Stalkers


Yang kesah

29.11.11

Sudut Mata Novel Yes Boss - 2x5 - usai aku terima nikahnya

Haha..saja aku nak tulis entry pasal novel. Aku perasan the most key words yang end up sangkut kat blog aku adalah tajuk-tajuk novel. Biasalah tu, aku pun search kat google jugak pasal novel-novel terbaru dipasaran. Sekarang pulak demam Ombak Rindu versi filem, so banyak search pasal Ombak Rindu. Ok lah tu kan, menambahkan lagi nuff yang sebanyak RM 2 tu...pity, pity me...




Untuk bulan November , tiga novel berjaya disambar. Yes Boss , 2 x 5 dan Usai...aku terima nikahnya. Setiap satu bernilai RM 19.00 Cayalah, terkorban RM 57 tunai...




Aku suka karya areila suhaimi. The most - 2x5 sebab kisah pasangan yang sudah berkahwin. Dekat gitu dengan jiwa raga dan statusku. Selamba jer dialog dan tulisan cik areila. Suka, suka! Perkahwinan terancang yang lama kelamaan menimbulkan sayang di dalam hati masing-masing. Tapi, dugaan tetap melanda bila kekasih lama merayu kembali.

Yes Boss pun okay, tapi dasat lah jadi sekretari kepada seorang playboy. Apa-apa arahan encik boss..kena cakap yes boss jer. Cepat pendek umur tu. Pun tema seakan-akan 2x5, dari tak suka kepada suka, akhirnya jatuh cinta. Biasalah, ada halangan dalam percintaan. Cina sejati kekal abadi.

Usai...aku terima nikahnya aku dah nampak masa beli 2 buku kat atas ni masa kat Popular JJ Bukit Tinggi. Seram pulak tengok gambar tangan gitu..cam tangan mayat jer kan. So, tak beli lah. Over-bajet plak beli sampai 3 kan.

Masa gi Subway @ Giant KU malam sabtu tu, lepas singgah beli barang dapur, lalu depan myStore...ternampak buku ni. Kebetulan tak tahu nak buat apa tapi bertenaga, so sambar jer la novel yang konon-konon cover seram. Sebab tu tak de post memasak minggu ni. Ada buat puding laici, tapi malas nak post kat blog.Lain kali lah. Tuan blog pun sibuk  makan kenduri dan tidur sahaja sebab mengantuk khatam novel sampai lewat malam.

Cerita UATN ni sedih banget, tapi tak sesedih novel akak Siti Rosmizah. Tapi, tersentuh juga jiwa ragakan. Tengok tajuk novel pun dah tahu. Mesti lah kisah suami-isteri. Pun tema seakan sama, tema popular, mula-mula tak cinta dengan wife. kahwin pun sebab nak harta. Tapi, lama-lama suka, cemburu dan bercinta. Halangan tetap ada sampai difitnah, merajuk, berpisah, bersedih, sudah jatuh ditimpa tangga, muncul watak ketiga yang baik hati membantu. Wah, sejak belajar-belajar buat novel, aku pun boleh hurai dah plot dan sub plot. Gila ah!!! Aku pun nak tulis satu yang macam ini, InsyaAllah ;)


Tiada ulasan: