Stalkers


Yang kesah

12.10.14

Langkawi 2014 pt 1


Rentetan dapat beli flight mur mur dari Malaysia Airlines, maka bermula la pengembaraan ke bumi Langkawi.


Dalam perjalanan ke KLIA airport dari Putrjaya Sentral. Park & ride je kat sana. Murah lagi la dari aku amik taxi atau park kat area Airport. 

Bebudak syiok sangat tuh..Naik ketapi kata nya. 

3 jam sebelum terbang, dah tiba kat airport. Si Kenit lah tak nyabor. Mujur tak de menangis. Jalan lah dia suka ati dia. 

Dalam flight

Sopie penakut. Keras kejung duk dalam flight. Sarah je berani. Atuk pon penakut. Lagi lagi bila tengok kat bawah. Awan pon kat bawah kata Mak aku. 


Masa take off tu Kenit duk cangak cangak lom mau tido lagi. Pehtu bising suruh tanggal kan seat belt dia. 


Akhirnya tengok lah ..sampai tertidor. Nak landing tu lah tahana sikit. Berasa cam pekak kejap. Sibuk nak landing tu la Kenit terbangun. Nasib tak nangis.  

Pulau Langkawi

Perjalanan lebih kurang sejam la. Sopie okay je..ujung ujung tu yang eksaited sangat tu komplen pening. Si Sarah la. Itu pon degil tak mo pakai seat belt jugak.

Sampai kat Langkawi Airport dalam 2.08 gitu..baru lepas ujan. 


Baru cari keta sewa kat agen dalam airport tu. Dapat la sewa viva auto RM 120 untuk lebih kurang 48 jam kat sini. 

Settle makan dan check in lebih kurang kul 3. 

Check in di Bayview Hotel area Kuah ni. Kedai Haji Ismail Group dan duty free lain memang tak jauh dah dari sini. Jalan kaki pon sampai..konpem tiak tak peluh.

Haji Ismail Group Duty Free

Anak anak, laki aku bawak ronda keliling coklat area. So aku sorang jer la cuci mata kawasan kawasan "pecah" tu. Mak aku sibuk dengan kain batik nye.

Nak tambah koleksen Corelle, tak de koleksen plak. Visions ka Luminarc ka..cam kureng jugak la. Apa ada pada pinggan gitu soal hati ku. Ada berkenan kat 1-2 items. Tunggu je dulu nanti nak gi Idaman Suri dulu. 

Lastly beli sudu je. Sebab sudu je mur mur. Segala sudip la senduk nasi, tak terbeli. Sebab depa tu berat belaka. Hat membayor pon dah bagi warning! 

Coklat pon dah beli sikit sikit. Tak de fefelin survey sangat. Kalau bujangers tak pa jugak nak survey sana sini. Coklat pon beli hat biasa makan lah untuk sdn bhd makan dan jajan tuk bagi orang. 

Langkawi Saga

Opposite HIG ni. Masuk jugak saja saja tuk cuci mata. Ada section pinggan mangkuk dan coklat. Lebih kurang je price coklat kat sini dengan HIG. Then, nampak 1 section tu jual luggage, beg dan tshirt Langkawi. Mur mur jugak lah.

Dataran Lang

Kul 6 petang baru gerak ke sini. Sebelah je dengan Jetty Point. Helang yang hidup tak de la.. Helang yang ni ado!

Seround dua wefie dulu..huhuhuhu. Bebenor dak kenit takut tengok helang batu ni. Duk pekup muka je..

Aktiviti malam

Gerak cari makan delay.. Sebab tunggu agen kereta sewa tu antar kereta replacement. Viva nye road tax mampus 1 hb tadi. Dia pon tak pasan kata nya. Laki pon pasan masa park kat Dataran Lang tadi. 

Ingat kan dapat viva lagi. Dia bagi Naza Rio pulak dah. Kuat minyak laki aku kabor. Harapkan auto je la. Luas lebih kurang je dengan viva. 

Try ke Restoran Wan Thai. Google map bagi location salah. Sampai je tempat yang betul..Dah nak tutup kedai. Kene reserve dulu la senang citer. Weekend gini ramai customer dia. 

So makan lah kat kedai thai tepi jalan. 

Banyak kedai..tapi pilih tempat yang ada orang la. Yang kami gi ni macam ramai orang jugak, walau kedai nya cam warung Kak Wok aje. Tak silap nama kedai tu Rasa Sayang. 

Kul 10 lebih balik hotel, nampak la ada deretan pasar malam kat tepi hotel ni. Ada jual makanan dan pakaian. Lum sempat nak tinjau secara mendalam.

Hari ke 2 

Lom tau lagi la apa aktiviti hari ini. Tapi aku pesan kat laki, bawak gi Idaman Suri ek. Wakakakaka. Cuci mata jeee..

Tiada ulasan: