Dua novel yang disambar pada jumaat lepas , hari yang sama tapi waktu berbeza.
Terjumpa Plain Jane di kedai buku di Klang, berhampiran komuter stesyen Klang. Kebetulan nak cari disket, tak sangka terjumpa ni. Ramai yang kata susah nak jumpa novel ni. Dalam hujan lebat selepas selesai seminar kat Permata Petronas Bangi, sambar jugak novel ni.
Novel ni macam kisah realiti, tentang seorang gadis yang hidup sederhana tetapi tiba-tiba berubah menjadi luar biasa. Bertitik tolak dari percintaan dengan Zaniel, lelaki yang ala-ala serba perfect, merubah kehidupan sederhana Siti Nur Balkis. Kerana mengikutkan kesempurnaan Zaniel, Balkis hampir kehilangan keluarga tersayang , ibu, Bak, Babang dan Badek, tak lupa juga Lilee dan Apis Milo, teman sekuliahnya.
Dapatkah Balkis menyedari kealpaannya? Benarkah Zaniel Mr Right nya?
Plain Jane diterbitkan pada tahun 2008. Perasan muda beb aku, bila baca novel, tapi serius aku pun pernah menghadapi konflik sebegini.
Bukan hanya sesaat- Sinopsis belakang buku macam best...Katanya kisah suami isteri yang berkahwin paksa. Asyik bergaduh sebab sang suami, Arief Zulkarnain seorang yang cemburu, sementara Maryam si isteri yang penyabar lagi sopan santun.
Pergh, ingat cam kisah novel 2x5 tu. Tapi gaduh jenis serius tu.. Dialog tak kelakar,serius jer. Memang aku tak suka novel macam ni. Dah beli, kena ler sporting baca.
Elok2 dah nak ala-ala bahagia, Arief menceraikan Maryam setelah Arief diperangkap sepupunya, Melissa. Melissa berpura-pura ditiduri oleh Arief supaya Arief akan bertanggungjawab akan kandungan haramnya.
Tanpa mengetahui Maryam juga telah mengandung 2 bulan, Arief segera menceraikan Maryam kerana berasakan dirinya yang telah kotor kerana curang.
Arief mengahwini Melisa, sementara Maryam tabah membawa kandungannya di kampung Lawin.
Panjang kisahnya selepas itu, hingga lahirnya Ubaid dan Dania. Di hujung cerita berjaya juga Arief memiliki Maryam semula dari Ustaz Zaid. Sementara rahsia Melisa dan Daniel juga tersingkap.
Novel ni dibeli kat Mystore kat Giant KU selepas bawa Sopie ke klinik. Merengek rengek nak ke playground..si Plain Jane dalam beg pun time tu tak habis khatam, dah menyambar BHS. Nak buat macam mana kan,godaan..biar baju tak berganti, novel tetap beli, tapi perut mesti mau isi donk!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan