Stalkers


Yang kesah

6.8.12

Kuih Raya 2012

Tahun lepas buat biskut kacang mazola, choclate chips dan semperit. Mazola dengan semperit sama dengan biskut mertuaku.

So,
Tahun ni planning buat 3 jenis biskut moden sahaja.

-tart nenas, almond london, sarang semut dan kek hitam/kek belang.

Tart, almond dan sarang semut FIRST TIME EVER buat. Hai jadi ke tak ni.

Moden semuanya. Baru la tak sama dengan mertuaku.

Semalam pergi kedai bakery untuk beli bahan bahan utama seperti:

1kg jem nenas - untuk tart nenas, tak larat la buat secara tradisi.
500g cooking coklat (Tulip) untuk almond london.
500g Butter (Butter Cup/Butter Lite) - untuk almond dan tart nenas.
Emplex- untuk rangupkan almond london.
500g almond - off cos le untuk almond london.
1kg Marjerin (Planta) - semua pakai butter, bangkrap dik non.
Choc. rice
1000 pcs paper cup
1kg tepung gandum
500g tepung jagung
400g Minyak sapi
Total cost RM 60++

Telur dan gula icing dah ada stok kat rumah.

Sangat teruja nak buat almond london dan tart nenas.

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: