Stalkers


Yang kesah

31.7.13

Buka Pose Kompeni II

Buka pose lagi tapi kompeni en dol yang organize. FOC gitu, harus lah gagah angkut anak beranak 3 generasi pergi. Kata memenuhi undangan kannn..

Sempat lah balik umah dulu, mandi dan kolek anak anak serta bonda dalam kul 5.30 tadi.

Last year pegi PICC ni masa duk pregnant kenit 8 bulan rasanye..steady jer la makan. Tanpa was was dan gangguan.

Kali ni kenit 9 bulan tapi kat luar perut la. Alahai kenit, meragam juge sedikit, ngantuk. Tapi tu la, syiok sangat nengok orang, mata tu tak mo katup.

Tahun ni punya price. Naik rm10. menu sama, pengurangan menu pon ade. Pehh ..alert gitu.


Sebab nye mencari sup dan bubur untuk bebudak ni, this year tak de lah pulak.

Sebab sampai awal, sempat la site visit menu menu dulu.

Last year banyak jenis nasi..tahun ni mandhi aje ada, yang bersiram ke hujan panas nan hadoo..




Pencuci mulut. Kuih muih melayu baek aje menjulur dari tudung mak aji.


Macam mutiara gitu..walhal puding roti campur kastad dan whip cream.


Semangat mau posing sebelah roasted kambin..dengan senyum kambin.


Anak beranak aku aje konker 1 meja..hehehe. Separuh meja tu makanan kitorang.


Pukul 9 baru angkat kaki. Lekit lekit biji mata yer, menahan ngantuk. Kenit pon terus terkulai sebaik mendapat susu omak beliau yang penuh krim dan lemak itu...


- Posted using my iPhone -

29.7.13

Hari Mengemas

Baru rasa nak sihat, dah di bawak bawak badan mengemas. Cewah..poyo di sini.

Ahad kelmarin. Mengemas umah THM. Tak sengaja ke sini. Dah ada orang antar barang.


Boss Sopie sedang bersantap..tak pose tu,belasah fries dengan mek sarah.

Hari ni bawak kenit gi klinik untuk monthly check up, bulan ke 9. Maknanye kenit sudah berusia 9 bulan 1 minggu. Maknanya juga aku cuti lagi hari ni.



Kenit ni macam sakit mata la. Semalam badan panas sikit, kezutan budaya kot bawak gi jenjalan semalam.

Sian kenit, aku jarang bawak kenit keluar sebab aku pon jarang keluar time weekend.

Kalau bebudak dengan apak mereka mengukur Giant ke, Tesco atau K4, omak dan adik mereka duk menyusun bantal kat umah. Penangan kerja kat shopping mall lah ni. Sampai tak lalu mau kuar berjalan.

Tapi next weekend satu family mau kuar jalan lah..mau shopping raya!

Oh my...esok dah gaji!!!

- Posted using my iPhone -

21.7.13

Bukak Pose Kompeni

Zam Zam ..alla Kazam..

Gagah naik tikar terbang cam Laksamana Do Re Mi ke Restoran Arabic Zam Zam Seksyen 9. Landmark nye belakang Plaza Masalam dan Plaza Shah Alam, berhampiran Mc D.

Pak Keris belanje, siap belanje tengok bola kat stadium lagi. Harimau bertemu Chelsea.



Mak Mayra ceria menayang tiket. Wakaka, ni jer la modal kami dengan tiket bola. Nak pi tak mampu katakan..ibu mithali katakan memasing..

Takat berbuka ni boleh gagah lagi mai, tang pi stadium tu, tak mampu lah dik non.

Tahun ni memang murah rezeki, khamis lepas kompeni organize berbuka kat restoran milik mak tiri kami. Harus lah weekday buatnye, kat Bangsar pulak tu. Tak termampu lah kami memenuhi undangan.

Mudah mudahan berterusan lah rezeki kami. Aminnn.




- Posted using my iPhone

Iftar Potluck

Petang sabtu kelmarin, berwonder pets lah aku, kakak ipar dan anak buah menjayakan potluck berbuka puasa.

Sebagai tuan rumah, yang berat berat tang kami lah.




Berpeluh lah ketua rumah memBBQ lamb,sosej dan burger. Fefeelin lah tu mau ala ala burger bakor.

Aku masak nasi briyani segera aku jer la. Buat coselow dan sos blackpepper. Kakak ipar bawak laksa. Anak buah bawak spagetti bolognese.

Bercelaru juge hormon lam perut tu. Kejap western, kejap ala kampung..kesudahannye, mau melawat bilik kecik aje.Tapi alhamdulillah tak de lah pulak..melingkar cam ular ada lah.

Niat di hati mau pasang pelita kat tepi umah. Hehehe, kang terkezut pulak neber neber aku. Belum 2 minggu puasa, mau pasang pelita pulak dah.




Dah banyak jenis makanan, tak termakan pulak. Tapi apa susah, tukar tukar juadah lah sebelum balik. Jadi, bersahur lah aku pagi tadi dengan laksa dan nasi briyani. Pehh gitu..

15.7.13

Projek Mengecat

Dengan kudrat ala ala aje, aku angkat lah berus cat mengecat dinding umah aku yang kaya dengan khazanah kreativiti art attack anak aku 2 orang itu.



Susah juge nak ilangkan kaler oren tu.

Cornice putih, dinding putih...macam pelik juga..Abaikan lah, tak larat aku nak menacap dengan lebih lanjut lagi!



Ada sikit lagi nak kene tacap. Fuhhh, pospon ke next weekend lah gayanya.

Mata pon dah sendu ni...



- Posted using my iPhone -

9.7.13

Picisan Posa Bermula

Ramadhon datang lagi..

Nah, tahun ini besau cabarannya.

Sedia maklum haku bekerja di KL, umah nun di sinun, nak kata Klang, poskod umah Sah Alam, nak kata Sah Alam, sempadan dengan Klang.

The good thing yang telah menjengah di kala Ramadhon mau menjelma is..kompeni bagi balik awal.

Awal tak awal noks, masuk kul 9 pagi cam besa, rehat setengah jam, balik kul 4.

Apo nak dikato kann?? Perkenan dari Ayah tiri tu. Makan hati lah sorang makhluk tu, celah mana mau caras kan? Kicik kicik sudah tunjuk langsi, duduk elok elok tengok pici lorr..

Terhengat kenangan 2 tahun nan lalu. "Sapa mau balik awal, pukul 4, hantar surat resign!!"

Kontroversi sungguh!!

Yang lepas biar lah lepas yer. Kita harungi apa yang ada sekarang ni.

Yang pasti episod tahpau sudah bermula..untuk sahur karang lah.

Hari ni tapau sup ayam. Kang tambah la telo/ayam/ikan goreng. Makan dengan nasik. Carik gak telor asin tadi, tak de plak.

Tapi aku sampai rumah, nampak Mak tengah panaskan ayam masak merah request by adik laki aku.

Sahur kang, gayanya ayam ayam lah menunye yer.

p/s : Selamat bersahur semua.

- Posted using my iPhone -

8.7.13

Ramadhon Ya Kareeem

Kalau tak de aral, hari rabu lah yer pesday berpuasa.

Aku belek belek gak kalendar 28 ari aku tu, aiseymenn! macam, macam..

Kalau ditakdir aku tak leh pose la awal awal ni, aku dengan semangat ni nak angkat berus dengan tin cat. Tangga dah beli katakan..



Kot nak lain dari orang, sampai ke bumbung aku leh cat.

Wakaka, poyo di situ yer!

P/s : Semoga Ramadhon tahun ni lebih baik dr Ramadhon yg lepas.

- Posted using my iPhone -

2.7.13

Makan Pree

Bila da makan dengan sewajarnya , baru lah semangat nak update blog kan.

Tetibe plak Kak Ros(bukan nama sebenar) offer diri mau belanje kami makan. Entah apa motif, visi, niat atau pon misi beliau..kami pasrah, redha dan sepenuh jiwa memberi komitmen kepada offer beliau ini.

Makan pree sapa tak mo kan??

Sekali lagi menerjah Boulevard Hotel. Buffet kat Restoran Wild Rice. Menurut asst Masterji, sekepala rm40++. Kata ada less 20% sebab sebelum ni kami booked ballroom depa tuk egm.

Btw, hado ku kesah akan harganya, memandangkan boss yang mau belanje.




Lepas belasah fruits, lamb chop & salad, ni lah menu aku belasah. Baru lah bertenaga mau angkat henpon tangkap gambo yer.




Mak Mayra... napa pinggan kosong je noqs?? Dont diet, lets eat till die. Hehehe.




Awek Kelantan dan Kak Ton. Takkan dah kenyang kot...




Jejaka dan Mak Dara. Kira komisen ke tu Mak Dara?? Citer komisen letup letup, suruh belanje kang mau pecut 100m kot nanti..




Penutup untuk isi perut aku. Bak kata Qi,rasanya memang sedap, manis manis, lemak lemak gitu.

Kitorang start makan 12.30 sampai pukul 2 . Memang ada banyak dishes juga tapi tak sempat nak rasa, even tak variety, konpem lain dari makanan food court.

Well, di kesempatan ini aku mau perkenalkan boss baru aku. Kak Ana (bukan nama sebenar) namanya.




Gambo curik katakan. Ambik dari sisi jer la. Kak Ana baru join semalam.

Tak de dah la kebebasan nan hakiki lagi.
Sebab tu last week menyetan sikit.

Sesuka ati ambik cuti EL pergi melayan movie.



Jumaat - perut : please get ready!! Fefeeelin gitu..kita tengok sapa yang kena..

- Posted using my iPhone -