Stalkers


Yang kesah

1.11.12

Acai Berry Beracun

Sekadar ingin berkongsi pengalaman puan neber saya, nama sebenar di rahsiakan..cewah, cam la korang kenal.

Al kisahnya, Wati(bukan nama sebenar) terpengaruh dengan iklan iklan dalam FB. Teruja melihat testimoni testimoni pengguna Acai Berry yang telah berjaya menguruskan badan dalam masa yang singkat dan kos yang murah.

Memang terbukti nyata, lepas minum..dia hilang berat badan 11 kg dari 78 dan terkini 67 kg dalam masa 2 bulan. Nasi tak boleh makan. Minum AB dan makan pil aje. Yang lain lain cam sayur mayur makan lah kot. Tak sempat pulak aku interbiu tadi.



Lepas 2 bulan consume produk ni, keluar pulak dalam paper, produk AB tu beracun. Terus dia stop ambil la. Keesokan harinya, lepas 1 hari escape ambil produk ni, si wati ni tak dapat bangun dari tido. Bila bangun, jatuh balik. Jari dia pon tak upaya nak genggam handphone. Pendek kata, macam lumpuh satu sistem badan.

Menggelabah jugak anak anak dia. Immediately anak anak nya call si ayah. Si ayah sempat lah balik dan bawak pergi ke hospital. Mujur lah beliau selamat.

Then, dia terus pergi jumpa delaer produk ni. Dari dealer produk ni dia dapat tahu, memang ada kes seperti wati alami tadi dan yang meninggal pon ada. Kawannya pernah guna AB ni, meninggal dunia lepas 3 bulan mengguna produk. Berat memang turun, dari 80 kg jadi 60 kg masa meninggal tu hari.

Sekarang dia dah stop ambil AB. Duk menelan air kelapa untuk keluarkan racun racun tu.




Makan yang fresh fresh macam ni lagi bagus rasanya. Tengok, gambo pon comel aje..segar mata memandang.

Terliur pulak menengok jus stroberi tu..awas, bentan kang!


- Posted using BlogPress from my iPad

1 ulasan:

nik ros berkata...

kesiannya. teruk tol kesan acai beri ni