.

Sekarang monitor gerak baby ajer la.


- Posted using BlogPress from my iPad

15.10.12

Terlebih hari ke ke?

Hurm, masih belum bersalin lagi aku ni sampai saat ini.

Hari ni aku cuti. Unpaid pulak tu. Aktiviti pagi ni, meneman Sarah masak masak sambil aku nak menghitung contraction aku ni.


Pinggang ke pinggul aku dah sakit sengal. Pagi ni ada terasa sikit contraction jugak tapi tak kuat dan tak kerap.

Si kakak, Sopie dulu pun lewat 4 hari dari EDD. Sarah pulak lewat sehari. Kemungkinan untuk si kecil ini keluar lewat tu memang ada lah.

Esok ada check up dengan O & G Hospital Klang. May be esok diorang akan bagi due date baru, tu pun based on condition si kecik ni jugak la.

Kalau ada EDD baru,tak sure rabu ni nak gi kerja balik ke tak. Kalau duduk rumah, kurang bergerak pulak. Kalau gi opis tu, sakan la pulak kejar train. Huhuhu.

- Posted using BlogPress from my iPad

9.10.12

Cuti

Semalam boss aku suruh aku cuti awal. So, aku inform dia, kalau this week aku tak bersalin lagi, aku akan start cuti next Monday.

Walau berjalan dan bergerak tu bagus, tapi dah hujung hujung ni elok jugak la aku rehatkan badan, simpan tenaga untuk bersalin nanti.

Aku pon perasan, bila weekend aje, contraction tu kerap datang. Weekdays tak berapa sangat la. Sebab baby tahu kan weekdays ibu nye ini bizi.

Pagi pagi bizi kejar train. Sampai opis, bizi settlekan kerja sbb opis hrs tak lama. Petang plak bizi bersukan. Haha.

Doakan lah aku selamat bersalin next week yer. Mudah mudahan kelahiran kali ketiga ni mudah, semudah mudahnya.


- Posted using BlogPress from my iPad

2.10.12

Oktober 2012

Muka muka yang tak sabar nak tengok baby baru. Kakak jer la yang beria. Yang sorang tu belum faham lagi kot.


Belum ada tanda tanda nak kena admit hospital bersalin lagi ni.

Gerun memikir macam mana lah pulak sakit bersalin kali nie. Tapi, macam mana sekali pon baby tetap kena di lahirkan.




- Posted using BlogPress from my iPad