Di suruh meneman menengok wayang gitu. Terapi diri setelah bekerja 7 hari seminggu minggu lepas.
Takkan tanak teman kan kan? Aktiviti berjimba harus lah aku sepenuh hati memberi komitmen gitu.
Nak ke jalan tar tu, jauh sangat pulak, sebab en dol dalam mode standby, mana tahu kene turun kerja kat Putrajaya tu, tak ke naya bini nak balik umah susah.
So, pegi dating dekat dekat aje. Gi Summit Subang USJ nak redeem 2 tiket wayang pree kekononnya. Sekali, masa beli 2 tiket kena caj rm14 aje sebab, hari ni hari Rabu, separuh harga aje.
Tiket pree simpan dulu,kot lepas ni pergi hari jumaat ke, x de less hari tu. Yang murah kita bayo, yang mahal baru redeem tiket nye.
Sejam sebelum wayang start layan dulu aktiviti jalan jalan cuci mata kat Mr DIY.
Kedai jual barangan dari China. Belikan stationery kit untuk bebudak 2 orang itu. Sejam duk sini, layan karenah mata je la..
Layan GI Joe Labu tadi. Filem aksi. Layan jugak lah ini film sebab ada muka muka pelakon aku besa tengok macam si The Rock, Bruce Willis dan Lee Byung Hun si Korean itu.
Habis wayang, trus blah. Tapi sebelum sampai umah, menyinggah dulu kedai mi kari Bukit Naga dekat area masjid tu.
Ala ala melepas gian gitu nak pekena kari nya. Aku punya pilihan biasa la, kuew teow kari dengan cendol. En dol plak mi kari dengan ABC.
Lama tak datang sini. Harga pon dah naik.
Bihun/mi sup/kari rm3.50.
Kuew teow sup/kari,soto,laksa rm3.30.
Slurpppp! Yummeh!
Okay...good nite, sleep tight. Esok mahu kerja aa,
- Posted using my iPhone -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan