Stalkers


Yang kesah

24.8.11

Pontianak Hensem 24 November ini

Akhirnya..The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1 akan release di pawagam tanah air pada
24 November 2012 2011


23.8.11

Sudut Mata : Lafazkan Kalimah Cintamu



Bila baca novel LKC nie terbayang bayang muka si Sharifah Amani, pelakon terkenal tu sesuai dengan karektor Tengku Aqillah..yang kelakar gila gila dan putih dan mix melayu dan jepun. Watak Tengku Ryan pulak adalah pelakon Smallville Tom Welling tue.Yang nie memang dah digambarkan dalam novel oleh penulis.
Tebal gila novel nie..1000 lebih. Aku beli masa 1st week sabtu bulan Ramadhan yang lalu masa pegi JJ Bukit Tinggi. Memang sedih beb baca novel nie..Tapi aku dah start keletihan sebenarnya. Asik hero heroin saling merajuk. Boleh kata, semua novel dia yang pernah aku baca seperti Cinta Kau dan Aku dan 7 Hari Mencintaiku mempunyai rencah utama yang sama iaitu kasih sayang kekeluargaan. So far, memang 7 Hari Mencintaiku terbaik di hatiku.



Si Kidal Sekalian


Nice info..dari forum carigold..Di kalangan family aku, en hubby dan adik perempuan aku kidal. Biasa jer diorang aku tengok..Si Sarah pun nampak selalu guna tangan kirinya.


Hubungan kidal dengan otak


Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.



17.8.11

Biskut Mickey Mouse

Nama diberi oleh Sopie..sebab chip coklat 3 ketul tu agaknya..
Ha..daya imaginasi budak budak kan. Kita orang dewasa jangan terikut, ni biskut chip coklat namanya.
Ikutkan hati ku, beli jer chipsmore..letak dalam bekas kuih raya nanti..Dah jadi kuih raya. Tak payah penat bagai nak buat chip coklat.


Ni tahun kedua aku try resepi nie. tahun lepas, biskutnya bantat sebab ikut resepi yang salah. Cewah, salahkan resepi. Betullah, sebab resepi tu cuma suruh letak tepung gandum jer. Mana tak keras biskut tu, cair di mulut ape tah lagi.

Resepi kali nie memang ku yakini 99 persen betul sebab ramuannya terdiri dari pelbagai jenis tepung..tepung gandum, tepung naik sendiri dan tepung jagung..Nampak? Tepung jagung tu lah yang dapat membuatkan biskut ku cair dan rangup.

Moralnya, kalau gagal kali pertama, usahakan buat kali kedua. Kalau gagal lagi, beli jer kat kedai. 

Sarah.. 2 tahun

Alhamdulillah, Sarah sudah pun 2 tahun pada 10 Ogos yang lalu.
Kebetulan, very super big boss kat tempat kerja pun lahir pada tarikh ini jugak..tapi sorry, umur dia dah banyak.. 55 lebih ok. Arwah datuknya, iaitu abah aku pulak lahir pada 26 Ogos.
Sempena Ramadhan Al Mubarak, kitorang hadiahkan dua potong kek sahaja..bukan simbolik kepada angka umurnya..tapi takut berebut dengan kakak nya yang super dengki sometimes!


Pattern Langsir Tahun Ini

Ketinggalan zaman pattern langsir aku rupanya tapi yang penting simple dan menjimatkan duit. Harus macam tue. Inilah hasil langsir dari Nilai 3 tu hari..ni gambar curik dari jauh. Tapi boleh nampak kan belang belang itu. Ni bukan dipasang untuk masuk dalam blog ini yer..sebenarnya ia memang gagah bersidai kat rel tue sejak hari ia siap sampai dirumah lagi. Lepas acu pakaikan dia, terus malas dah nak lipat simpan lagi. Sampai tahun depan lah gamaknya ia berkhidmat menapis habuk dan menepis silau mentari petang..




15.8.11

Berbuka beramai-ramai

Anak buah request nak berbuka hari sabtu lepas thru facebook. Menu apa nak makan sabtu tue? Nak masak nasi campur, pun dah tak tahu nak masak apa. Lagi pulak yang nak memasak 2 orang jer. Nak bagi makan sampai 10 orang. Si pengacau 2 orang lagi. .Lastly decide masak nasi tomato, ayam masak merah, papadam dan jelatah. Simple lagi cepat. Ingat nak buat kari daging..tapi masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, diorang sume suke dan makan bertambah..maklumlah puasa kan, belasah jer apa-apa. Tambah-tambah cuaca sejuk sebab hujan lebat petang sabtu  tue.
Nak tahu, sebelah utara kat kampung asalku, tanah airku, kalau buat ayam masak merah, mesti ayam tu dimasak bersama kacang tanah kisar. Tapi masak macam tu sesuai makan bersama ketupat atau nasi impit jer. So, ipar dan anak buah amat impress dengan keenakan rasa ayam masak merah hari tu sebab tak de letak pun kacang tanah kisar tu. Siap tanya ambik resepi kat mana..dari internet lerr.
Tak sempat pun snap gambar, sebab sibuk dengan tetamu... Plan nak bershopping raya pun terbantut. Apo nak buek jang..postpone ke minggu depan la.
Minggu depan lagi bz..bz nak buat kuih raya. Buat yang ringkas dan senang saja macam choclate chip(jangan lah bantat tahun nie) mazola, cornflakes madu dan kuih siput. Mahu penyet ibu jari menggentel si siput.

12.8.11

Sudut Mata Novel Gelora Ma Lee Chuswan





Ini adalah novel karya ma lee chuswan yang diterbitkan semula dengan penambahbaikan oleh akak MLC. Diterbitkan oleh Kaki Novel Enterprise, novel setebal 338 muka surat nie memang sekelipan mata sahaja dapat aku habiskan.
Adam, anak pungut atau anak angkat Dato Mustaffa berjaya menjawat jawatan tertinggi di syarikat sedangkan Mila, anak kandung Dato Mustaffa berkelulusan ijazah dari luar negara hanya diberikan jawatan eksekutif sahaja.
Perkara tersebut menambah kebenciannya terhadap Adam. Malahan semakin bertambah apabila mengenangkan bagaimana dia dipisahkan oleh Adam dari papanya dahulu. Dalam diam Adam sebenarnya menaruh hati terhadap Mila.
Namun, akhirnya mereka diijabkabulkan juga akhirnya. Benci dan dendam mengatasi rasa kasih sayangnya kepada Adam. Adam akhirnya membawa diri, merajuk kerana disalah anggap oleh Mila.
Setelah pemergian Adam, papanya pula pergi menghadap Illahi. Rentetan itu, syarikat yang dulu kukuh dibawah kemudi Adam, bertukar hancur di tangan Mila. Di saat itu, Mila sedar dia perlukan bimbingan dan kasih Adam.
Adakah Adam akan kembali? Mampukah Adam memaafkan kesilapan Mila?

Dapatkan dan ketahui sendiri kisah akhirnya..Tak rugi membelinya. Baru RM 17.00.

11.8.11

10.8.11

TQ Nuffnang

Baiknya Nuffnang..baru last week bagi duit , minggu nie dapat lagi 25 sen
Semoga tiap tiap minggu mendapat lah yer
Boleh buat modal beli kasut raya..alahai, tak mampu aku!

4.8.11

Hari ikan sedunia

Aku mengisytiharkan hari ikan sedunia kerana menyajikan menu ikan untuk berbuka hari ini.
Setelah mengketadarah ayam dan udang sepanjang 3 hari nan lalu, mual tekak, jeling sebelah mata hatta terpandang ayam.
Menu terdiri daripada ikan kembung rebus daun kunyit, talapia goreng dan patin tempoyak yang diimport dari bazaar Dragon Hill serta asam pedas keladi. Mengikut perancangan awal, plan A, nak korbankan ikan keli bersama asam pedas keladi..sekali ikan kelinya out of stock pulak. Memandangkan aku memang pro dalam bidang mengubah suai lauk, maka aku mendapat idea gantikan keli dengan kembung sebab kembung jer nampak fresh di bulan pose nie. Ikan lain semua layu, puasa jugak ker?
Tetapi, Mak aku lagi johan mencaras menu aku. Di stimnya ikan kembung sedia ada dalam peti kat umah dengan daun kunyitnya. Jadi asam pedas keladi direbus tanpa ikan. Ikan lain seperti talapia pulak menjadi mangsa gorengan, secocok dengan sambal belacan blender. Ikan kembung baru di beli tue selamat jadi mayat dalam peti jer la. Nanti lah di pk kan part mana dia boleh celah pulak..
Patin tempoyak di beli masa ronda kat bazaar tue. Selain tue sempat syopping pulut panggang seringgit dan buah melaka jugak seringgit. Sajer beli singgit, kalau sedap esok bleh beli lagi..kalau setakat boleh lalu tekak jer..takde maknanya nak beli dah.Untuk bebudaks, bubur lambuk khas untuk korang.
Memandangkan hujan, berbuka dengan kopi o suam.

3.8.11

Awal Ramadhan

Insya'allah, ramadhan ke 3 hari ini. Muslimin dan muslimat lain dah nak masuk ramadhan ke 3, aku belum lagi nie..(paham-paham jer la). Jadi, kena berusaha lebih sikit nak mencambahkan iman nak beribadat di bulan puasa ni sebab dah ketinggalan keretapi nie..3 hari jauh nie.

Apa aku boleh buat, cuma menolong sediakan juadah untuk berbuka, tolong berbuka sekali (huhu), tolong kejut orang bangun sahur...Tak per, tak lama, esok dah boleh start berpuasa.