Stalkers


Yang kesah

10.6.11

Sudut Mata : Novel Kasih Yang Suci






Meletup-letup dan HOT drama Nora Elena sekarang nie. Dah jadi fenomena terutama watak Seth Tan dan Nora Elena. Para gadis mengidamkan personaliti Seth Tan yang kacak, romantik dan kaya.
Beb..bangun lah dari mimpi. Mana nak dapat lelaki kualiti macam Seth..dalam novel jer ada. 



KASIH YANG SUCI - Nora Elena bahagia menyintai dan dicintai oleh tunangnya Saiful Idham. Mereka juga bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Rezeki Saiful Idham semakin murah apabila bakal dinaikkan pangkat oleh majikannya, Seth Tan. Kebetulan, Seth Tan dalam diam-diam menyukai Nora Elena walau mengetahui Nora Elena adalah tunangan orang. Fizikal Seth dalam novel ini digambarkan seperti aktor Chow Yuen Fatt. Fuh..hensem dan gagah tu. Memang sesuai jugak watak Seth di bawa oleh Aaron Aziz. Seth juga sebenarnya adalah abang kepada kawan baiknya sewaktu menetap di Kg Sepakat Jaya iaitu Mei Ling.

Pertemuan kembali dengan Amir, kaki buli di zaman sekolah dulu telah mengakibatkan Nora Elena dihantui mimpi-mimpi ngeri. Tidur malamnya penuh igauan ..
bayangan Inspektor Amir merogolnya menari-nari dalam mimpinya. Tragedi 10 tahun yang lalu enggan diceritakan kepada sesiapa. 

Jodoh dengan Saiful Idham tidak berpanjangan. Tambahan pula Saiful Idham telah menerima panggilan misteri yang telah memberitahu bahawa Nora Elena telah ternoda. Ego seorang lelaki, Saiful Idham akhirnya memutuskan pertunangan mereka. 

Seth telah menawarkan diri untuk mengahwini Nora Elena kepada keluarga Nora Elena demi menyelamatkan mereka dari malu kerana majlis perkahwinan akan berlangsung dalam masa 3 minggu sahaja. Walau sudah putus tunang, Nora Elena masih mencuba menghubungi Saiful Idham untuk menerangkan keadaan sebenar. Namun, hatinya turut terguris apabila Saiful tidak dapat menerima kenyataan dirinya yang pernah di rogol. Akhirnya Nora Elena bersetuju untuk mengahwini Seth yang telah memeluk Islam dan masuk Jawi lagi tue.

Perkahwinan Seth dan Nora akhirnya berlangsung dengan meriah. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak disenangi oleh sekretari Seth Tan iaitu, Yvonne. Yvonne sudah lama menyimpan perasaan cinta kepada Seth Tan tetapi lelaki itu tidak menyedarinya. Yvonne menganggap Nora Elena sanggup meninggalkan tunangnya demi mengejar kekayaan Seth Tan.

Seth Tan tenang menghadapi karenah Nora Elena yang masih tidak dapat menerimanya sebagai suami. Nora Elena pula masih tidak dapat melupakan Saiful Idham. Saiful Idham pula telah berhenti dari syarikat Seth dan berpindah ke tempat baru demi melupakan cintanya kepada Nora Elena yang kini menjadi isteri kepada bekas majikannya.

Keromantisan Seth sewaktu percutian bulan madu di Cameron Highlands telah membuka mata dan hati tentang keikhlasan cinta Seth pada Nora. 

Nora Elena sangat gembira dan teruja untuk menyampaikan khabar dirinya yang telah hamil kepada Seth yang kebetulan telah pergi outstation, malangnya pada saat yang sama, Nora telah menjumpai kotak misteri di bilik bacaan suaminya. Kotak tersebut mengandungi topeng ski dan pisau. Seingatnya, itulah topeng yang menutup wajah si perogol yang telah merogolnya 10 tahun lalu. Pisau itulah senjata yang digunakan untuk menakutkannya dahulu. Maka, terbongkarlah rahsia sebenar Seth Tan. Seth Tan lah yang sebenarnya telah merogolnya. Tambahan pula, Nora semakin membenci apabila mengetahui Seth jugalah insan yang bertanggungjawab memberitahu Saiful tentang dirinya yang pernah dirogol mengakibatkan Saiful memutuskan pertunangan.

Seth yang telah jatuh cinta pandang pertama kepada Nora tidak dapat menahan nafsunya setelah dia dan rakannya secara tidak sengaja telah menonton vcd lucah. Kesannya, dia bertindak merogol Nora yang kebetulan dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dan selepas kejadian itu, Nora telah berpindah mengikut keluarganya menyebabkan Seth tidak dapat lagi menjejaki Nora.

Sejak pengakuan Seth itu, Nora semakin benci dan kasar kepada Seth. Nora juga bercadang ingin bercerai dengan Seth setelah melahirkan bayi kandungannya. Seth terpaksa berusaha kembali untuk memenangi hati Nora kerana dia teramat menyayangi dan menyintai Nora.

Hubungan yang dingin semakin tegang, apabila Yvonne turut mengambil kesempatan menggoda Seth Tan. Kemuncak tekniknya itu telah mengakibatkan Seth memecat Yvonne dari syarikat. Tindakan tersebut menyebabkan Yvonne berdendam kesumat.

Hubungan Nora dan Seth yang semakin pulih, terganggu pula apabila Yvonne telah menculik bayi mereka dan memaksa Seth mengahwini dirinya. Namun...ending mesti lah happy ever after. So bacalah sendiri..





Tiada ulasan: