Stalkers


Yang kesah

22.10.14

Gambar kat Hotel Kuda

Lepas ni takde dah la nak jejak tidur sini. Hu hu hu

Hotel memang luas. Kalau dia bagi 3H 2M, dan la kot nak try shuttle free die ke Mines dan KLCC atau pusing tasik ke.

Tengok kepala katil ..Inglish tema nya. Tak lupa lampu kepala kuda. Dinding pulak pasang wall paper ala ala keemasan gitu.



Lampu kepala kuda..Kuda hitam pulak tu. Seram bile tengok time
malam..


Kaki meja ala ala kaki kuda. Nasib kaler putih..Kurang lah seram nya.








Pool view. Siang hari okay la..malam hari gelap gelita..haram tak dipasang nya lampu.


Pemandangan kul 7.30 pagi gitu..Walkaton ke tu?


Jamban nya luas juga. Biasa je ada bath tub seketul. Cermin je la penuh kiri kanan..side mirror pon ade..Seram jugak pandang depan nampak belakang, pandang tepi, nampak depan belakang..Hua hua hua.

Memanjang aku seram ek..Mana lah tak seram..Aku google pasal hotel berhantu, hotel ni pon salah satu nya..Ate hotel lama katakan. Yang lama lama ni banyak lah kisah kisah nya tersendiri.

Sepanjang aku stay kat sini, tak de lah perkara menakutkan jadi. Tapi suasana malam kat sini agak menyeramkan lah.

Lampu nye stok stok malap gitu..Even kat tepi kolam dan garden tu langsung tak dipasang lampu..Lampu kat koridor pon malap..Dah la bilik kami hujung. Aku rasa bilik yang di beri pon khas untuk ahli kelab rasanya. Sapa je saja saja nak cuti masa weekday kan? Towel tu pon bau cam hapak..Selalu bau hapak ni sebab lama tak guna kan?

Tak pa..semua nye telah selamat.

- Posted using my iPhone

Chop D'Stop

Kene pinjam henpon orang baru bulih up pasal tempat makan aku pergi malam kelmarin.

Ni lah tempat nya..


Betui sesangat lah super delicious.

Ada sorang tu claim dia dah kenyang..so order lah sepinggan lamb grillled aje sama cheesy sos. 


Gini baru RM16.00 aje. Ada lamb 3 slices, jagung suku, fries, carrot dan yang ijo tu sayur pe ek..aku lupa.


Ni Sarah punya. RM3 aje.


Ni aku punya..mini mushroom soup. Pon RM 3 aje. 


Sopie diet minum jus aje. Jus mangga. aku punya air tak dan ambik gambo ek..Sedap jugak. Honey lemon ice..kunun nak legakan kahak si kenit la. 
Semua jenis jus RM 3 jugak.

Kalau berkunjung ke bandar Sri Kembangan tu, leh la menyinggah sini. 
Memang boleh kata semua hidangan western mewah dengan cheese nye. 

Tempat ni letaknya kat bazar rakyat PKPS bersebelahan Giant Sri Kembangan. 

Nak lebih tepat lagi call ini orang la. 


21.10.14

Happy Diwali

Lately, semakin banyak masa aku melayan tv.. Memang hobi sejak belum baligh lagi..

Sempat lah layan Panggung Sabtu minggu lepas. Ada filem hindustan si Aamir Khan berlakon. 


Walhal filem ni main masa tahun 2008 lagi. 

Pandai la director pancing orang tengok citer ni. Awal awal tu cam aku pon bolayan sangat..Tengok gitu gitu aje..Earlier cam citer kelakar aje..Tak lama tu start lah adegan ganas ganas. Penceritaan berdasarkan diary tu unik juge..tapi kalau lelaki macho yang tulis diary??  Euuwwww..ntah macho nye bungkus masuk washing machine tak..Biasa la film film bolly, mana nye masuk akal sangat..

Macam baca novel pon ada fefeling nya..Abis, korang tak happy ke dapat boifren kaya gile..CEO gitu. CEO plak fall in love gile b@@i kat ko aje..Siap bagi rumah la. Orang kaya katakan..Yang best tu CEO setia pada yang satu, tak suka berpoya poya.

Yang syok tu, tengok si Aamir Khan ni la. Ingat kan SRK je hade badan sado ..Encik Aamir pon tak kurang juge. Harap badan je lah sado..rupa tu ada nampak kertu jugak la. Compare to SRK dan Salman, idok le ketara tang wajah tu..

Minggu sebelum tu aku tengok Dhoom 3 masa fly ke Langkawi tu hari. Pi balik tengok filem ni. Tapi tak sempat tengok ending..Fly sejam, movie 3 jam..Cam ne tu?


Nih movie tahun lepas. Meletop kat Bollywood sana kata nya. 

Dari Dhoom 1 lagi nampak scence action over tak hengat! Tapi tu lah 1 of resepi filem depa..layan kan aje. Serius macho cam ne pon..tetap hero heroin bergelek sakan menari tarian resepi rahsia turun temurun depa..Part ni senang, aku fwd kan aje kalau tengok lam cd..Kalau kat tv, meleleh air mata kita kan..sebab semua lagu pon siaphade subtitle..

Raya ni, tak tau movie ape main..Main la kisah 3 Idiots tu..Aku tengok tak pernah habis. 

Pape pun, Selamat Memyambut Deepavali dan Selamat Bercuti.



Misi Selesai

Berjaya merealisasikan impian tidur di hotel secara percuma yang bernilai RM780++ semalam! 
Baucer dinner dah selamat di settlekan baru baru ni. 

So, semalam ..aku pon ambik lah cuti sebelah petang. Untuk next day, amik time off aje. Save cuti sikit!

Menurut plan asal nak check in POGH before 3pm, tapi menurut baucer tu, check in 3pm only. Dah hade in b&w tu, harus lah patuh. 

Sebaik tiba di Bandar Tasik Selatan, aku menyinggah dulu menyantap, sementara nak tunggu laki jemput kat LRT Bukit Jalil around 3pm gitu. 

First time la nyinggah sini. Makan kat foodcourt pon kene guna kad ala ala kad prepaid gitu. Macam vasss sangat!!


2.45 pm gitu baru gerak ke PGOH. Check in seperti biasa. Deposit mahal , RM200! Kelasss lah kunun ya! Laki bini golek seround dua dulu sebelum keluar ambik bebudak pulak.


Pool view kata nya..Time ni ujan lebat sangat. Sedap lelapkan mata sambil layan kopi teh.  Camne pon..kene cargas. Nak seludup anak anak plak lepas ni. 

Terpaksa la cilok cilok bawak bebudak sebab free stay tu limit tuk 2 orang aje. Redha dan pasrah aje lah kalau kena tangkap! Huk huk huk.

4.30 pm gitu..gerak ke Shah Alam balik. Pas ngorib baru gerak ke sana semula. Alang alang kami menyinggah di sebuah foodcourt kat Sri Kembangan sana nun..femes dengan western food nya. Apa nama kedai nye ntah la, tak ingat. Sedap pon sedap..Murah tu sudah pasti. Gambo kat hp laki aku plak..Lain kali aku up.

Kul 9pm gitu berjaya la menyeludup kekanak ribena itu. Park kereta kat LG,terus amik lift ke ground floor, floor yang kami stay tu. 

Kalau normal stay, maybe tak eksen cam ni kot.. Bukan luak pon bilik tu duk ramai ramai. Ke saja tahana sebab kami tak sign up vacation club depa kot.. Tak ikhlas tu!


Pagi ni 8.30 am dah check out. Tak de nak tunggu kul 12 lah. Tak tau apa aktiviti nak buat dah. Laki aku je dan berkuak lentang lam swimming pool pepagi hari. Sejuk dengung air tu rasa nya..

Sempat la laki antor sampai ke opis, lalu bersarap dan bawak bebudak jalan jalan kat sekitar mall. Hat ni tak plan pon, sebabtak sure gerai kat lrt Bukit Jalil bukak ke idok, itu lajak terus ke Mid Valley. Mujur jalan tak brapa jem..


Jadi, berjaya sudah misi tidur di hotel secara percuma. 

Tak de la percuma mana, bermodal gak datang sini tempohari. Parking RM6..yang tak ternilai, pastinya tawa dan tangis bebudak tu hari..Hu hu hu. 

- Posted using my iPhone -

19.10.14

Terima Kasih

Terima kasih kepada insan insan pemurah selalu mengimarahkan pantry dengan pelbagai makanan buat alas perut umat umat yang sokmo kelaparan!

Yang ni,1 of the session la.

Kebetulan senior staff kita gegeh nak jugak tangkap gambar time makan..So, apa lagi kan?




Kali ni makan spagetti dan rojak buah Kak Ton.




Seronok makan ramei ramei..
Next day makan nasi campur dengan sambal hitam Pahang..dah tak de photografer nye pulak dah.

- Posted using my iPhone -

Minggu Yang Best!






Anak anak yang sekolah, mak pulak
lebey lebey.

Minggu ni aku bantai berehat je la.

Gila tak penat, non stop tu 2 weekend penuh agenda..2 minggu lepas balik beraya , last weekend plak bertapa kat Langkawi.

Mujur gi Langkawi buat aktiviti yang disukai..Semangat juga nak datang opis buat kerja..

Minggu ni? Wow..best! best!

Best sebab ada orang nak beraya Deepavali..Elok la dia gi bercuti, leh kami raya Deepavali jugak!!

- Posted using my iPhone -

13.10.14

Langkawi 2014 pt II

Bumi Langkawi basah dek hujan di pagi hari kedua kami di sini.

Tunggu hujan seriat baru gerak ke destinasi yang entah tak tau lagi. Ikut stereng kereta je la.

Idaman Suri

Tak jauh jugak dari hotel aku stay tu. Aku tengok lebih banyak pilihan pinggan mangkuk dari di HIG. Banyak jugak aku berkenan, tapi kene sedor lah limit tuk luggage kami sat ni.

Beli jugak lah..Walau tak rasa cam hade keperluan pon. Hihihi..wat kenang kenangan lah kira nya.


Bukan selalu mai sini kan. Aku beli yang mur mur aje tuk pakai hari hari. Segan lah nak tunjuk bukak ape isi nye. Huhuhuhu.

Kompleks HIG

Saje lah nak tengok jalan jalan. Kompleks HIG ni baru je dibuka. Kalau kat sini ala ala GM Klang tu la. Shop lot tu masih belum penuh. Yang kat dalam tu sama je cam outlet HIG yang lain. Ada coklat, pinggan mangkuk, periuk, luggage bag.


Pantai Cenang

Bukan beras je bulih terbakar, orang pon bulih..Mana tak terbakor, tengah hari buta sibuk nak gi pantai. Singgah kejap tengok orang main payung terjun.

Next next next trip..In future nye trip maybe leh stay kat sini pulak ke.

Tapi, sini crowded. Banyak motel motel kecik. Kalau malam, sure bising sebab banyak pub dan tempat makan. Ramai pelancong asing suke la stay sini.

Tengok orang main payung terjun je..2 ekor bebudak tu gedik gedik dah mau mandi!

Oriental Village

17-20 km dari Pantai Cenang. Kat kawasan gunung duduk nye. Gunung Machinchang. Yang menarik kat sini adalah kereta kabel nye. Tapi aku tak naik la sebab bebudak ni semua dah lemau..termasuk aku la dengan mak aku. Pusing pusing je kat sini..sambil main renab.


Budak kecik ni bantai tido dari kul 4 petang sampai 7 malam. Sempat la aku layan drama Mr Arrogant tu sambil susukan dia. Laki bawak bebudak ke HIG lagi. Jalan kaki je..cari coklat lagi. Cari fake ferero. Hu hu hu.

Restoran Wan Thai

Kali ni call dan reserve awal awal. Kebetulan malam tu sejuk dan hujan renyai, sesuai sangat gi sini untuk dinner.



Gigih gi sini sebab kata nya makanan kat sini sedap dan murah. Suatu masa dulu memang murah la. Sesuai dengan nilai duit kita benornye.

Balik makan, sempat lagi ronda ronda pesisiran pantai tepi pekan Kuah tu.

Kejap je lah..balik hotel awal jugak sebab dah mula loya memikir nak packing barang pulak. Kali ni nye trip aku terpack extra 2 pasang baju tuk bebudak & extra 1 pasang baju laki bini.

Tak salah perkiraan aku leh pack satu set cawan tu..caserole pon bulih! Adeh!

Ekceli kenit tu hade selsem dan batuk juge, mujur la sepanjang 2 malam tu tido lena aje..Bior tido atas karpet je kan dak kenit!


In Sya Allah, kalau hade rezki lagi..kita gi plak ikut jalan darat kan.. Banyak sikit leh angkut, cewah!!

- Posted using my iPhone -

12.10.14

Langkawi 2014 pt 1


Rentetan dapat beli flight mur mur dari Malaysia Airlines, maka bermula la pengembaraan ke bumi Langkawi.


Dalam perjalanan ke KLIA airport dari Putrjaya Sentral. Park & ride je kat sana. Murah lagi la dari aku amik taxi atau park kat area Airport. 

Bebudak syiok sangat tuh..Naik ketapi kata nya. 

3 jam sebelum terbang, dah tiba kat airport. Si Kenit lah tak nyabor. Mujur tak de menangis. Jalan lah dia suka ati dia. 

Dalam flight

Sopie penakut. Keras kejung duk dalam flight. Sarah je berani. Atuk pon penakut. Lagi lagi bila tengok kat bawah. Awan pon kat bawah kata Mak aku. 


Masa take off tu Kenit duk cangak cangak lom mau tido lagi. Pehtu bising suruh tanggal kan seat belt dia. 


Akhirnya tengok lah ..sampai tertidor. Nak landing tu lah tahana sikit. Berasa cam pekak kejap. Sibuk nak landing tu la Kenit terbangun. Nasib tak nangis.  

Pulau Langkawi

Perjalanan lebih kurang sejam la. Sopie okay je..ujung ujung tu yang eksaited sangat tu komplen pening. Si Sarah la. Itu pon degil tak mo pakai seat belt jugak.

Sampai kat Langkawi Airport dalam 2.08 gitu..baru lepas ujan. 


Baru cari keta sewa kat agen dalam airport tu. Dapat la sewa viva auto RM 120 untuk lebih kurang 48 jam kat sini. 

Settle makan dan check in lebih kurang kul 3. 

Check in di Bayview Hotel area Kuah ni. Kedai Haji Ismail Group dan duty free lain memang tak jauh dah dari sini. Jalan kaki pon sampai..konpem tiak tak peluh.

Haji Ismail Group Duty Free

Anak anak, laki aku bawak ronda keliling coklat area. So aku sorang jer la cuci mata kawasan kawasan "pecah" tu. Mak aku sibuk dengan kain batik nye.

Nak tambah koleksen Corelle, tak de koleksen plak. Visions ka Luminarc ka..cam kureng jugak la. Apa ada pada pinggan gitu soal hati ku. Ada berkenan kat 1-2 items. Tunggu je dulu nanti nak gi Idaman Suri dulu. 

Lastly beli sudu je. Sebab sudu je mur mur. Segala sudip la senduk nasi, tak terbeli. Sebab depa tu berat belaka. Hat membayor pon dah bagi warning! 

Coklat pon dah beli sikit sikit. Tak de fefelin survey sangat. Kalau bujangers tak pa jugak nak survey sana sini. Coklat pon beli hat biasa makan lah untuk sdn bhd makan dan jajan tuk bagi orang. 

Langkawi Saga

Opposite HIG ni. Masuk jugak saja saja tuk cuci mata. Ada section pinggan mangkuk dan coklat. Lebih kurang je price coklat kat sini dengan HIG. Then, nampak 1 section tu jual luggage, beg dan tshirt Langkawi. Mur mur jugak lah.

Dataran Lang

Kul 6 petang baru gerak ke sini. Sebelah je dengan Jetty Point. Helang yang hidup tak de la.. Helang yang ni ado!

Seround dua wefie dulu..huhuhuhu. Bebenor dak kenit takut tengok helang batu ni. Duk pekup muka je..

Aktiviti malam

Gerak cari makan delay.. Sebab tunggu agen kereta sewa tu antar kereta replacement. Viva nye road tax mampus 1 hb tadi. Dia pon tak pasan kata nya. Laki pon pasan masa park kat Dataran Lang tadi. 

Ingat kan dapat viva lagi. Dia bagi Naza Rio pulak dah. Kuat minyak laki aku kabor. Harapkan auto je la. Luas lebih kurang je dengan viva. 

Try ke Restoran Wan Thai. Google map bagi location salah. Sampai je tempat yang betul..Dah nak tutup kedai. Kene reserve dulu la senang citer. Weekend gini ramai customer dia. 

So makan lah kat kedai thai tepi jalan. 

Banyak kedai..tapi pilih tempat yang ada orang la. Yang kami gi ni macam ramai orang jugak, walau kedai nya cam warung Kak Wok aje. Tak silap nama kedai tu Rasa Sayang. 

Kul 10 lebih balik hotel, nampak la ada deretan pasar malam kat tepi hotel ni. Ada jual makanan dan pakaian. Lum sempat nak tinjau secara mendalam.

Hari ke 2 

Lom tau lagi la apa aktiviti hari ini. Tapi aku pesan kat laki, bawak gi Idaman Suri ek. Wakakakaka. Cuci mata jeee..

7.10.14

Raya Haji Tahun Ni

Tahun ni dapat balik la.

Ada masa balik ke kampung dan cukup masa tuk travel balik sini demi meraikan lembu lembu nak di korban kan.


Antara gambar gambar liputan dari kawasan menyembelih.


2 ekor lembu tumbang. Khas untuk ahli ahli keluarga sharing qurban dan aqiqah.


Menu paling best di musim musim hujan gini. Pekena plak dengan sambal belacan..memang tak toleh kiri kanan eh!


- Posted using my iPhone -

2.10.14

Amir dan Kiah Pergi ke KL

Amir mana lah tu..Amir Khan lah kot. Ala ala Amir Khan tu melambak je jual tudung la, kain la kat Jalan TAR. Huhuhu.

Nasib baik tak hujan. Lega..sebab lately banyak banjir kilat sebab hujan lebat kebelakangan ini.

Tapi this round banyak test kebolehan menawar harga je lah, pegang letak pegang letak, lastly letak balik aje. Huhuhu.

Baru opening bulan October kot. Ni nak balik kampung nak beraya plak. Pehtu nak ke Langkawi plak. Semua nya bulan ni. Kalau leh nampak masa depan, leh la hold kan bajet shopping last month..tapi, tak nampak masa depan kan?

Tu yang approve pengurangan subsidi petrol tu agaknye tak nampak masa depan ek..


Hihihihi sengal betul!

- Posted using my iPhone -