Stalkers


Yang kesah

30.11.12

Botol untuk baby..

Yuhu! Hari ni hari ke 40 aku pantang.
Jom kita yamchaa dengan se mug horlick panas.

Kira supper aku la tengah malam buta ni. 12.59 am. Ikutkan malas aku nak bancuh air malam malam ni. Dah perut aku tetiba berirama,aku gagah lah jugak bangun.
Nasib tak kaut nasi, letak sup ayam tadi..

Macam ni lah natijahnya sebab tadi dah burn 500 kalori kan.
Tak yah lompat bintang, angkat dumbell ke..susukan aje si kecik Auni tu.
Masya Allah, rasa macam tak makan nasi satu hari laparnya. Lagi lagi sekarang berat dia dah nak macam sama berat beras 5kg tu.




Kesian si kecik ni. Pagi tadi dera dia minum susu pakai botol. Mak tolong bagi dia susu. Dah susu, siap masukkan dalam buai Sarah. Tapi part buai tu, dia macam tak suka duk dalam tu. Tapi dah mengantuk sangat, dia lena jugak. Lena lena ayam.
Mesti Auni culture shock. Whathehall nipple ibu keras gila. Air susu pon laju macam bomba sembur rumah terbakor. Pastu, semacam aje di buai buai.

Petang nya baru aku susukan dia direct cam biasa. Itu pon, lambat-lambat nak mencari nipple aku. Merajuk ke atau terkezut sangat sampai blur plak minah ni.
Aku plan, dalam sehari ajar sekali la berbotol, biar dia bersuai kenal dulu kan. Ada 20 hari lagi nak naik kerja. Kalau cuti bersalin 3 bulan kan best! Cam sayang nak tinggalkan bebudak ni.

Eh, tensi lah pulak bila sebut pasal kerja. Dah berhibernat lama dalam rumah ni, memang lah bunga bunga malas tu segar mengembang, subur membesar.
Kalau dah kerja, jangan mimpi lah aku boleh bersengkang mata hapdate blog panjang panjang.

K bai.

- Posted using BlogPress from my iPad

28.11.12

Revolusi Menghias Rumah



Terjumpa gambar rumah aku duduk sekarang masa kemas gambo dalam pc.
Wakaka!
Cam kelakar menengok decor masa tahun 2008 tu.
Rumah ni aku masuk sekitar May 2008.
Memang rushing masuk rumah ni sebab tak nak bayar sewa rumah dah.
Rugi lor..
Rumah ni monthly Rm700++, rumah sewa RM450.
Harus lah cepat cepat masuk sini.

Selamba kain baju landing atas sofa.
Kalau orang datang bertandang mengejut..sendiri mau ingat lah.


27.11.12

Kalau Memang Harus Begitu

Macam tajuk sinetron gitu..
Aku citer pasal novel ni sebenarnya.




Haru betul, tinggal lebih kurang RM20 je kat Maybank.
Tak lepas nak order novel online..RM 32.
Senduuu..

Alternatifnya, aku baca lah novel ni secara online dari blog acik lana.
Alahai, sampai part klimaks..dah tak de dah.
Off cos lah kena beli kan?
Hampasss..
Taktik jual buku tu!

26.11.12

Cucuk Sebulan dan Shop on9

Pagi tadi bawak Auni botox untuk sebulan. Cewah, botox pulak walhal inject hepatitis B dos 2.

2 jam tu menunggu, mujur Auni bersabar ajer macam aku. Aku pon nak panas bontot jugak duduk aje. Naik lenguh gak la lengan memangku budak.

Tadi berat Auni dah 4.6 kg,kira naik 1 kg la dalam masa sebulan ni. tinggi 55 cm. Nurse kata normal aje BMI nye.

Aku pun kena timbang sekali tadi. Berat dah 54.4 kg. Turun dalam 10 kg lah. Darah nifas pon aku perasan dah stop masa masa 32 hari. Ni dah masuk 36 hari. Haha..4 hari lagi.


Dah sebulan ni, badan Auni cam dah keras. Leher pon leh tahan, asik mendongak, ke kiri, ke kanan. Susah nak bagi mandi sebab asyik nak test leher dia ajer.

Next 4/12, nak jumpe tuan doctor pulak sebab tadi misi ajer check, Renyah check dengan klinik gomen tapi sebab PREE , halalkan lah..Hahaha.

Sebab lepas ni Auni dah boleh nak keluar jenjalan, baru membelikan baju baru untuk dia. Rompers 5 in 1 dan crochet hat. Dah beli online ni, tawakal ajer la akan kualiti dan ropanya nanti.






- Posted using BlogPress from my iPad

22.11.12

Lunch

Mendengar guruh di langit, air di tempayan di curahkan.

Tak jugak lah, guruh memang dah bunyi sekarang ni...

Cuma panaskan air, curah dalam mug, isikan oat.




Lunch ku hari ini. Oat drink, oat crunch.

Bolehlahhh.


- Posted using BlogPress from my iPad

Skodenk Rumah

Baru jer Auni nye tido. Lepas cebok (pakai wipes jer pon) dan menyusukan die..
Hurm..end up nye, aku plak tak leh tido. Esok aku qada lah tido aku balik. Cam tak biase.

Dah tak de kerja ni, meh kite tilik gambo umah yg en hubby ambik sabtu lepas.
Excited lah die buat site visit dengan bebudak 3 orang, bebudak 2 orang tu biase la. Sorang lagi hulubalang dari Jalan Kebun, Danish.

Gambor ni snap khas untuk aku lah kononnya. Selalu duk menengok layout plan aje. Nak gi site visit, tak leh follow..
hulubalang Danish


20.11.12

Melting dengan L A G U

Melting dengan LAGU ke tuannya..?
Banyak larr melting melting..zaman tu udah berlalu yer.
Selalu dengar lagu LAGU ni kat corong radio. Tapi tak kenal siapa penyanyi. Sampai lah tengok semi final Muzik Muzik semalam.
Its him.. Bo Amir Iqram dari Bedroom Sanctuary.




Sorry Bo, cilok gambo dari fb ko.
Unik kat rambut lah dan suara dia. Apsal tengok dia cam iras Bruno Mars? Ke mata aku yang kero.
- Posted using BlogPress from my iPad

17.11.12

Pantang time - Hari 26

"Assalam, internet tidak dapat di akses kerana kerosakan switch semasa kilat tadi. Akn di baiki asap. Maaf atas kesulitan". 8.28 PM 13,Nov 12.

Adoi..mati kutu lah seminggu ni setelah terima mesej kat atas dari owner wifi tu. Kena tunggu en hubby balik kerja, baru leh bertenet tapi pakai beruk-band aje lah.
Paling gagah pon layan FB ajer la. Dah berapa hari dah tak bukak paper online ni. Blog blog gosip pon tak terjah.

Hari ni dah masuk hari ke 26. Tak de tenet, panjang aje satu hari ni..HuHuHu.


- Posted using BlogPress from my iPad

6.11.12

t o c h e - t o c h e

     


Toche toche untuk depa depa kat atas tu. Tu hadiah dari bebudak dept en hubby.

Pinau mata menengok pink ajeeee..paham paham jer la untul gegirl

Ape pon time kasih banyak banyak lah ye.


Ni lah makhluk yang tak menyabor nak sepahkan semua benda benda dalam tu.



4.11.12

Selepas Auni, yang di nanti..

Kesian en hubby, sejak aku start berpantang ni, dia lah take over banyak melayan karenah bebudak. Eh, tanggungjawab daddy kan.
Semalam bawak diorang ke McD. Chisss..
Lepas tu bawak main layang layang. Entah area mana diorang main layang layang. Penangan Upin dan Ipin lah ni. Pastu meronda ke sekitar Jalan Kebun. Masih bersisa banjir kat situ..lepas hujan yang kerap kebelakangan ni.
Hasilnya..



1.11.12

Acai Berry Beracun

Sekadar ingin berkongsi pengalaman puan neber saya, nama sebenar di rahsiakan..cewah, cam la korang kenal.

Al kisahnya, Wati(bukan nama sebenar) terpengaruh dengan iklan iklan dalam FB. Teruja melihat testimoni testimoni pengguna Acai Berry yang telah berjaya menguruskan badan dalam masa yang singkat dan kos yang murah.

Memang terbukti nyata, lepas minum..dia hilang berat badan 11 kg dari 78 dan terkini 67 kg dalam masa 2 bulan. Nasi tak boleh makan. Minum AB dan makan pil aje. Yang lain lain cam sayur mayur makan lah kot. Tak sempat pulak aku interbiu tadi.



Lepas 2 bulan consume produk ni, keluar pulak dalam paper, produk AB tu beracun. Terus dia stop ambil la. Keesokan harinya, lepas 1 hari escape ambil produk ni, si wati ni tak dapat bangun dari tido. Bila bangun, jatuh balik. Jari dia pon tak upaya nak genggam handphone. Pendek kata, macam lumpuh satu sistem badan.

Menggelabah jugak anak anak dia. Immediately anak anak nya call si ayah. Si ayah sempat lah balik dan bawak pergi ke hospital. Mujur lah beliau selamat.

Then, dia terus pergi jumpa delaer produk ni. Dari dealer produk ni dia dapat tahu, memang ada kes seperti wati alami tadi dan yang meninggal pon ada. Kawannya pernah guna AB ni, meninggal dunia lepas 3 bulan mengguna produk. Berat memang turun, dari 80 kg jadi 60 kg masa meninggal tu hari.

Sekarang dia dah stop ambil AB. Duk menelan air kelapa untuk keluarkan racun racun tu.




Makan yang fresh fresh macam ni lagi bagus rasanya. Tengok, gambo pon comel aje..segar mata memandang.

Terliur pulak menengok jus stroberi tu..awas, bentan kang!


- Posted using BlogPress from my iPad

Tengahari

Aku suka tengah hari..
Semua anak anak aku tido, especially Auni lah.
Lagi aku suka kalau..




Erm, best betul gambar promo McD ni. Haha, tak pe lah mata ku je yang BENTAN dulu.
Sejuk sejuk gini, memang sedap la berpantang. Nasib aku belasah kopi aje, aku bertahan tak tido. Kalau belasah kopi dengan oreo sundae, aku tido kat hospital la kot kan?
Hari ni tak de gambo Auni, sebab gelap , tak de pencahayaan semulajadi. Auni keluar dari perut hari tu kemain gelap kulitnya. Gelap biru kot. Dah mandi elok elok nampak cerah sikit. Pastu kulitnya dah bertukar merah pulak. Ni ada harapan ke tak nak putih mulus macam Leuniey? Takkan nak gi SPA kot.


- Posted using BlogPress from my iPad