Stalkers


Yang kesah

22.7.17

Mat Ciki dapat kaki

Si bujang dah 13 bulan ++ pon.

Perkembangan positip nye, dah boleh jalan sendiri dah , start minggu lepas. 

Hari pertama dah terer berjalan tu, seharian die jalan sampai tak reti nak tido. Merebak sampai ke malam hari. 

Nak tidokan tu sampai kena off lampu bagi gelap terus bilik tido tu. Tu pun take time gak. Tak de nampak riak ketakutan akan kegelapan pon. Bravo! Anak jantan kan..kakaka poyo! 

Ni lah contoh mengjoin aktiviti kakak2 nya. Kakak nye bab2 mengjaham harta is no 1. 

Minggu ni dia demam selsema, batuk sikit. Dia fenin2 sebab kesan ubat agaknya. Lagi dia bengang tak larat nak bertawaf satu rumah dah. Agak meroyan lah perangai nye jugak. Tapi tak leh celen royanan kakak kenit. 

Sib rini dah friyay..yay sangat! 







20.7.17

Ziarah Raya

Alhamdulillah, berkesempatan berziarah raya ke rumah sahabat kite di Puncak Alam.

Sabtu lepas banyak betul undangan. Yang dekat dekat tuh aku penuhi lah. Yang jauh jauh tu, insyaAllah tahun depan pulak yer sis coba.

Bang bonceng menjemput, dalam seteru seteru gitu, teringat gak mat bonceng kat kami..ha la sapa lagi yang baik ati tolong bank in kan cek mat bonceng kannn, kalau bukan kami kami nih. Tapi tu lah, timing menjemput tu tak fit ngan masa aku lah. Neberhud pon malam tu baraan.

So, ahad pon cam gantung poyok jer. Awal tengah hari gi open house PAS kat area rumah aku ni jugak. Kendian petang naik ke Puncak, ke rumah sahabat segrup berjalan ke TAR yang tak perlu diperkenalkan lagi..hahahaha.

Malam pulak ke jamuan club ape tah kat Jalan Kebun tu,hahaha memenuhi undangan abang ipar aku sebab die ahli club. Tak sia sia gi jalan raya ke rumah die walau pon dah malam masa tu. Sok nye plak sekolah.


Coming weekend ni insyaAllah jalan raya lagi, masih mood raya kan. 

14.7.17

Dunia Baru

Berat sebenarnya nak melangkah meninggalkan company yang tersayang itu.

Hari pertama aku bersiap nak gi kerja, perasaan aku bercampur baur. 

Tertanya tanya kat diri sendiri, betul ke keputusan aku ni. Sedih weh, sebab aku takkan dapat buat rutin aku sebelum ni dah, tak dapat jumpa kawan kawan opis lagi..Rasa awkward giler bile aku sedar, pagi tu aku takkan pijak dah office Sumatec itu. Huk huk huk.

Tapi kan, sabtu minggu lepas aku gi je sana sebab handover kerja.  Melega dah sebab handover done. 

Nih dah masuk 2 minggu kat tempat baru..Syukur lah ada seminggu orientasi, at least ada ruang aku nak bertenang tenang dan move on. Okay , ingat Patah je ker tau move on..


Okay, tak leh move on lar bila tengok poster nih. Terus terusan terkenangkan itu company lah. Hahahaha.

Ofkos lah ada kecuakkan di saat ini. Bidang  lain, workload lain, opismate pon tak kenai lagi pangai camna..

Malas dah aku fikir banyak banyak, nih aku fikirkan dulu dessert aku tu nak buat type A ka type B. Kakakaka hover lak. Aku nak bawak dessert je pon.. Tak yah renyah mengerjakan! 


10.7.17

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Baru berkesempatan nak bergebang masuk ke sini. Raya kan sebulan...jadi boleh wish lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Tahun ni bercuti dengan tenang, awal 2 hari pulak tu. Hahaha bukan selalu tu. Jadinya petang khamis kitorang dah gerak balik ke Ipoh dulu. Next day pagi tu baru balik kampung. So tak de lah pengalaman ngeri sangkut dalam jammed.

Aidan pon dah setahun raya kali ni. Sebab dia tengah training nak jalan, memang jenuh memantau. Nasib boleh harap la jugak kakak kakak tengokkan dia, kalau tak habis lah jadi #teamtengokanak je raya ni, tak masuk dapur.Tu boleh jadi #menantuhantu tu. Hahahaha.


Buh la sikit gambo raya. Hahaha sedap betul boleh belasah macam macam juadah raya. 

Tuk sedara mara pon aku dah ajak datang rumah ahad lepas , 2hb tu..Memang melotih badan di buatnya. Dah la next day tu sekolah dah bukak, aku pun nak start kerja kat tempat baru. Natijah nya memang aku memang ngantuk giler nye amat. 

Haa..gitu lah setakat ni kisah nya di bulan Syawal ni. Sebab aku pon asing di tempat yang baru, Jadi aku pon tengah gigih ni berposa ganti..