Dah selamat apply cuti balik kampung weekend ini, InSyaAllah.
Semalam turun tengok tapak ceroboh si maling. Orang cuti kerja, maling overtime lah pulak.
Rasanya maling masuk pada subuh hari 1 Mei, khamis tu. Maling menggunakan jalan belakang yang kaya dengan sawit itu rasanya. Sebab jiran tetangga kaki lepak tidak mengesan kehadiran individu dari jalan depan. Mudahan maling di patuk ular berbisa kew..
Kalau betul si maling masuk subuh 1 Mei, kiranya sehari semalam lah umah aku ternganga gitu aje. Last en dol kat sini adalah sehari sebelum nye, petang 30hb. Mujur tak de binatang masuk buat party, dah open sesame pintu nye tak tutup tutup. Pemalas punye maling! Nak tutup pintu pon tak reti lepas menceroboh!
Pagi 2 Mei, lepas en dol antar aku gi stesen ktm tu, baru en dol datang sini. Die kehairanan jugak sebab gate depan tu tak berkunci. Walhal dia konfiden last day datang memang dah kunci.
Bila dah melangkah masuk hall tu baru perasan, sliding door dah ternganga dengan kesan umpil. Bilik tidur utama bersepah..bekas baju bebudak dan mainan kena selongkar. Almari baju pulak kena geledah.
So far tak de barang hilang. Tibi pon dia tak angkut, external disc dalam almari pon dia tak usik..Memang maling looking forward cash atau barang kemas aje kot atau ...Nauzubillahiminzalik. Mintak simpang lah semua tu.Laporan Polis dah di buat..Polis bertugas pon dah datang mengambil gambor. Nak ambil kesan cap jari, tapi mereka kabor tempat tu dah berhabuk. Propa sangattt!
Ahahaha..tak leh fefelin ala ala CSI ye. Tak tau lah negara kita ni ada pangkalan data tak untuk semua cap jari rakyat? Kalau dilakukan oleh warga asing yang masuk secara haram tu, macam mana pulak nak kenalpasti? Banyak plak soklan nye ek..Banyak sangat tengok tibi!
Si maling berani masuk sebab tahu tuan rumah tak de agaknye. Huk huk..nak fefelin criminal mind gitew...Tapi syukur jugak kami tak de kat sana malam tu. Tapi dah lama banget tak tido sana. Menengokkan dia mengoyak grill itu, mahu tu parang panjang dan tajam dia gunakan.., seram aku membayangkan kalau kami ada lam umah tu. Takut apa maling nak , kami tak de..nyawa pulak jadi taruhan.
Persatuan Penduduk THM dah bincangkan cara nak atasi kes macam ni. Duk riki riki quotation nak hire guard. Khuatir rumah orang lain pulak menjadi mangsa..faham faham aje tak lama lagi cuti sekolah akan bermula..Takut ramai yang pulang ke kampung, ada maling pulak ambil kesempatan. Tak lama lagi pon nak raya jugak.
Dengarnye taman sebelah pon ada kes macam ni lepas guard mereka hire tu habis contract. Apekah guard menjadi dalang atau ini adalah kerja kerja maling maling dari tapak pembinaan berhampiran? Rasa ada 3 kawasan pembinaan berhampiran rumah aku ni. Yang paling dekat kat Lorong Rabingan kalau tak silap. Menengokkan gaya dia masuk pakai angkat aje gate tu, rasa orang orang asing sesuku Bapak aje tahu buat benda gini. Huk huk huk
Yang koyak koyak tu, en dol dah jahit balik. DIY katanya..welding sendiri aje memandangkan alatan dah ada. Tu hari buat pagar DIY jugak..Idok lah pening mencari bangla suruh repairkan. Tapi jangan lah sokmo maling kemari mengoyakkan pagar. Bisa capek welder nye.
Wah trus bertukar itam ye.. Kena cat balik lah. Itu aku cakap bulan bekerja bulan ni. Banyak benda nak dikerjakan..