Stalkers


Yang kesah

30.11.11

Lola loli lolo

Bebudaks menikmati loli pop, hadiah dari pengantin baru. Habis la bebudaks selsema nanti, tak bagi kesian pulak

29.11.11

Sudut Mata Novel Yes Boss - 2x5 - usai aku terima nikahnya

Haha..saja aku nak tulis entry pasal novel. Aku perasan the most key words yang end up sangkut kat blog aku adalah tajuk-tajuk novel. Biasalah tu, aku pun search kat google jugak pasal novel-novel terbaru dipasaran. Sekarang pulak demam Ombak Rindu versi filem, so banyak search pasal Ombak Rindu. Ok lah tu kan, menambahkan lagi nuff yang sebanyak RM 2 tu...pity, pity me...




Untuk bulan November , tiga novel berjaya disambar. Yes Boss , 2 x 5 dan Usai...aku terima nikahnya. Setiap satu bernilai RM 19.00 Cayalah, terkorban RM 57 tunai...


1 4 3 3

"1 Muharam detik permulaan
perkiraan tahun Islam Hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota makkah ke kota madinah..."

Nostalgia..memori sekolah rendah. Asal sambutan 1 muharam, konpem ada nasyid lagu ni. Sekolah rendah jer nasyid.
Maklum lah, belum baligh lagi. Sudah besar - sekolah menengah dengar ceramah jawabnya
suara dah pecah...

Seperti tahun-tahun nan lalu -aku hanya berazam ingin menempuh hidup dengan lebih baik dari segala aspek. Tak terlarat nak sebut/tulis satu-satu. Siapa lah berminat nak tahu azam aku kan, nak kata Siti Nurhaliza bukan...ct wawa ada lah. Wahaha...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 Hijrah


27.11.11

Jom subway

Boss asyik gunting paper Star muka depan, haha aku pulak gunting kupon kat page tengah...boss dengan staff sama. Kautim gitu.



Kupon yang digunting.

Kesannya...malam sabtu lepas.



Dah kenyang baru boleh ber wonderland yer...tapi bukan Melaka Wonderland.Huhuhu!




- Posted using my iPhone -

23.11.11

sesuatu yang luar biasa...

Memang luar biasa harga saham syarikat yang aku kerja ni sekarang.
Paling aktif di bursa saham sejak semalam. Dahsyat!!! Mujur aku tak beli saham...Mujur ke? Perasan pulak.
Silap haribulan aku gila kira duit kat rumah ...Hahaha ayat-ayat orang yang pasrah, redha gitu.

Bertuahnya .... oh Ong Kim Swee

Ketinggalan komuter sudah..mana taknya garuda tak boleh terbang sudah. Terpaksa aku pun post entry puji Malaysia menang emas bolasepak naik komuter.
Haha..sekalung tahniah untuk pasukan Harimau Muda B23 kerana menewaskan Garuda Muda..muda ke?
Sedih kan kita dapat tengok dari rumah sahaja.
Ni adik kawan aku yang bertuah, adik kepada kak Eka, dia dapat tengok live dari stadium. Yo, Kak Eka, pinjam gambar adikmu Atai yang berani berdiri dengan jersey Harimau Muda dan Jalur Gemilang.

berani mati siot..si model dan jurukamera

si atai dengan OKS...manyak ong loh
Memang kecoh bila skuad Malaysia berlawan di Stadium Bung Karno. Seperti mana kita sedia maklum, sampai dua orang penonton pro-garuda mati dek kerana pertemuan sang garuda dan sang rimau. Nak buek macam mana kan, sesak tu dalam stadium.

19.11.11

tudung baru untuk pergola


Ingat manusia jer pakai tudung? Pergola pun ada tudung tau.
Kalau boleh nampak kat gambo tu, yang sebelah kiri tu adalah gambor pergola bersama penutup kepalanya. Plastik. Entah teori siapa, plastik lama-lama kena timpa hujan, memang lemah daya tahan plastik itu. 

Dek hujan ribut baru-baru ini, makanya bumbung-bumbung plastik itu mula membuat hal. Dah terbang, siap lompat masuk rumah jiran sebelah. Tak pasal menguatkan lagi silatulrahim dengan encik/puan jiran sebelah. Hahahaha... Supaya insiden itu tidak berulang lagi, terpaksa belikan tudung baru untuk pergola. Sudah seminggu nampaknya beliau free hair. 

17.11.11

Kesah minggu ini

Tetiba mengidam nak makan telur goreng yg crispy ditepi..cair ditengah.
Jerawat-jerawat sudah mula muncul, buruk tapi petanda baik tu..aku tak mengandung..kene tambah dos epo dr 500mg ke 1000mg campur multibitamin.
Baju baju bertimbun..asik hujan. Top tak de kat rumah. Tak pe, sikit sikit lama jadi bukit.
Galaknya tidur lambat demi hobi terbaru..berapa bulan lah bertahan tue.
Sehari satu bab okay.
Acv dalam fridge melambai-lambai, minggu depan kita mulakan.
Teringin pulak maggi goreng indo mie..pluz

15.11.11

ribut-novel-hantu kertas

Malam tadi ribut melanda taman perumahan aku. Bukan ribut tipu tipu lah..ribut yang betul betul sampai siap melayang bumbung pergola en hubby. Ahaks, nasib tak kena cermin tingkap bilik tidur. Tak pasal pasal pulak jadi lubang masuk si nyamuk nyamuk jahat. Boleh tahan ribut malam tadi, aku bolayan lah ribut tu, straight jer sambung habiskan novel yang baru di sambar lepas lunch semalam My Love , Playgirl. Bebudaks layan citer Upin dan Ipin episod berkebun. Tak bosan ke diorang ni, asik ulang ulang je video yang sama.

Ribut jugak kan dalam jiwa en hubby dek melihat bumbung yang melayang, sound aku suruh tulis novel lepas ni. Amboi amboi, hangin nampak, sound cantik plak kat aku. Mesti dia dah congak congak tu, duit duit aku beli novel tu dah boleh beli bumbung polycarbonate untuk pergola dia agaknye. Banyak cantik !!

Yer la, suatu hari nanti aku akan tulis novel. Suatu hari tu tak pasti lah pulak bila kan, bak kata orang tuah ayam nampak di kfc kaki, tuah manusia? Nak jugak sebenarnya aku terjemahkan segala imaginasi aku yang hadoo ni. Yang penting aku nak masukkan hantu kertas as watak hitam...wahahahaha..durjana sungguh minda aku. Hai, ada ku kesah. Terpaksa la dalam novel nanti aku kene tulis, cerita ni memang ada kene mengena dengan yang masih hidup..baru ler tak cliche cam novel novel lain. Siap kene tulis tu kat part penghargaan kepada hantu kertas sebab dia inspirasi ku..oh tidak!!

13.11.11

Bebudaks - belum baligh tapi dewasa







...di mata ibu dan ayah. Letih melayan karenah dua orang ni. Makin besar, yang sorang dah macam macam soklan nak tanya..pun pandai sudah megajuk perbualan ibu dan ayah. Janji korang sihat sudaa..

Cup Cakes Yang Hadoo


Untuk bebudaks. 



10.11.11

Combine Gambar ala iMac

Haha..Gembira.Aku gembira sebab semalam ada belajar benda baru. Kalau korang perasan, gambo yang aku load dalam blog sekarang banyak gambar dah cantum cantum. Tak de dah seketul seketul , single mingle gitu..jimat space dan kemas. Tak de la panjang berjela entry penuh nak load gambar. Hadoi..ala ketinggalan komuter gitu kan..

Masuk 3 posts dah aku sengaja attach gambar yang dah siap combine. Praktis sebenarnya..al maklum lah
ilmu IT aku tak tinggi mana, nak harap tok guru, tok guru kata dia belajar dah lupa. Jadinya, semalam paksa tok guru ajarkan. Via photoshop, haram basic pun aku tak de. So, mintak dia tunjuk versi yang mudah dah lah.

Sekarang pakai iMac, so sesangat mudah rupanya combine gambar banyak-banyak ni. Nak photoshop, tak teror kan, so belasah jer yang versi iMac ni. Sila follow seperti cara di bawah




Duniaku..bluePINK

Sepetang bersama blue dan pink

9.11.11

AidilAdha 2011

Syukran, tahun ni berpeluang menyambut raya haji di kampung halaman.
Gini lah suasana nya. Bebudaks melayan benda diorang dan aktiviti lain biasa lah..lepas kenyang menjamu selera daging daging korban, layan tv dan ada yang tersasul mata terlelap. Kebetulan kat kampung pun asyik hujan jer tanpa mengira masa, pagi petang, siang malam. Best..udara pun sejuk.



Sambutan di rumah mertua sahaja secara sederhana. Al maklum, raya haji memang tak disambut semeriah raya puasa kan. Sepanjang hari hujan lebat bersulam renyai. Jadi, aktiviti tertumpu di rumah sahaja. Hari raya kedua pun masih lagi hujan. Sebelah petang nya, barulah kami sekeluarga keluar. Pun tak jalan jauh, sebab kereta dah due untuk servis. Kacau betul kereta tak servis on time ni, nak jalan jauh terbantut. Punah ranah plan mahu pergi jalan jalan. Cuaca pun sama seperti tak mengizinkan. Walau pergi ke satu tempat sahaja, astaga..terkopak duit den juge. Tak per, pelaburan kan..demi masa depan. Lengkap sudah makna pengorbanan itu kononnya.

Raya ketiga, yakni selasa, kami sudah bertolak mahu pulang pada pukul 9.30 pagi. Selesai servis kereta di Kamunting Taiping, terus kasi lenjan itu kereta. Ronda ronda di sekitar Taman Tasik Taiping dan Bukit Larut. Cuaca dah mandom. Jadinya, tak de lah menyinggah sana lelama kan. Sedari hujan makin lebat, kami memulakan perjalanan ke Shah Alam jer la.

Memantai di Teluk Batik

Wahaha...seronok, memang seronok..sebagai penumpang kereta..lena jer sepanjang perjalanan. Dah ler hujan selebat nye di sesetengah kawasan sambil menikmati pemandangan sawah padi dan hutan rimba serta bukit bukau, memang menambah rencah lena ku.

Tapi sakit jugak belakang..memangku si kecik ni menyusu..dah besar panjang ni, lenguh jugak lah tulang belikat mengampu.

Celik celik jer mata tue, mak oiii dah sampai ke Teluk Batik. Sejak memulakan perjalanan seawal jam 9 pagi, kami tiba di Notti Resort, Teluk Batik lebih kurang jam 2 petang. Tak dapat pergi Pangkor, kat sini pun jadilah.

Kat entry yang lepas, udah kepingin mahu ke pulau, tapi belum rezeki nampaknyer. Dengan cuaca kebelakangan ini tidak menentu, sesetengah tempat pula sudah di landa banjir, eh, macam berita cuaca lah pulak. Jadinya trip ke Pulau Pangkor di tunda sehingga tiba saat yang sesuai nanti. Dah cecah ke Teluk Batik ni sebenarnya dah dekat dah ke Jeti Pulau Pangkor dan Lumut.


3.11.11

Bye bye..hye hye

Bye bye stool buruk.. Kesian stool buruk. Banyak berjasa menampung 'jamban baek' kat rumah aku ni. Dari gagah perkasa sampai rosak.





Yang ni stool baru... Dari carrefour berdekatan

2.11.11

selamat menunaikan haji tok najib..

aku ternampak tweet kawan aku pasal tok najib menunaikan haji hari ni. semohga mendapek haji yang mabrur. tak pasti plak nek rosmah pi sekali ke tak. pape pun, semoga semuanya selamat..