Wahaha...seronok, memang seronok..sebagai penumpang kereta..lena jer sepanjang perjalanan. Dah ler hujan selebat nye di sesetengah kawasan sambil menikmati pemandangan sawah padi dan hutan rimba serta bukit bukau, memang menambah rencah lena ku.
Tapi sakit jugak belakang..memangku si kecik ni menyusu..dah besar panjang ni, lenguh jugak lah tulang belikat mengampu.
Celik celik jer mata tue, mak oiii dah sampai ke Teluk Batik. Sejak memulakan perjalanan seawal jam 9 pagi, kami tiba di Notti Resort, Teluk Batik lebih kurang jam 2 petang. Tak dapat pergi Pangkor, kat sini pun jadilah.
Kat entry yang lepas, udah kepingin mahu ke pulau, tapi belum rezeki nampaknyer. Dengan cuaca kebelakangan ini tidak menentu, sesetengah tempat pula sudah di landa banjir, eh, macam berita cuaca lah pulak. Jadinya trip ke Pulau Pangkor di tunda sehingga tiba saat yang sesuai nanti. Dah cecah ke Teluk Batik ni sebenarnya dah dekat dah ke Jeti Pulau Pangkor dan Lumut.
Kami makan tengah hari dan solat Zohor di sini. Sempat seketika mencuci mata melihat laut dan keriangan manusia manusia menikmati pantai. Ada yang bermandi manda, tak de lah cantik pantai ni pun. Air nya bewarna kelam..sekeruh hati mamat poney poney dan sampah sarah bergelimpangan terbiar di celah butiran pasir. Cisss..
Keriangan bebudaks menikmati pemandangan pantai bersama aiskrim tercemar dek hujan gerimis. Jodoh tak panjang nampaknya, kami pun bersiap siap meneruskan perjalanan. Hujan pun semakin menggila pula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan