Stalkers


Yang kesah

25.3.13

Broken Vow

Penangan duk umah, dah tertengok tibi pulak. Best jugak citer ni. Duk hangat ke udara di tibi 3. Pukul 3 petang.

Baru tengok 1 episod, dah fefeeling best ek?


Drama ni kisahkan percintaan 2 darjat antara hero nama Roberto (yg berjambang itu ala TMJ, pulakkk) dengan Melisa (berkemban).

Bercintan sakan sampai satu hari Melisa di rogol oleh orang tak di kenali sewaktu balik dari koje. Dah dipekena dadah, terus tak sedor diri.

Nak menjadi citer, punya lah sayang jugak si Roberto yang kaya ni, Roberto sanggup jugak berjanji nak menikah dengan si Melisa ni biarpun Melisa nih dah kene rogol.

Tragis, masa hari nak menikah, Melisa disahkan mengandung. Anak si perogol tu lah. Roberto pon reject si Melisa time ni.

Patah lah hati Melisa sampai nak bunuh diri, sekali mai Felix the Cat, eh..Felix Rastro menyelamatkan sekaligus mengahwini Melisa.

Macam aku follow citer ni dari awal. Walhal sinopsis kat wiki aje. Ahaha.

Hensem kan Felix??? Tapi comey lagi Kak Ton!!



Episod yang aku tonton hari ni, si Roberto duk suka balik kat Melisa walau Roberto pon dah menikah dengan orang lain. Si suami Melisa, Felix pulak kene ugut dengan Brian.

Rupanya si Felix ni lah dalang kepada penculikan si Melisa dan orang yang telah merogol Melisa. Dalam drama, Melisa tak tahu lah sang suami nya sebenarnya yang buat onar. Kesian..

2-3 episod lagi mahu tu Melisa tahu akan kebenarannya.

Tapi esok dah mau masuk opis daa. Tak leh dah tengok tibi. Sila tengok gaji okay, dah hujung bulan nih!

- Posted using my iPhone -

Tiada ulasan: