Stalkers


Yang kesah

16.3.13

Lapo Perut Hari Jumaat

Lapo perut semalam, pagi sarap dengan maggi goreng singgit. Kuih singgit. Maggi goreng singgit sangat cipot. Saja test beli singgit, nak tengok banyak mana.

Lunch 2 jam..bersungguh makan. Makan kat Aeon Big aka Carrefour. Sini ada open kitchen dengan seat dan meja untuk makan. Nak rasa lain, makan kat meja opposite dapur chef. Nampak live diorang masak. Ada kiosk malay food untuk makanan seperti mee/bihun/kuew teow goreng. Kiosk Korea food serve sushi. Boleh try lah lain kali. Tak de experience pulak makan sushi. Tapi femes, kiosk western food lah. Harga pon berpatutan. Tak de tax & service charge.

Semalam aku dengan Kak Ton aja gi lunch. Yang lain,ada yang duty jaga tepon. Yang cuti cuti Malaysia pon ada. Tak cukup corum lah geng KK sebab Mama Mayra dah meletop hari Khamis tadi. Tahniah, dapat boboi boy. Maka, dah sepasang anak beliau.

Kebulur sangat nih, jadi aku order grilled chicken w sosej, mashed potato dan ice lemon tea. Kak Ton pon order grilled chicken juga, mushroom soup dan ice lemon tea.



Sambil makan, menengok chef duk masak.



Macam tak kerja pulak kalau hari Jumaat, boss pon ghaib tetiba. Memasing buat hal sendiri.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: