Stalkers


Yang kesah

28.1.14

Makan Ayam Hari Selasa

Aku nampak promo ni kat web Big Sale semalam. Okay sesangat harga nya itu. 4 ketul ayam tau! 2 bun! FOC Nuggets! Plus tax baru RM15++ aje.




Lalu menyerang KFC berdekatan masa on the way balik tadi. Nak konpem kan hado ke nan hado promosi ni. Leh gebang kat anak anak ayam dan mak mak ayam. Woho!!

Tapi, hari selasa je tau!

Erk, alhamdulillah, selamat drumstix bertiger dance dengan lokam dalam perut ku ini..

- Posted using my iPhone -

Rahsia Kak Ton

Ko mampu tertengok program serupa ini? Memang program ni wujud. Main kat tibi 1 rtm. Tapi siaran ulangan pukul 3-4 gitu. Hari ahad. Besa lah, pelanggan astrok pakej minima kan..abis semua saluran di terjah.

Program mempromote produk Beauty Umaira nye tu lah. Ada beberapa segmen rasanya..tapi yang aku tengok tu segmen petua kak ton. Kak Ton bagi petua cam ne nak hilangkan gas dalam badan, esp yang suka fefelin gastrik itu, atau yang suke buncit tanpa sebab tu. Wah gitu yer..

Kak Ton habaq pagi time sarap, makan tengah hari sampai ke malam..belasah je betik/honey dew SAHAJA. Minum air kosong aje. Suka hati lah betik tu nak makan gitu aje tau buat jus pon boleh katanya. Boleh tambah madu, sikit garam dan perahan lemon. Belasah benda alah ni, sure ke toilet jawabnya.

Kak Ton habaq next morning,kite akan bangun dengan perut yg kempis dan comeiii cam Kak Ton. OMG kan!! Salah satu cara detoks jugak katanya..

Mampu ke nak taram betik satu hari tu? Baik jer la berposa terussss..

Tapi musim raya cina ni banyak oren, boleh lah baham oren dengan harapan nak detoks. Semalam aku belasah 4 biji lokam, ni hari 3 bijik, esok jangan pagi mai tinggai bijik aje sudah..tak guna betoi tikus mondok yang mai subuh hari tu lah membedal agaknye!!


- Posted using my iPhone -

23.1.14

Duit Seratus Hengget

Tahun pertama mendapat duit seratus.

Duit seratus ape? Ala yang untuk budak budak sekolah tu.


Nak collect duit pon kene bergaduh dengan sekolah. Abis, bagi memo 1 day before aje, memekak lah bos aku itu sampai ke PPD die call. Bahagian memekak memang johan peringkat dunia la bos aku tu. Tapi buang masa jer la kalau buat aduan pasal sekolah pon!

Sebab anak aku baru berjinak jinak kenal duit singgit aje, jadinya duit tu biar mak pak pegangkan. Wakakaka.

Plan nak cari meja study elok sikit. Oh
suci murni niat nye itu. Mak Pak sapa lah ni yer? Huhuhu.

- Posted using my iPhone -

18.1.14

Ada harapan tak??

Jangan berhenti berharap...


Menjelang tahun baru cina ni macam rancak share kompeni ni di jual beli. Good good good!

Last 2 weeks, dapat surat esos baru untuk new shares..berlipat kali ganda pulak dapatnya kali ni.

Tapi, penat lah asik melabur aje. Bile lah hasil nye dapat di petik ni?

- Posted using my iPhone -

17.1.14

Bos Belanja

Highlight of the day gitu..sebab bos yang sorang ni susah membelanje. Lately pulak die ramah pulak dengan geng Cik Kiah!

Die request mauu pizza..kelu lidah nak poww die. Habaq bak mai seratut dah la. Hahaha..jangan tamak. Len hari kite pow kat 'taman' pulak..


Alamak, mesti die ingat die hensem..control macho pulak! Gigih ambik gambor, dah kata hari ni dalam sejarah!


Die, bonceng..


Kak Ton , Mak Mayra dan aku..Tak yah jemput sekampung pulak katanye..

Separuh kede gituu.


Belasah largeeeeeee pizza. 2 dulang pon lebih dari cukup.. sesambil dengor tazkirah ustaz..tahu la asal dari negeri UAI kann..

- Posted using my iPhone -

16.1.14

Hobi Yang Terhakis

Sejak kelahiran Auni, minat membaca novel dah makin menurun. Terhakis dek rutin harian dan kerja makan gajian..

Baru ni pon , ada beli 1 novel la. Projek Memikat Suami. Dah jadi drama jugak. Main kat Astro. Pelakon nya Aiman dan Emma Maembong.

Aiman punya pasal lah aku beli. Support anak bff Papa katanya. Tak tahu plak dato xxx tu pak si aiman ni. Pergh..ramai jugak yang glamour glamour link to kami ni. Fefeelin sungguh statement ini...

Cuma novel adaptasi ke drama Ariana Rose tu aje lom jumpe lagi. kat MPH MV tu rasa ada stok, tapi tu lah, kurang merembes la ni nak baca novel novel ni. Drama pon tak terlayan..bebudak asik nak tengok otromen aje. Sedeh!!

Lagi sejak sejak bebudak ni dah masuk sekolah..Stress rasanya tak leh bangun lewat!

Lega jugak la minggu ni ada 2 hari cuti PH. Lusa kite ke Tanjung Rambutan mau site visit. Ahahahha..parah sangat dah ni..jangan kita lost okayyyy..ke Lost World Tambun tak pa. Tak jauh sangat dah dari Tanjung Rambutan tu..

- Posted using my iPhone -

15.1.14

Menziarah Orang Sakit

Buat orang orang Klang, Shah Alam atau Banting dan sewaktu dengannya, ni adalah waktu melawat di Hospital Ampuan Rahimah Klang,

12.30 tgh hari - 2.30 petang dan
4.30 petang - 7.00 malam

Tapi semalam masa melawat awek kelantan, security guard tak bagi masuk pulak walau aku cakap aku wakil syarikat nak hantar barang untuk staff. Kalau aku tipoo aku sedara mara pon okay kot kan??

So, aku lepaking lah depan pintu masuk dalam setengah jam nak tunggu 4.30 tu. Busannnn aku tunggu, so...


Ambik lah gambo goodies bag untuk orang sakit. Kedai buah pon tutup, apa yang termampu aje kami buatkan. Buah, sekut dan 3 in 1 drinks, ok lah kan??


Selfie kan gambo notice wad pon boleh lah..Wad lelaki, wad perempuan, wad bersalin, satu bangunan ni lah. Lain lain floor aje. Wad bersalin kat tingkat 4 kot.


Ni lah umat umat yang menunggu seperti aku..

So far, officemate aku masih kat sana lagi.Test blood result pon belum tahu. So, macam lembab jugak lah sebab kawan dah admit sejak petang Isnin baru ni. Hurmm..No komen lah kan.

In Sha Allah, penyakit ni dari Allah Taala dia beri, kepada Dia juga mungkin ia kembali. Jangan putus asa dan banyakkan lah berdoa.

Aku cakap referred to kes laki aku lah. Perasan 3 bulan kebelakangan ni dah tak de dah sakit belakang. Tak tahu nak cakap. Kalau bukan sebab dah buat MRI, memang mesti ingat tergeliat atau salah urat.

Last berubat hari tu dengan sorang pakcik kat Jalan Kebun tu lah. Selain tu ada berdiet dan puasa jugak, berenang dan selalu praktis duduk dengan posisi betul.

Tak tahu mana satu yang membantu. Sebab kami berikhtiar sahaja. Doctor sendiri dah cakap siang siang, samada akan sembuh, atau selama lamanya takkan sembuh..

Sedih doctor cakap gitu kan. Lagi kata benda tu kena operate baru okay. Okay ape kalau 50-50 aje?

Berbalik lah kepada tadi, Allah Taala bagi, Allah Taala leh tarik balik. Jadi, berusaha, berdoa dan tawakal kepada-Nya.

Mode ustajah ustajah gituuu..insaf!

- Posted using my iPhone -

14.1.14

Kerana sebungkus nasi lemak..



Kisah nye terpakse pergi opis Encik dol petang isnin tu lepas office hour tu, sebab takut nasi lemak yang tertinggal fi party night fever kan oleh cik ti.

Itu nyinggah dataran Masjid Putrajaya tu. 

Kalau ada skru tang kaki kenit, mahu tanggal skru lutut nye. Letih mengejor dia berjalan laju tu.

Lama jugak tak lepaking kat sini. Lepaking sangat sampai tak sedor dah dekat 10 malam lebih. 

Huhuhu..


10.1.14

Langgar II

Di pendekkkan citer, Sopie nye menerima rawatan sakit luar aje dari spital kat Bukit Rimau tu. Lega tak kena admit..

Nak pergi sana pon, berejam nunggu empunya badan setuju nak pergi. Terpakse lah menipu kata ibu nak gi tempat kerja ibu yang baru. Wakakaka, walhalnya spital aje..

Terhantuk gitu pon doctor surgeon yang attend. Mencuak jugak aku..tapi syukran takde mende serius happened pon.

Consultation dia je nak cecah 10 jari..Mujur kompeni baik tahun ni nak cover satu family nye outpatient medical bill.

Elok pulak aku dulu meresmi. Hew hew hew..Memberi tamparan hebat kepada boss aku nampaknya.

Jangan riso lah boss, ko kan banyak pakej sakit dari pelbagai aspek..Abiskan aje 2ribu tu..bukan leh carry forward pon. Kata benefit to staffs..Ape lagi kan??

- Posted using my iPhone -

9.1.14

Langgar

Patut lah petang semalam aku rasa macam tak berapa fokus, sebabnya dahi terhantuk pintu.Bukan aku lah, anak dara aku si sopie tu. Ada telepati kot dengan aku kan.

Masalah nya sekarang ni, dia dah muntah 2 kali. Benjol kat dahi pon ketara gile nampaknya.

Hasil bawak ke klinik malam tadi, doktor suruh refer to hospital asap, since dia dah muntah muntah 2 kali. Khuatir ade gegaran otak. Doc suruh observe jugak perkembangan die within 24 hrs ni sebab ada kes koma terus lepas 72 hrs.

Seriau jugak mendengor nye. Tetibe teringat kes adik angkasawan yang meninggal pon sebab terlanggar tiang aje.

So far, dah tak de muntah muntah.Kalau ada, memang jawabnya kene admit masuk spital la malam tadi jugak.

Tapi memang lah budak ni, dah terhantuk, tak inform cikgu pon. Ikutkan kisah dia terlanggar pintu lepas balik rehat. Sendiri yang langgar, itu tak berani bising kot.

Even dah sampai rumah pon die tak inform, balik sekolah, turun dari kereta tu,
dia inform dia pening aje, terus rasa nak muntah,lalu muntah sebaldi..eh tak sampai lah sebaldi. Sebab benjol macam telur ayam tu jelas nyata, baru nak bercerita..

Tapi nengok sampai muntah muntah, pening dan tak bertenaga, memang rasa nya kuat jugak terantuk tu. Pape, kite nantikan keputusan seterusnye..

Since nak claim insurans co, gaya gaya kene duduk spital lah barang semalam jawab nye, walhal nak buat ct scan / mri kepala je kot..


- Posted using my iPhone -

7.1.14

1st

Hari ni bizi mizi. Tak sempat nak call Mak aku, tanya perkembangan si Mek Sarah yang gi tadika Pasti tu. Hari ni 1st day naik van dan pergi kelas sendiri.

Puluh kali aku remind die. "tanggal selipar, letak atas rak, pergi kat kelas Sarah yang kat hujung dekat tangga tu".

Tu lah, pagi tadi de agenda kompeni nan penting tak leh skip. Kalau tak fefeelin juga nak skodeng si Mek ni.

Sampai je rumah tadi, nampak Mek ni dah terbongkang tido, rupanya dari pukul 6 petang tadi dia tidor. Letih sesungguhnya tu.

Sekarang, sebelah pagi tercangak lah si kenit tu sebab tak de makhluk pengacau. Kalau tak asyik kene buli. Kenit pon dah nak masuk 15 bulan.

Cepat betul masa berlalu..


- Posted using my iPhone -

2.1.14

Kisah Tahun Baru

Eh, dah 2 hb dah ek?

Patut hade entry syok sendiri ala ala highlights of the year 2013,ntah dah takdir nye..terdelete lah pulak. Lantak kan lah..tak koser aku nak karang lain.

Walawehh hari ni ponek gilo! Pagi berkejar menyetel bayor yuran sekolah agama. Mujur aku number 1 bahagian beratur tu, selamat balik umah awal.

Kemudian, follow laki aku gi bank. Saje nyibuk nyibuk sesak kat celah celah orang hapdate asb tu...sian kat aku.

Tengah hari ngantor Sopie ke sek kebangsaan pulak. Lepas settle beli buku, aku challo lah balik umah. Gilo panas..

Petang pukul 3 aku gi sekolah balik sebab nak antar bekas air Sopie. Sian panas..kot dahaga ke..kawan steady makan nasi goreng. Pandai rupanya anak aku berbelanja..takut pulak aku menengok kepandaian nye itu..

Pastu menyinggah mencari bosi. Ko mampu?? Hasil pelaburan buat beli bosi..
Kot boli emas..leh lah bervangga sikit!!



Pilih pilih mau bosi lagu mana.


Kemudian pi potong sendiri. Ukur dan tanda. Glove di sediakan.


Itu lah kalau badan sihat sikit. Untuk projek do it yourself katanya..


Siap beli grinder lagi..Bersungguh sungguh nye gaya ni.

Ok lah. Besok dah Jumaat kan! Ni pon cam terasa mahu demam, ngalahkan budak naik sekolah. Omak aku pon dah demam ni, cuaca kot..Acaner pon, harap esok boleh lah aku masuk opis seperti biasa.. Rindu..


Bluekkk, rindu mende!

Puiii lagi ada... Eh, tak baek !!


- Posted using my iPhone -