Stalkers


Yang kesah

2.4.11

kisah salji dan lampu berbayar

Cuba teka mana tempat kat bawah ni?
Ha..gambar dah ala-ala istana Ratu Salji


Tempat ni ialah I-City kat Seksyen 7, Shah Alam.

Ni bukan gambar terlatest kat sana.
Gambar di atas di ambil pada sekitar Julai tahun lepas.



Planning nak ke I-City lagi pada tahun ini
Kata duk kat Shah Alam, pergi I-City takkan setahun sekali?
PK 2-3 kali jugak lah,
sebab gi sana cuma tengok-tengok keunikan lampu led tu jer
Pastu posing-posing sikit,
syopping barang-barang mainan bercahaya untuk budak-budak..
Bila nak balik...jalan JAM pulak.
Kalau single-mingle tak per lah jugak,
Kalau bawak anak-anak yang kecik-kecik ni
Menguji kesabaran jugak lah



Tahun lepas masa pergi parking berbayar adalah RM2 sahaja
Dengar-dengar sekarang dah naik sampai RM10 ..oh oh boleh tahan mahai!
Memang patut naik, sebab tempat tu dah upgrade
Parking pun lebih banyak
dan bebudak jaga parking pun dah ramai..
So, sebab tu lah dah naik harga kot


group photo

my family photo

lobang hidung ku tetap jadi pojaan
Sekarang pula dah ada ala-ala rumah salji kat sana
I-City Snow Walk kalau tak salah namanya
Kawanku budak parking yang suka tido tu bagi tau
Kalau pergi time malam, tiket masuk mahal
Dewasa : RM 25
Kanak : RM 15

Cuti sekolah yang lepas, pihak I-City telah
membawakan maskot khas DORA the Explorer

Kalau pergi waktu siang,
 tak pasti pulak berapa harga tiket nya sebab
Budak parking yang suka tido tak bagitau..
Cissss


Kawanku yang baru-baru ni kerja di Tourism Negeri Selangor
Opis di I-City, boleh bagi kami masuk FREE??








1 ulasan:

Ara (아라I) berkata...

ehh..dekat je ngn i..huuhu