Stalkers


Yang kesah

28.1.13

Insta..macam macam

So far, applications tak berbayor dari insta ler ai donlod masuk henpon antaranya instaweather dan instaplace.

Instaweather membuatkan korang tak ubah seperti seorang ahli kaji cuaca. En Dol antaranya yg dah jadi gitu. Baru baru guna jakun sikit...




Siap background wajah Auni yang ngantuk wat modal try apps ni.

Ahkak ahkak tak mo mengalah okay.



Dari apps instaplace pulak.

Nih baru aje tiba dari kampung pukul 6 petang tadi. Fuhh, letih. Tapi mata segar bugar lagi.

Banyak benda voleh vuat. Masalah, tengah BF Auni, so pegang henpon aje boleh. HuHuHu!

Esok suda kerja...VOSANNN!

- Posted using my iPhone -

27.1.13

Kueh Mueh Tradisional


Ubi kayu rebus cicah gula/sambal dan kelapa.




Sopie pon kenal ubi kayu rebus. Macam dalam kartun Pada Zaman Dahulu katanya. Kuat betul pengaruh tibi.




Ni pulak bingka ubi kayu.



Sure naik penimbang, jarum singgah 55 kot.

- Posted using my iPhone -

25.1.13

Balik kampung

Sudah selamat sampai petang semalam. Sampai je kampung, menyinggah umah arwah nenek. Hantar Mak kat sana dulu.




1st day baru sampai. Panas terik ..Sempat bergambo meneman Sarah. Ate nunggu Atok & Tok Tam solat.




2nd day- kecik dan tengah tido kat umah Tok Wan. Sopie plak tanak tido, nunggu apak balik semayang jumaat.
Apak kata nak gi pantai, pantai mana tak tahu la..tali air & parit banyak lah.
- Posted using my iPhone -

21.1.13

Soppin reward




Dari Jaya Jusco. Setiap pembelian RM100 entitle baucar 5 hinggit. Kede kann?? Bagi la 10 hinggit ke..

Last Sabtu, membeli pam susu & baju bebudak pakai baki baucar sebelum ni. Itu yang dapat lah 2 keping baucar balik.

Nih pon ada RM10+RM80 lagi. Yang seploh , yang dalam gambo kena guna by 10/2. Sopping apa lah seploh hinggit yer? Panties bebudak lepas kot! Hihi.

- Posted using my iPhone -

Oni 3 bulan

Kurang sikit ai punya ngantuk. Sempat pejam pejam mata tadi menemankan Oni tido. Pejam pejam pon dekat 2 jam mata terkatup. Hehehe.

Apsal ntah, kalau Isnin aje..sangat blues!



Oni dah 3 bulan hari ni. Bawak amik injection kat KK tadi. Lama tadi mendukung dia, baru perasan dia memang berat. Selalu feeling dia ringan, sebab dukung kejap kejap. Timbang tadi, dah naik 1/2 kg dari bulan lepas. Sekarang berat dia 5.7 kg.



Sarah & en dol yang meneman. Kat luar duduknye.

Itu yang hari ni x masuk kerja. Plan cuti pagi aje. Alang alang, sambung cuti sampai ke petang.

Minggu ni ai kerja 2 hari aje lah nampaknya. Khamis balik kampung. Kebetulan ada 2 PH minggu ini. Lama jugak tak balik kampung , ada 4 bulan kot. Kira 1st time lah Oni pulang ke kampung.

Ate dah coti hari ni, sempat lah mendobi. Panas terik jugak hari ni, tapi petang dah hujan pulak. Tetibe feeling, nasib x gi kerja, kalau tak penat nak angkat payung. Huhuhu 😄


- Posted using my iPhone -

17.1.13

Letih

Subuh sapie ai bangun menyusukan si Auni ni. Si sarah pon terjaga jugak..mengelitis pulak nak susu. Siap drama air mata pulak tu. Episod tak berkesudahan. Meracau ke mengigau .tak tahu lah.

Cergas pulak ai pagi ni. Siap boleh update blog pulak. Ni kejap lagi nak masak air,buang sampah,sidai baju,bersiap nak gi kerja dan siapkan Sopie nak ke tadika.

Minggu lepas, jumaat ai tertutup alarm. Sambung tido kemain. Sudahnya 6.48 baru tersedar. Dah cam lipas kudung bersiap. Auni terus pass to Mak, mujur Mak dah siap awal awal. Tinggal nak siap diri sendiri & Sopie. Kelam kelibut pon, ai rasa paling awal lah tu sampai opis setakat ni..8.38 pagi. Selalu 8.45 lah..9 lah. Kebetulan jalan tak jam. Esp kat area Bukit Jalil tu.

Bekerja tak penat tapi travelling tu rasa buat badan letih. Selalu,lepas mengemas beg sekolah ai dan umah, terus nak tido. Makan pon lupa. Sudahnya hasil tenusu ai merudum. Cuak ai..dah la anakanda dah terer menyusu pakai botol ni.

Ni nak perah susu time malam tak jadi kenyataan lagi. Ate kusyuk tido aje, cam no kann.

Alahai, alarm ai pon da bunyi ni. 5.40 pagi dah bangun. Mahu awet muda ni bangun awal pagi..ekeke

- Posted using my iPhone -

14.1.13

Satu Hari Makan

Wah kenyang Auni ini malam..minum susu ibu pelbagai raser.

Syukur atas nikmat rezeki kurniaan Illahi.

Lunch tadi di RASA UTARA, Midvalley.




Elele..awekelantan dengan menu ape tah.
Panjang betul namanya. Nasi rendang daging rasa utara kot.




Kak Nor lah mengidam nak makan sini, dia order laksa utara.




Nih ai punya menu. Apa ke benda namanya..lupa lah. Lebih kurang yang awekelantan order.



Mak buyong nye order. Tak banyak choice sangat sini.

Next time, ate tunggu gaji lah yer. Nak mengketadarah kat korean restoran pulak. Nak bersuju suju di sana. DuBu DuBu Restoran.

Wow, murah rejeki kami.

Petang nya,kami dilawati oleh ex staffs - Kak Sue & Kak Aishah. Kak Sue bayor hutang lah kannn. 12 ketui untuk kak kiah.



Kemain kan bergosip setengah hari kat miting room bawah. Bosses steady je kat atas. Hehehe.




Dinner kat umah.. Take away si haji samuri. Alang alang lalu Awan Besar. Selera besar gitu.

So dinner dengan satay jer la ini malam..




Semangat lelemak di badan kalau macam ni hari hari. Tak pe, esok..


Makan lah roti balik! Ekeke..kemahin La Boheme namanya.

Murah rezeki lagiiii,tol kesas turun 20 sen. Turun lah 40sen, baru best!!

- Posted using my iPhone -

12.1.13

Hadiah tuk' Auni

Terima kasih untuk officemates yang membelikan hadiah tuk Auni.




Sempat tu organizer mengepow ex boss ku yang selalu fefeeling eric deco deco tu.




Seperti biase, kotak kotak akan menjadi bahan eksperimen mainan mek Sarah.





Fear Factor

Olololo tecik ai kemain macem aja ropanya.


Berita baik, dia dah pandai menyusu dengan botol minggu ni. Dah pandai tu, laju aja stok susu abis.

Ai pulak tertekan nak mengepam lebih susu. Selama ni ai perah dengan tangan aje. Hasil pon tak seberapa meriah.

Ai memang terpikir nak membeli pam letrik ,single pumping pon okay la. Tapi... ai fear factor lah nak keluarkan duit 3-4 ratus, tapi end up ai berenti kerja, duk umah aja.

Tidakkah itu pembaziran? Kot terduduk kat rumah, baik direct feeding aje. Apa ke hei nak memerah bagai kannn.

So, berdebar lah sekarang menghitung hari. Menunggu khabar berita dari pak tiri.

Ai coba menikmati sebaiknya rutin ai lalui sekarang. In sha Allah ia pasti pengalaman yang sangat di ingati.

Mendalam kan maksudnya. Ai nak terjemah kat sini pon susah. Banyak sangat fear factor nya.

Len kali kita story mendalam lagi okay. Ni nak mengemas rumah. Berkecah umah dikerjakan Sarah the builder tadi!

- Posted using my iPhone -

7.1.13

Komuter 1 Malaysia






Merasa lah jugak tempias Bajet 2013 kann.
Nih ai mencoba nak register untuk rebate RM200 smartphone. Sesaja aje register, udah layak sangat la katakan. Umur 21-30 dan berpendapatan kurang RM3K.
Berbalik kepada kisah kad ni, nak memilikinya senang, berpendapatan kurang dari RM3K juga. Isi form online dari web ktm. Print dan submit form kat stesen komuter terpilih beserta salinan IC & bayaran RM1.
Dengan memiliki kad ini, kamu kamu boleh beli tiket separuh harga. Contoh tambang dari bandar tasik selatan ke midvalley, sehala adalah RM1. Tayang aje kad ni,bayar separuh aje RM0.50.
Menjimatkan wang di situ. Ai sukeee..boleh buat beli makanan cedap untuk tea time.
😍
- Posted using my iPhone -

6.1.13

Instagram

Wah, complete pakej fefeeeling retis.

Sejak ai mewarisi epon ni, merasalah jugak nak berinsta.

Terus mengelentong gambo sendu belaka kat insta.




Rupa asal memang gerun ok. Dengan itam manis si indo mie. Telur plak terlebih goreng hingga gering.




Gambo bebudak ni harus lah di salah guna jugak. Kemain pampes Sarah menjolok mata ini. Tengok otromen di subuh sapie.

Last but not least,




Junior dengan bebear.

Ai rasa semat bila di rumah sebab ada wifi - voleh FB,blogging,surfing dan insta sokmo. Tapi kalau kuar dari rumah jadi semotttt, prepaid saja ada. Sob! Sob!

Sapa sapa yang masih muda cam ai (uhuk) 21- 30 tahun, meh lah kita reramai gi website SKMM untuk register rebate sematpon RM200. Eh?!



- Posted using my iPhone -

5.1.13

New gadget in da hauzz

Oh My Inglish kannn! Tetibe tajuk entry keBARAT daya gitu. Tapi, entry mahu dipropa gaya TIMUR leste.




Gadget beli semalam, serupa tempe nih lah sibuk di operate oleh en hubby.Tempe?
Tak sayang tangan tulis macam tu kan.
Kita bagi lah nick name best sikit - epon5. Adik epon5, epon6 bakal di pasaran tengah tahun ni. Dasat si mama epal, beranak aje kerjanya. Senduuu...
Apa yang gemilang, terbilang dan cemerlang off cos lah, epon3 di beri kepada waris terdekat --> ai lah tu sebab dah beranakkan 3 anak. Muahaha!
- Posted using BlogPress from my iPad

4.1.13

Tolong apa dik???


Kesahnya cam ni, petang tadi, elok elok nak daki tangga lepas turun dari train ktm tu, ada lah sorang peminat kejar kejar ai. Ai masa ni kat KTM Klang. Ramai umat international kat sini kann..harus ramai yang mengejar ku.. Auww, fefeeling retis lah pulok!

La hai..lelaki remaja rupanya yang mengejar ai tadi. Persis Aliff Aziz pulak tu. Kelasss gitu..naik saham ai! Tengah duk kendong bag pack bawak susu anak pon, hade remaja terpikat lagi mengejar. Ekekeke!

Puii.. Sila simbah ai dengan air panas!!!!

Budak tu cam blur blur. At first, dia cakap, dia nak mintak tolong dari ai.
Otomatik muka ai tukar serius terkezzut lah kan. Ai baru lompat keluar dari train je masa tu. Tetiba di halang gitu tengah tengah jalan.

Ai tanya nak tolong apa? Berkerut seribu dinar dahi ai tadi. Gasaknya cara tanya cam gangsta kann..adik tu dah takut. Siap pesan, jangan marahkan dia.

Entah apa dia cakap..dia kata nak gi Putrajaya. Ai dengar perkataan Putrajaya jer pon. Budak tu kata dia tak cukup duit..dia nak RM 16.90. Ha..tang duit tu telinga ai tangkas mendengar. Kih kih kih!

Ai tanya dia..ni dari mana? Kata budak tu dia dari JB. Pastu budak tu cakap sorry sangat dengan muka sedeh dia tu.

Ai hulur kat dia not merah seketul. Terus ai blahhh cepat cepat. Ai pon tak sampai hati tanak tolong, tapi ai was was jugak entah entah budak tu menipu ke.

Maklum lah zaman sekarang ni, macam macam orang buat untuk hidup. Menipu antranya!

-xoxo-

- Posted using BlogPress from my iPad

2.1.13

Kembali ke tadika

Yeah! Im on my way to zzZzz. Before that..

Cuti lagi hari ni. Hari ni rela bercuti demi hari pendaftaran tadika Sopie kat PASTI sebabnya first day ni baru tahu masuk kelas mana.


Saje nak tempek gambar jugak! Suasana kat luar. En Hubby yg snap. Tahun ni dia follow sekali. Tapi dia duk luar dewan jer la. Aku & Sopie jer duk dalam dewan.

Balik rumah terus register online untuk Sopie std 1 next year. Pengesahan lain kali lah buat bila cuti lagi nanti. Sure office SK Bukit Naga pon bizi tu sebab hari ni 1st day sekolah kan.

Apa lagi aku buat ek? Oh hari ni mendobi dan ironing day. Menci lah dobi dobi ni.

Till then...ngantok la la la tok dah ni.

- Posted using my iPhone -

1.1.13

3.0 series di 2013

Alhamdulillah, masih bernafas pada tanggal 1 Januari 2013.
Baru lepas dengar bunyi bising letupan mercun. Kelasss gitu penduduk Bukit Naga menyambut tahun baru. Macam nak raya.
Tahun 2013 - otomatik umur aku dah cecah 3.0 series. Cepatnya masa berlalu. Hampir 30 tahun aku bernafas di muka bumi ini.

~ 7 tahun bergelar isteri
Yer, aku kahwin awal. Malas sambung belajar lepas habis diploma. Kerja. Di risik orang. Bertunang pada umo 22 tahun. Umo 23 tahun dah menikah. Gatall!! Nak buat camno, jodoh...




~ 6 tahun sudah menjadi seorang ibu
Bersalinkan Sopie pada usia 24 tahun, Sarah - 26 tahun dan Auni - 29 tahun. 3 anak dalam masa 6 tahun. Lagi 10 tahun mendatang, berapa pulak anak anakanda nya yer?? Fengsannnn...kalau jadi kenyataan.




~ 10 tahun bergelar kuli makan gaji
Pengalaman pertama kerja - sebagai minah kilang. Lepas majlis konvo, baru cari kerja yang best sikit. Terpaksa berdikari hidup sendiri di negeri orang. Pengalaman kedua bekerja hingga sekarang - adalah dengan opis sekarang. 9 tahun di sini. Memang setia kan?




Off cos, sempena tahun baru ni, aku harapkan kebaikan dan yang terbaik dalam semua perkara. In Sha Allah. Mungkinkah ada pencapaian gemilang, terbilang lagi cemerlang pada tahun ini? Mengandung lagi?Pass-pass lah baton kat orang lain pulak kannnn.


- Posted using BlogPress from my iPad