12.30 tgh hari - 2.30 petang dan
4.30 petang - 7.00 malam
Tapi semalam masa melawat awek kelantan, security guard tak bagi masuk pulak walau aku cakap aku wakil syarikat nak hantar barang untuk staff. Kalau aku tipoo aku sedara mara pon okay kot kan??
So, aku lepaking lah depan pintu masuk dalam setengah jam nak tunggu 4.30 tu. Busannnn aku tunggu, so...
Ambik lah gambo goodies bag untuk orang sakit. Kedai buah pon tutup, apa yang termampu aje kami buatkan. Buah, sekut dan 3 in 1 drinks, ok lah kan??
Selfie kan gambo notice wad pon boleh lah..Wad lelaki, wad perempuan, wad bersalin, satu bangunan ni lah. Lain lain floor aje. Wad bersalin kat tingkat 4 kot.
Ni lah umat umat yang menunggu seperti aku..
So far, officemate aku masih kat sana lagi.Test blood result pon belum tahu. So, macam lembab jugak lah sebab kawan dah admit sejak petang Isnin baru ni. Hurmm..No komen lah kan.
In Sha Allah, penyakit ni dari Allah Taala dia beri, kepada Dia juga mungkin ia kembali. Jangan putus asa dan banyakkan lah berdoa.
Aku cakap referred to kes laki aku lah. Perasan 3 bulan kebelakangan ni dah tak de dah sakit belakang. Tak tahu nak cakap. Kalau bukan sebab dah buat MRI, memang mesti ingat tergeliat atau salah urat.
Last berubat hari tu dengan sorang pakcik kat Jalan Kebun tu lah. Selain tu ada berdiet dan puasa jugak, berenang dan selalu praktis duduk dengan posisi betul.
Tak tahu mana satu yang membantu. Sebab kami berikhtiar sahaja. Doctor sendiri dah cakap siang siang, samada akan sembuh, atau selama lamanya takkan sembuh..
Sedih doctor cakap gitu kan. Lagi kata benda tu kena operate baru okay. Okay ape kalau 50-50 aje?
Berbalik lah kepada tadi, Allah Taala bagi, Allah Taala leh tarik balik. Jadi, berusaha, berdoa dan tawakal kepada-Nya.
Mode ustajah ustajah gituuu..insaf!
- Posted using my iPhone -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan