Stalkers


Yang kesah

17.1.13

Letih

Subuh sapie ai bangun menyusukan si Auni ni. Si sarah pon terjaga jugak..mengelitis pulak nak susu. Siap drama air mata pulak tu. Episod tak berkesudahan. Meracau ke mengigau .tak tahu lah.

Cergas pulak ai pagi ni. Siap boleh update blog pulak. Ni kejap lagi nak masak air,buang sampah,sidai baju,bersiap nak gi kerja dan siapkan Sopie nak ke tadika.

Minggu lepas, jumaat ai tertutup alarm. Sambung tido kemain. Sudahnya 6.48 baru tersedar. Dah cam lipas kudung bersiap. Auni terus pass to Mak, mujur Mak dah siap awal awal. Tinggal nak siap diri sendiri & Sopie. Kelam kelibut pon, ai rasa paling awal lah tu sampai opis setakat ni..8.38 pagi. Selalu 8.45 lah..9 lah. Kebetulan jalan tak jam. Esp kat area Bukit Jalil tu.

Bekerja tak penat tapi travelling tu rasa buat badan letih. Selalu,lepas mengemas beg sekolah ai dan umah, terus nak tido. Makan pon lupa. Sudahnya hasil tenusu ai merudum. Cuak ai..dah la anakanda dah terer menyusu pakai botol ni.

Ni nak perah susu time malam tak jadi kenyataan lagi. Ate kusyuk tido aje, cam no kann.

Alahai, alarm ai pon da bunyi ni. 5.40 pagi dah bangun. Mahu awet muda ni bangun awal pagi..ekeke

- Posted using my iPhone -

Tiada ulasan: