Stalkers


Yang kesah

29.4.13

Si Kenit

Si kenit ni dah ku masukkan dalam walker..senang sikit Tok Mak semayang. Kalau di baringkan, kang separuh jalan meniarap dah jerit jerit pulak. Masuk walker, boleh kakak kakak tengokkan dia.


Si Kenit dah start makan, selalu rendamkan biskut marie dengan susu, bagi sikit2 aje. Episod pengenalan..kalau rajin, buat bubur nasi.

Tadi berat si kenit naik dengan jayanya..6.7kg - 6 bulan. Syukran lah, berat si kenit sentiasa naik, kalau turun naik, turun naik, x sanggup lah aku nak berulang ke klinik selalu macam Sopie dulu.


Kakak 2 orang ni boleh harap jugak lah kalau disuruh ambikkan kan barang ke. Paling rajin, Sarah lah kalau kene time dia
rajin..kalau malas, memang tertiarap ...

- Posted using my iPhone

Location:Jalan Bukit Naga,Klang,Malaysia

28.4.13

Usus Memberat









Walhal kenyang nye amatttt, nak jugak
membelasah. Dasar ular sawa gitu..

Ni berjimba di hari Jumaat lalu sambil menikmati kesedapan muffin coklat walnut..sedap sangat sebab ia bercoklat. Ada walnut lagi.

Beli dari Mister Donats. Donat dia kureng skit la sebab nampak kering aje donat nye. Tapi, try beli muffin dia. Seketul rm2.40, beli 6 baru rm12. Macam hade syer pulak mempromote bagai.

Coklat punya pasal, belasah makan sampai abis..Hehehe, terasa sangat kesannya. Kurang aktif membawak badan mengejar tren petang hari nya.

Ha..makan banyak sangat sampai usus pon dah berat!

- Posted using my iPhone -

Urusan Isnin

2 hari ni cuaca tak menentu yer, kejap panas, lepas tu tak lama hujan..

Kain baju pakai seminggu last week, basuh pon x kering..hai laa, ditambah pulak ada budak kecik tu, kencing malam tadi..sape lagi, si Sarah la.

Kebanyakan malam dia tak kencing, tapi kalau pulun susu bergelen gelen, mahunya tak kencing kan!

Letih pulak dengan urusan kain baju ni. Mujur esok aku cuti..tapi lupa plak dah nak apply.

Plan untuk esok, still kene bangun awal sebab nak bawak Auni inject 6 bulan kat KK esok. Pastu, nak register Sopie untuk SRA.

Ape lagi urusan? Iron Man 3??


- Posted using my iPhone -

26.4.13

Nak makan ape ek?

Ape nak buat ini kali lunch? 2 jam ni..kalau layan Iron Man 3 lepas ni. Ada show 12.30 pm ni hari. Nasib lah belum gaji, mahu beringat skit..

Hari ni planning nye lunch mau hunting for nasi lemak dulu. Ada mak mak dara mengidam nih. Tak tahu ada ke kat foodcourt bajet ni.

Aku biasa lah, mesti mahu carik nasi jugak, tak kisah lah campur ke yang goreng goreng. Jauh wei perjalanan balik nanti. So bekalan tenaga mesti maksima.




Mi goreng mamak full polisterin baru pat hengget. Ok lah tu kan. Tapi tak craving sangat..mau nasi campo jugak!

Itinery today, mencari makanan dulu, baru memburu makanan tambahan , hehehe ..sample chis kek di kedai roti yo!

- Posted using my iPhone -

25.4.13

Ha Ha He He He Ha Ha

Teh tarik plus nescaffe mocca = mata tak mo katup!

Senduu...mujur si kenit tak kembung.

Btw, comei dok kak ton??




Kalau tingin, donlod app Perfect 365 kat henpon semat korang tu. FOC lagi.




Mek Sarah berlens zamrud pulak.

- Posted using my iPhone -

22.4.13

Penantian Itu Memeritkan

Ia seperti menunggu bukaan serviks dari 4cm ke 12cm. Hehehe.

Ni tadi menunggu kakak ipo aku balik dari umrah. As per info sis lagi sorang diorang sampai pukul 2, tapi kami ni riso tak sempat jumpe kan, so pergi awal sebaik abes brunch.

Naik ERL dari Salak Tinggi ke KLIA. Jam tak de, parking free, kos pon murah. Sehala baru RM3.20 untuk seorang.

Pukul 1.15 ptg sampai KLIA. Tunggu..menunggu dan tertunggu..

3.45 baru depa tiba walhal flight landed kul 2.04 ptg. Tunggu luggage punya pasal la lambat diorang ni keluar. Biase lah balik umrah, banyak barang bawak balik.



Habis lelemak dari brunch nasi ayam penyet diperah keluar dek kerna berdiri dekat 2 jam gitu. Hahaha.

Aku kira latih tubi tambahan sebab hari hari berdiri dalam train!

Apa pon, Alhamdulillah diorang selamat pergi dan selamat tiba.

Aduh, mata macam cari pasal plak tetiba tak mengantuk.

Esok pagi plak mahu jumpa inspektor.

p/s : Boss memang macam tu kan, suka membebankan kulikutif.

- Posted using my iPhone -

Suatu Hari di Hari Isnin

Aku ni tengah melengung kat KLIA ni, menunggu flight ahkak ipor balik umrah.

Sebelum ke sini, neman en dol brunch kat area Putrajaya ni. Aku pon tak tahu ape ke nama tempat ni. Mem duk sebelah je kan.



Awal pagi tadi, kami ke Sg Merab Luar menjiarah arwah adik Muhd, anak ex opismate aku. Adik Muhd @ Nabil Zakwan meninggal sebab demam panas. Kebetulan dia ada masalah jantung juga. Arwah baru je sambut ulang tahun ke 2 pada jumaat lepas. Kembali ke rahmatullah pada 2.54 pagi tadi.

Tak tahu nak express perasaan macam mana. Budak kecik kan. Macam anak sendiri. Aku sempat juga cium arwah dan mengiringi ke tanah kubur. Al Fatihah untuk arwah.




- Posted using my iPhone -

20.4.13

Hari Berehat

Lega, hari ni masih Sabtu.

Siang tadi apa buat?

Kakak ipar datang terjah tadi, anak dia rindu nak main dengan bebudak 2 orang ni.

Kalau lepas ni dah bleh stay kat umah baru every weekend, lagi meriah bebudak ni bermain sebab playground sangat dekat dengan rumah.



Tu, depan rumah je.

Hehehe, sempat mencelah passing kain ela suruh dia jahitkan. 2 pasang kaftan dan sepasang baju kurung untuk Auni. Sampai 3, celah mana tu nak pakai dek si kenit itu??

En Dol pulak masih macam 2 minggu lepas, bekerja di hujung minggu. Kejor due date katakan.

Fefeeling nak buat kek bolang ni hari.
Sayangnya, tak celah tangan plak nak buat, sibuk mendobi dan melayan bebudak bertiga ini. Pospon lah ke hari esok gayanya. Kok jika rajin..

Esok nak masak apa lagi yer? Esok eniberseri kahwin ke tujuh kami. Dah tua tua cam ni, lelah jugak nak angkut anak anak sekali keluar join kami. Lagi pulak partner ku bizi bekerja.

Erm...jom! cari resepi. Lets google..

- Posted using my iPhone -

Location:Jalan Sri Gambut,Klang,Malaysia

18.4.13

Novel lagi..

Lama jugak aku tak beli novel. Last aku beli novel Sehangat Asmara 2-3 bulan yang lepas. Stop kejap beli belah novel sebab sibuk nak sopping harta benda untuk raya katakan...

Entah macam mana, malam Isnin tu tersurfing pasal novel pulak. Pe lagikan..mula baca online, dah nak ke part klimaks..hah, disuruhnya beli online. Strategi! Strategi!

Masuk opis isnin tu, mengelupur terjah web MPH. Adeh, MPH ada satu branch dalam midvalley katakan. Laju aje ke sana. Memang rezeki aku lah, tinggal satu aje lagi. Itu pon kat rak area cashier.


Serius nye, aku tak pernah tengok pon drama ni. Tertengok iklan aje kat tv. Since terbaca kat blog tu beberapa bab, terus tak dapat menahan keinginan nak membeli nya.

Aku baca baru separuh, dalam duk sorok tu, berjaya jugak neber aku jumpa. So, rounding lah tu novel dari rumah ke rumah jiran jiran aku.

Tak pe lah, aku concentrate dulu baca lagi satu novel, Isteri Separuh Masa. Sepatutnya aku beli SSID je, dah masuk MPH, teruja gilos... Banyak nye novel menarik, tertarik lalu da boom!

Bila datang angin malas bekerja tu, fefeeling pulok nak kojer kat bookstore. Untung untung boleh beli novel murah atau baca novel pree ke. Haduh, sangat tidak berwawasan impian itu.

Aku duk plan nak simpan duit untuk balik kampung dan raya nanti..haduh, sekali yang aku plan tak menjadi kenyataan pulak. Itu aku malas nak berkira kira sangat bab duit ni, dah tak pasal pasal aku beli benda tak berapa nak penting! Tapi, ada bagus jugak lah, ni rasa macam kurang selera pulak nak makan sebab fulus dah air pasang surut lohh.

In Sha Allah, next week aku nak start ganti posa ni. Mampukahh??

Senduuu..


- Posted using BlogPress from my iPad

17.4.13

Dalam Jel Ada Taman

Kalau Michael Ang buat Dalam Hati Ada Taman, encik bhai pulak buat, dalam penjara ada taman.

Design si Yap Ah Loy pilihkan bersesuaian dengan bajet. Nak harga ala ala makanya mendapat lah begini.












Lepas ni electric man bleh ar pasangkan lampu dan kipas.


- Posted using my iPhone -

Resepi Baru

Layan jer la..25% punya pasal.
Kesahnya ala korean..spicy crunch korean.




Sangat lah lapor semalam..paparazi mana ni ambik gambo?




- Posted using my iPhone -

14.4.13

Di hujung minggu

Cuba fefeeling esok Ahad, argh 2-3 saat je mampu, sebab hakikat nye hari ni dah Ahad.

Lepas zohor tadi gi makan kenduri kat umah Haji Maskor, pengurus Pasti Bukit Naga.

Bebudak 2 orang ni aje dibawak. Auni sedang membuta. Memasing semangat nak bertudung.


Lepas kenduri, terus ke umah kakak ipar kat Jalan Kebun, anto kain ela baju raya bebudak untuk dijahit. 2 pasang memasing.

Lepas lepak layan Raja Lawak 7 versi ulangan, baru lah terjah ke Taman Hijjaz Mulia. Tak lah eksaited memandangkan Mr Padiapa kata kansel nak pasang gril semalam, nak pasang hari Selasa ni pulak. Cam sengal gitu. Ko delay delay ye Pa! Sungguh memvencikan..

Mujur lah, mujur lah table top Cik Mat menjadi penyelamat..sejuk sikit ati menengok.



Sebabnya dah siap pon kabinet nye. Dah dipasang table top nye itu. Ada sikit lagi benda request dengan dia, so lepas ni selamat lah nak membayo.

Rumah aku ni tak de lah nak di dekorasi fefeeling nak masuk majalah ke hape kan, setakat yang sedap di poket dan di mata kami jer la.

Settle buat yang wajib untuk umah ni, nak menchantekkan pulak umah sekarang ni! Dari bayor 10% nak beli double storey itu, elok renovate umah sekarang yer en dol??

In Sha Allah, kok ada rejekinya..Aminnn.

Ni tatau pukul berapa mau lelap, terminum air tahan mengantuk plak tadi..

- Posted using my iPhone -

10.4.13

Terapi Diri

Aku tak plan nak ambik cuti sebenarnya, tetibe disuruh bercuti pulak oleh en dol.

Di suruh meneman menengok wayang gitu. Terapi diri setelah bekerja 7 hari seminggu minggu lepas.

Takkan tanak teman kan kan? Aktiviti berjimba harus lah aku sepenuh hati memberi komitmen gitu.

Nak ke jalan tar tu, jauh sangat pulak, sebab en dol dalam mode standby, mana tahu kene turun kerja kat Putrajaya tu, tak ke naya bini nak balik umah susah.

So, pegi dating dekat dekat aje. Gi Summit Subang USJ nak redeem 2 tiket wayang pree kekononnya. Sekali, masa beli 2 tiket kena caj rm14 aje sebab, hari ni hari Rabu, separuh harga aje.

Tiket pree simpan dulu,kot lepas ni pergi hari jumaat ke, x de less hari tu. Yang murah kita bayo, yang mahal baru redeem tiket nye.

Sejam sebelum wayang start layan dulu aktiviti jalan jalan cuci mata kat Mr DIY.




Kedai jual barangan dari China. Belikan stationery kit untuk bebudak 2 orang itu. Sejam duk sini, layan karenah mata je la..

Layan GI Joe Labu tadi. Filem aksi. Layan jugak lah ini film sebab ada muka muka pelakon aku besa tengok macam si The Rock, Bruce Willis dan Lee Byung Hun si Korean itu.




Habis wayang, trus blah. Tapi sebelum sampai umah, menyinggah dulu kedai mi kari Bukit Naga dekat area masjid tu.
Ala ala melepas gian gitu nak pekena kari nya. Aku punya pilihan biasa la, kuew teow kari dengan cendol. En dol plak mi kari dengan ABC.




Lama tak datang sini. Harga pon dah naik.
Bihun/mi sup/kari rm3.50.
Kuew teow sup/kari,soto,laksa rm3.30.




Slurpppp! Yummeh!
Okay...good nite, sleep tight. Esok mahu kerja aa,

- Posted using my iPhone -

3.4.13

Cip in da hauz

Dulu ada cip e o, last isnin ada cip f o pulak baru join our company.

Seperti biasa kami akan buat satu event welcoming new staff. Peh, seperti biase gitu...walhal baru 2nd time aje..


Gambar ehsan dari ahkak PA.

Buat tea break aje. Menu petang tu adalah mi goreng mamak, keripop wajib ade,dolle banana & croissant bajet (kosong, x de inti kat dalam).

Soon, Cip O O akan join. Cip xoxo ada tak? Sengal pulak..

Pastu department aku pon yang sumber slumber akan ada bos baru. Hoye!!! Saya suka! Saya suka! Saya rindu nak ada bos balik. :)

Semoga yang terbest untuk company aku ni. Harap kita dapat bersimbiosis dengan berjaya.


- Posted using my iPhone -

1.4.13

Monday blues

Wahahaha, Auni sempat nunjuk muka monday blues nya. Sebab ape??


Sebab hari ni kena g klinik kesihatan, ditimbang dan dicucuk untuk umo 5 bulan.

7.30 aku terjah klinik, dapat lah no 5. Dalam 8.40 gitu dah balik. Kalau opis dekat, koman koman aku ambik half day je hari ni.

Tak per la, bulan baru..pakai jer la cuti yang ada.


Tata.

- Posted using my iPhone -