Ko mampu tertengok program serupa ini? Memang program ni wujud. Main kat tibi 1 rtm. Tapi siaran ulangan pukul 3-4 gitu. Hari ahad. Besa lah, pelanggan astrok pakej minima kan..abis semua saluran di terjah.
Program mempromote produk Beauty Umaira nye tu lah. Ada beberapa segmen rasanya..tapi yang aku tengok tu segmen petua kak ton. Kak Ton bagi petua cam ne nak hilangkan gas dalam badan, esp yang suka fefelin gastrik itu, atau yang suke buncit tanpa sebab tu. Wah gitu yer..
Kak Ton habaq pagi time sarap, makan tengah hari sampai ke malam..belasah je betik/honey dew SAHAJA. Minum air kosong aje. Suka hati lah betik tu nak makan gitu aje tau buat jus pon boleh katanya. Boleh tambah madu, sikit garam dan perahan lemon. Belasah benda alah ni, sure ke toilet jawabnya.
Kak Ton habaq next morning,kite akan bangun dengan perut yg kempis dan comeiii cam Kak Ton. OMG kan!! Salah satu cara detoks jugak katanya..
Mampu ke nak taram betik satu hari tu? Baik jer la berposa terussss..
Tapi musim raya cina ni banyak oren, boleh lah baham oren dengan harapan nak detoks. Semalam aku belasah 4 biji lokam, ni hari 3 bijik, esok jangan pagi mai tinggai bijik aje sudah..tak guna betoi tikus mondok yang mai subuh hari tu lah membedal agaknye!!
- Posted using my iPhone -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan