Stalkers


Yang kesah

9.11.11

AidilAdha 2011

Syukran, tahun ni berpeluang menyambut raya haji di kampung halaman.
Gini lah suasana nya. Bebudaks melayan benda diorang dan aktiviti lain biasa lah..lepas kenyang menjamu selera daging daging korban, layan tv dan ada yang tersasul mata terlelap. Kebetulan kat kampung pun asyik hujan jer tanpa mengira masa, pagi petang, siang malam. Best..udara pun sejuk.



Sambutan di rumah mertua sahaja secara sederhana. Al maklum, raya haji memang tak disambut semeriah raya puasa kan. Sepanjang hari hujan lebat bersulam renyai. Jadi, aktiviti tertumpu di rumah sahaja. Hari raya kedua pun masih lagi hujan. Sebelah petang nya, barulah kami sekeluarga keluar. Pun tak jalan jauh, sebab kereta dah due untuk servis. Kacau betul kereta tak servis on time ni, nak jalan jauh terbantut. Punah ranah plan mahu pergi jalan jalan. Cuaca pun sama seperti tak mengizinkan. Walau pergi ke satu tempat sahaja, astaga..terkopak duit den juge. Tak per, pelaburan kan..demi masa depan. Lengkap sudah makna pengorbanan itu kononnya.

Raya ketiga, yakni selasa, kami sudah bertolak mahu pulang pada pukul 9.30 pagi. Selesai servis kereta di Kamunting Taiping, terus kasi lenjan itu kereta. Ronda ronda di sekitar Taman Tasik Taiping dan Bukit Larut. Cuaca dah mandom. Jadinya, tak de lah menyinggah sana lelama kan. Sedari hujan makin lebat, kami memulakan perjalanan ke Shah Alam jer la.

Tiada ulasan: