Stalkers


Yang kesah

28.3.14

Hari ke 6

Selamat dah discaj tengah hari semalam. Dengan pembedahan memasukkan besi dan skru, duduk selama 6 hari,4 bedded 1 room, bil nya adalah sebanyak RM1150. RM 800 adalah caj operation. Mengikut peraturan sana, semua kadar caj tertakluk kepada caj bagi kelas 1.



Aku pon tertakluk kepada undang undang makan gaji, jadi aku cuba arrange la semalam settlekan buat report police dan serahan borang tuntutan Insurans.

Borang tuntutan insurans tu kena fill up by MO/Doctor dan request medical report dari Jab Rekod Perubatan. Report siap sekurang kurangnya 4 minggu. Saudara mara boleh request untuk pesakit dengan mengisi form disediakan. Caj RM40-80.

Dalam pukul 2.50 gitu,terus perjalanan ke balai polis dan trafik cawangan Banting.
Tapi, yang sakit tu sampai pitam jugak lah sebab baru berjalan gune tongkat. Belum pandai kontrol pernafasan lagi..

Cakap cakap tak resmi bagi tahu, patah tulang peha, memang lambat nak sembuh.
Ni pon berpeluh peluh tuan badan berjalan pakai tongkat,kaki sebelah. Kaki injured tak leh pijak tanah lagi.

Mengikut kronologi kisah kemalangan tu, Storm tu berhenti tanpa signal di lorong kecemasan. Kata anak nya muntah. Itu adik aku terlanggar lampu tepi kat belakang, dah tak sempat brek. Kalau adik aku elak ke kiri,dah masuk gaung kat bawah atau hentam divider tepi jalan. Kalau ke tengah, kena langgor plak dek lori kat belakang. Selalu kat situ, menurut Sarjan, kemalangan maut aje.

Owner Storm tu ada cakap jugak, suruh claim insurans kereta dia. Baik hati lah kalau cenggitu..kata taukey kopi pra-campuran kat Kedah sana. Harus lah isu isu claim tak jadi hal kot.

Alhamdulillah la kalau prosiding tak panjang. Tapi kes kes macam ni, memang ramai agen lawyer approch lah. Aku lom survey lagi..tapi sebab si memei tu dah dapat sign adik aku, so proceed jer la dengan dia. Janji tak yah keluar duit.

Tengok lah hujung hujung nanti, berjaya ke tak berjaya projek ni. Socso pon coming soon aje boleh claim, lepas habis MC.


- Posted using my iPhone -

24.3.14

Dah selamat!!

Dah selamat peha adik aku di bedah..tulang patah. Pembedahan fraktur femur, tak tau lah ropa cam ne.

Aku ingat lagi sikit pengetahuan, lagi kurang rasa takut kot. Hahaha. So tawakal jer la dia nye masuk OT.

Satu hari lah aku kat spital hari ni. Sebelah pagi duk kat area menunggu di sebelah dewan bedah. Melangok lah dari pukul 9 lebih hingga 12. Sebelah petang Mak aku datang visit pulak dengan bff nye.

Mujur di permudah sikit,minggu ni cuti sekolah. Harap dapat lah discaj minggu ni jugak. Tak nak lah aku buat percutian ala ala di Hotel Everly pulak.

Macam mana pon, Putrajaya tetap di hati..





Cantik kan..pemandangan dari Tangkuban Perahu Indon. Khabor berita dari geng Bandung. Destinasi wajib untuk di lawati di Bandung.


Memang purely indon lah sana. Sipot nan hidup pon nak di kaler kaler kan. Indon sangattt!

Mas nya wasap tadi, bilangnya udah abis 2 juta!! Hahaha..sikit je tu, patut tambah lagi 2 juta bang oi!

Sedehh..

- Posted using my iPhone -

23.3.14

Lepaking di Spital

Putrajaya memang dekat di hati.. Lots of Love gituu..

Ni tak de ke SPA nak panggil aku interview? Hahaha.

Malas aku nak datang sini tapi dah selamat tercongok pon kat spital ni. Bagi sokongan moral katanya. Tak lah subuh adam aku keluar pon, dari Sri Muda tadi naik bas dalam pukul 8.20 sampai KL Sentral, tukar amik ERL, nah 9.25 gitu aku dah sampai Putrajaya Sentral.

Ahad, jalan tak jem.



Sarap pon kat kafe hospital. Harga boleh tahan lah. Menu gini RM4.50.



Nak masuk melawat lambat lagi..Mujur hado wifi free tenggelam timbul wat meneman sambil sambil mengikuti perkembangan geng Bandung.

At earlier aku nak pergi follow jugak Bandung ni, konon pergi laki bini aje nak bawak kenit. Yang 2 orang tu leh tinggal dengan Mak dan adik aku.

Subhanallah, kuasa Allah Maha Besar, tak dapat nak jelaskan secara tepat, cuma dari awal tu macam ada instinct la better aku tak pergi gitu sejak dari 1st trip yang cancel tu hari.

More on rasa macam kesian kat budak budak dan Mak aku la. Even duk dengan nenek pon, takut pulak nenek nye letih, kang naik darah tinggi nye pulak. Kang terdampo atas katil sakit, tak de makno nye sembuh walau selimut dengan kain ela sulam mai dari Bandung pon. Hahaha gilos imaginasi aku kan. Think beyond pro-con katanya!

Alih alih adik aku pulak accident. Jadi aku bersyukur lah aku tak de susah hati rugi flight tix aku burn. RM359 kot kalau tak silap. Di buatnya aku dah naik flight, tak tahu lah cam ne keadaan nye pulak kann..

Nauzubillah, apa pon, harap geng Bandung selamat kembali ke Malaysia.

- Posted using my iPhone -

22.3.14

Malang tak berbau

Hari ni bizi gilos..mujur kaki gajah aku sudah surut bengkak nye. Kaki gajah ni lah entertain macam macam benda ni hari.

Pagi hari, follow en dol gi opis..passport tertinggal katanya dalam beg laptop.

Sempat lagi nyinggah tukor duit kat Sri Muda. Masa kaki baru start nak menggajah, sempat beratur tukorkan rupiah. Pe barang bawak rm300 aje? Tukor lagi..Cam millionaire lah kejap. Tak lah kaya..bawak 2 juta aje. Ada umat tu bawak 7 juta..




Ni lah kaki gajah nya. Kaki kiri kena infection bakteria. Tak tau nama pe bakteria tu. Die menyerang kat kesan luka melecet aku garu garu.

Start menggemuk lepas aku menaram roti sardin. Malam tu rasa dah denyut nye, tapi just ada nanah je kat luka tu. Tu pon aku lenjan je bawak gi office next day tu, siap beratur kat depan money changer lagi..tak de hal.

Malam tu, dag dig dug sakit tu. Gegas gegas gi klinik. Doctor diagnos as foot cellulitis. Mengelitis betul bunyi nye!!

Jumaat tu rest je kat umah sebab dapat MC. Gambor kaki gajah tu as at pukul 4 petang jumaat. Agaknya antibiotik tak berapa jalan lagi. Baru telan 3 biji katakan.

Baru nak surut kegempolan kaki, la hai dapat call dari adik laki aku tengah hari tadi. Dia eksiden on the way nak ke tempat kerja kat Bandar Saujana Putra tengah hari tadi. Ikut citer die, ada kereta stop tepi jalan tiba tiba, tak bagi signal plak tu. So dia pon terlanggar lah. Berpusing motor nye, elok jatuh tu, pandai pulak dia golek ke tepi terus. Kalau tak, selamat kena langgar pulak dengan lori belakang..

Terkejut jugak. Jadi sel sel lambat berhubung. Eksiden tapi die leh call aku pulak. Tak serius lah kot. Sambil sambil packing barang dia tu, teringat kat geng bandung yang akan amik tren ke KLIA dari Salak Selatan tu.

Rupanya depa nak parking keta kat Putrajaya Sentral aje. Jadi pucuk di cita lah sangat, aku pon leh follow sekali sebab hospital opposite Pjaya Sentral ni aje.

Aku tak larang lah en dol gi Indon tu. Aku pon boleh handle. Tak lah lama, selasa kang balik. Cuak jugak kan, rentetan kes flight hilang baru ni lah.

Pukul 2 petang aku sampai Jab Kecemasan dan Trauma. Adik aku admit kat ICU dah.

Lama ko aku menunggu..4.15 baru lah aku di benarkan jumpa die. Doctor cakap confirm tulang peha kiri patah, operation Khamis depan. Sementara ni kaki kiri tu kat ujung di pasang pemberat, sebab nak kasi tulang meregang, baru nak pasang masuk besi.


Slogan katanya..



Kesian orang eksiden. Takut nak operate katanya.

Alamatnya, semua hero lam umah aku tak leh buat kerja berat dah la. Sorang selipp, sorang pakai bosi pulak..


- Posted using my iPhone -

17.3.14

Gadis Jelebu

Bukan gadis Jolobu ..macam hattan waris koba tu.


Syukur lah 2 hari ni hujan. Hilangkan segala jerebu kat bumi bertuah ni.

Sabtu lepas gi JJ, lalu lah tepi area Johan Setia tu. Lahai..masih ada pembakaran terbuka. Kata PBT nak rampas tanah2 tu, rampas aje..apa tak de alternatif lain ke nak bersihkan tanah selain dari bakar bakir tu?

Dah macam yearly event pulak musim jerebu ni. Cukup lah kene tempias dari pembakaran di negara jiran, ni yang dalam negeri pon buat hal!

Kesian lah kat budak2 sekolah. Tak pasal pasal gi sekolah bertopeng. Bukan lah selesa pon nak bernafas. Lagi dalam keadaan panas dan kering ni. Kritikal sangat, dah kena declare sekolah tutup. Sekolah tutup pon still kena ganti nanti.

Hadus emo pulak! Abis..minggu ni panggilan pulau kekdahnye..mahu tak emo!


-Posted using my iPhone

11.3.14

Segmen Termenung..

Minggu ni big boss kerja kat luar negara. So, cam tenang bagai buaya koma lam sungai. Boleh tak bagi perumpamaan gitu?

Adapun, bila big boss ni ade, aku dengan bos aku ni pulak ibaratnya bagai cubit peha pilot kanan, co-pilot rasa sakit juga..big bos tak de, bos dengan aku pon cam tak do..Voleh gitu?? Pantastic sekali!!

2 hari ni banyak lah segmen menung menung sambil membuat perancangan.

Nak dekat raya ni, naik rata jari telunjuk duk tekan kalkulator aje. Prepare belanjawan nak raya. Prepare planner cuti. Prepare wish list untuk hasil yang tertanam.

Banyak kan pengisian segmen termenung aku. Sambil sambil tu skodeng khabar pasal pesawat yang hilang.

Macam tak percaya, tapi tu lah jadi. Macam movie pulak tapi siapakah hero yang akan menemui pesawat malamg itu? Pak Jib kah? Oh..so legend nye hero!

Apapun, aku pon mendoakan pesawat MAS MH307 akan ditemui dan para penumpang, kabin krew semuanya selamat.



- Posted using my iPhone -

Misi ke Utara

Minggu lepas balik kampung kejap, ke Penang sat, ke Aloq Staq sat.

Laki ada kerja..pandai plak laki dapat job tang area sana. Jadi sambil minum sambil makan. Yang dukacita kena tolak cuti, aku ni lah.

Petang rabu tu lepas singgah antar omak aku, terus ke Seberang Jaya. Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam dari kampung aku. Check in dulu dengan anakanda sekalian.


Ok jugak lah. Kedai makan dekat, nak sopping pon dekat..Dekat jugak dengan bird park tapi tak sempat nak pi terjah pon. Golek gelek atas katil jer la dengan kekanak riang.

Next day lepas check out, baru balik kampung. 2 malam lah kat kampung. Bebudak suke lah..duk sebut sebut nak balik kampung. Tapi kat kampung pon panas jugak, tapi tak de jerebu lah cam kat Shah Alam ni.

Sabtu pagi, baru bertolak ke Alor Setar, perjalanan 2 jam.


Main ambik jer la hotel kat sini. Lokasi hotel ni kurang menarik. Target nk dekat dengan UTC tapi tak familiar plak kawasan sini.

Sempat jugak singgah makan kat UTC di Majlis Bandaraya Alor Setar ni. Menarik jugak sini tapi pusing pusing gitu jer la. Macam Kompleks PKNS nye suasana aje. Nak sopping tudung ke kain, cam sama jenis aje cam kat sini. Mahal lagi ado..

Sempat jugak melayan nasi lemak Kedah style. Dapat merasa nasi lemak Haji Ali aje. Mati mati ingat nasi lemak biasa kita makan tu, rupanya macam nasi minyak. Chek tibai aje. Tak de hal! Teh ais sini memang sedap! Memang masyuk lah dengan tekak aku!

Ahad tu, pas check out terus balik kampung ambik omak aku. Situ je dah 2 jam perjalanan. Nak balik ke Shah Alam lagi 4-5 jam perjalanan. Maka tidak lah sempat meronda ronda. Cuaca panas sangat..cam tak de mood nak meronda. Bawak bebudak lagi..Next day senin nak kerja, nak sekolah pulak...

Tak lah cuti sangat pon..Jaga anak lagi letih..Ni pon 3 beradik tu cam dah start tak sihat. Selagi ada anak kecik, aku rasa ginilah kitaran hidup nye kann.


Tak de anak komplen, ada anak komplen..Haha, adat lah manusia.

- Posted using my iPhone -