Baru lepas dengar bunyi bising letupan mercun. Kelasss gitu penduduk Bukit Naga menyambut tahun baru. Macam nak raya.
Tahun 2013 - otomatik umur aku dah cecah 3.0 series. Cepatnya masa berlalu. Hampir 30 tahun aku bernafas di muka bumi ini.
~ 7 tahun bergelar isteri
Yer, aku kahwin awal. Malas sambung belajar lepas habis diploma. Kerja. Di risik orang. Bertunang pada umo 22 tahun. Umo 23 tahun dah menikah. Gatall!! Nak buat camno, jodoh...
~ 6 tahun sudah menjadi seorang ibu
Bersalinkan Sopie pada usia 24 tahun, Sarah - 26 tahun dan Auni - 29 tahun. 3 anak dalam masa 6 tahun. Lagi 10 tahun mendatang, berapa pulak anak anakanda nya yer?? Fengsannnn...kalau jadi kenyataan.
~ 10 tahun bergelar kuli makan gaji
Pengalaman pertama kerja - sebagai minah kilang. Lepas majlis konvo, baru cari kerja yang best sikit. Terpaksa berdikari hidup sendiri di negeri orang. Pengalaman kedua bekerja hingga sekarang - adalah dengan opis sekarang. 9 tahun di sini. Memang setia kan?
Off cos, sempena tahun baru ni, aku harapkan kebaikan dan yang terbaik dalam semua perkara. In Sha Allah. Mungkinkah ada pencapaian gemilang, terbilang lagi cemerlang pada tahun ini? Mengandung lagi?Pass-pass lah baton kat orang lain pulak kannnn.
- Posted using BlogPress from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan