Stalkers


Yang kesah

7.6.11

Mari Jimatkan Letrik TV style

Hampir semua rumah mempunyai TV, tak kisah lah, yang slim ke, nipis mahupun yang gempal.
Memandangkan tarif letrik sudah meningkat, marilah mempraktiskan kaedah-kaedah mencegah pembaziran letrik melalui tv. Nak memberontak sakan, melalak sana sini pun tak guna sebab itu PM sudah restu naik..jadi elok kita beramai-ramai satu keluarga menjimatkan letrik.

Antara langkah-langkah yang dapat dikongsikan :-


1. Tutup tv dan sebarang alat elektrik yang bersambung dengan tv apabila tidak digunakan. Jangan juga biarkan tv dalam fungsi  bersedia kerana ketika ini walau tidak dipasang, namun ia masih tidak ditutup sepenuhnya.

2. Tutup alat elektrik lain seperti perakam DVD mahupun  alat permainan yang bersambung pada tv.

3. Tutup lampu latar atau backlight skrin tv.

4. Pasang fungsi jimat tenaga atau power safe pada tv anda.

5. Kawal pencahayaan lampu bilik. Buat ala ala-ala panggung wayang.

6. Elak beli lebih dari satu tv. Jika tv bertambah, bil juga akan bertambah.

7. Beli tv kecil.. Lupakan lah impian tv size 42 inci ke

8. Kurangkan masa menonton tv, lakukan aktiviti lain.Contoh..ZZzzzz

Sumber: Mingguan Wanita. 1356









Tiada ulasan: