Stalkers


Yang kesah

30.8.12

Potluck jamuan raya

Mood raya lagi kan.
Ramai jugak yang cuti hari ni nak sembahyang ching ming la.
Yang puasa 6 pon ada lagi.
So, kami kami yang tinggal beberapa kerat ni join.



Menu potluck kami tadi:
Air soya dan air asam boi dari perusahaan tuan haji.
Lemang pon dari tuan haji( tuan haji manager, kena sponsor lebih sikit).
Air ribena dari usahawanita berjaya.
Triffle dari pakar IT.
Nasi briyani n ayam briyani oleh geng kak kiah.
Lontong oleh si kembar siam.
Carbonara pulak dari kakak sekretari.
Apsal tak de gambar carbonara? De orang sabotaj ke ni? Ehhh, carbonara turun lewat..maklum la dari Parissss.
Memang best..best la. Event makan kan. Tak stress, tak tension.




Esok pulak aku akan ada rewang untuk open hse kat taman ni.
6 rumah termasuk rumah aku organize untuk penduduk taman aje. Hidup bermasyarakat kan.
Malam hari lepas open hse pulak, lari ke Pantai Dalam untuk rewang anak kazen nak kahwin pulak.

Lotih..



- Posted using BlogPress from my iPad

29.8.12

GCB oh GCB

Kekonon nye mengidam nye kes la nie.

Hujan renyai renyai malam ahad lepas tak membantutkan hasrat untuk pergi ke Mc D Bandar Puteri Klang.

Berkejar tu ke sana sebelum pukul 9 malam. Kes kejar offer untuk Mc Value Dinner.



Lama jugak en hubby beratur membeli sebab ramai orang. Drive thru pun ramai. Mana taknya, dah time orang dapat gaji minggu tu.


Bebudak ni, yang pandai makan burger cuma Sopie jer la. Adik makan fries aje. Tapi badan adik tetap semangat..

- Posted using BlogPress from my iPad

25.8.12

Semperit Dahlia

Raya kan sebulan.

Boleh lagi nak buat biskut raya.

Ni nak kongsikan resepi biskut semperit. Resepi dari Mak Mertua aku.

Baru bercita cita nak buat, tapi acuan semperit dah hilang. Tunggu la jumpa nanti baru buat.

Kalau tak jumpa tu, tak per..rujukan untuk tahun depan nye biskut raya la.

Yang ni memang tak de pakai tepung kastad, jadi warnanya krim aje.

Banyak pakai tepung jagung, memang cair di mulut dan perot...



Bahan bahan:-

3 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
200 gm - 250 gm butter
1 biji kuning telur
1 cawan gula icing
Ceri merah/kismis hitam untuk hiasan

Cara Buat :-

Satukan kesemua bahan di atas. Uli hingga sebati. Doh lembut tambah ler tepung. Doh keras tambah butter.

Pastu boleh le di cett kan atas dulang menggunakan acuan semperit bunga dahlia. Bakar hingga masak mengikut kemampuan oven memasing.


24.8.12

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya untuk semua.

Baru selamat kembali dari kampung pukul 1 pagi semalam. Tak de menempuh jam, 5 jam perjalanan.


17.8.12

Balik Kampung

Insyaallah, tengah malam ni nak bertolak ke kampung.

Kalau encik driver sihat, cemerlang boleh le bertolak selepas Isyak ke.

Kalau lemau, senduuu tu lepas pukul 12 tgh malam la kot.

Memandangkan balik lewat, memang plan nak baking kek untuk juadah raya nanti.

Seketul untuk Omak- choclate moist cake, seketul lagi untuk Mertuaku - marble choclate cheese cake.

Plan nak buat both choclate moist cake aje, tapi last minute geng Kak Kiah terjengah resepi best dari blog Noor Masri

Kebetulan hari tu de balance cream cheese lepas buat cheese tart, so memang berdezup la semangat waja nak membuatnya. Lagipon bahan nya simple dan senang dapat. Pastu kukus je tekniknye.

Adunan coklat tu macam cair, adunan cream cheese pulak pekat, berat.

Tu cheese ala ala terapung. Entah cheese nye turun ke base ke tak.


Marble Choc Cheese Cake 

Tak tahu rasanya cam no. Budak budak suke la kot..atau penggemar cheese sekalian.

Dah sejuk baru kasi bedak touch up.


16.8.12

Iftar di PICC Putrajaya

Ok jugak la harganya dengan menu menu nye. Standard la ada kambing golek, mini steak, satay, nasi mandhi arab, dim sum pon ada.

Tapi berbuka semalam F O C .

Join company en hubby berbuka dengan Jabatan Immigresen.



Mak pon kami angkut. Bebudak harus la ada sama.



- Posted using BlogPress from my iPad

13.8.12

Check Up dan Scan

2 kali hari ni lalu depan Stadium Shah Alam, pergi buat check up, pagi untuk register dan first check up, petang pulak datang untuk details scan. 

Pagi petang scan, senak jugak perut aku ni. Bawah ni hasil dari scan 3D.

Tembam nye pipi
Baby so far sihat aje.

Sekarang dah cecah 30 minggu. 

Jantinanya? 

Rezeki untuk G E G I R L lagi nampaknya.

Baby normal jer sihatnya, harap keluar dengan selamatnya jugak nanti.


12.8.12

HB Sarah 3 YO

Sarah ngam ngam 3 tahun pada 10 Ogos 2012.

Cukup kami raikan dengan sebijik kek bertema Upin Ipin, dah tiap tiap hari mengadap citer itu aje.

Kecik lagi, belum ingat hari lahir sendiri mahupun meminta hadiah.

Selamat...

Sarah dengan Pak Su 

Dengan sepupu - Danish
Sesi meniup lilin selepas iftar dengan anak sedara dan kakak ipar.



8.8.12

Biskut Almond London

Terjah blog Mat Gebu, adoi comelnye almond london nye. Dia bagi tips lagi untuk salutkan biskut dengan cooking coklat Tulip. Sedap dan senang mengeras.



Ni almond london pesen bebudak la.

Kat bawah ni resepi nye. Senang jer, sukatan pakai cawan juga.

Bahan untuk biskut ( dapat 150 biji)

1 buku butter @ 250g - pakai brand Butter Lite
1 cawan gula icing
2 1/2 cawan tepung gandum - sangai dulu dan di ayak
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan nestum kisar - x de, so tak letak
1 biji kuning telur
Badam yang dipanggang / di sangai
1 sk emplex- ni bahan untuk rangupkan biskut
Paper cup
500g cooking choc Tulip - beli kat bakery RM8.50
Choc rice/almond nip - untuk hiasan
Marjerin

Cara buat:

1. Pukul rata gula icing dengan butter.

2. Masukkan kuning telur. Pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan nestum.

4. Uli adunan hingga jadi doh. Terus uli hingga ia tak melekat pada jari. Tambah tepung gandum jika adunan lembut.

5. Ambil sedikit doh dan isikan badam di tengah tengah. Tutup kemas. Bentukkan bujur seperti almond.

6. Oleskan loyang. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 min.

7. Biarkan sejuk.

8. Buat hingga selesai adunan.

9. Cooking choc di cairkan dengan marjerin secara double boiler.

10. Sudukan coklat ke dalam papercup yang telah diisi dengan biskut. Atau celup satu persatu ke dalam coklat sebelum di letak ke dalam paper cup.

11. Hiaskan dengan choc rice/ almond nip.

12. Sejukkan atau letak dalam fridge 5-10 min sebelum di simpan.

Aku buat biskut ni malam sabtu. Ahad tengah hari baru salutkan dengan coklat.
Itu pon, mintak tolong en hubby untuk taburkan choc rice sementara aku sudukan choc. Takut choc mengeras.



- Posted using BlogPress from my iPad

7.8.12

Resepi Tart Nenas Gulung Gebus

Puas mencari resepi tart guna sukatan cawan. Akhirnya jumpe. Nanti aku copykan link blog tu. Lupa la blog mana satu.

Adapon jem nenas terlebih dahulu dah beli siap siap kat kedai. Sekilo RM7.50.

Kalau nak buat, sebijik nenas pon belum cukup nak diparut dan dimasak dengan gula.




Bahan untuk tart (dapat 100 biji)

200g butter (Butter Cup) + 50 g marjerin (Planta) -supaya alur tart gulung tak putus2.
3 cawan tepung gandum ( di goreng tanpa minyak dulu dan di ayak)
1/4 cawan gula halus/gula icing (jgn letak banyak untuk elakkan merekah masa bakar)
2 biji kuning telur -letak 1 biji aje
3 sudu tepung jagung
2 sudu tepung kastad
2 sudu tepung susu- x letak pon
2 sudu minyak sapi- letak 1 sudu aje (utk gebukan biskut)
Bahan glaze:
1 biji kuning telur
1 sudu susu pekat
Sedikit garam
Sebatikan semua bahan di atas.

Cara Buat Tart:

1. Gaul tepung dengan gula.
2. Masukkan butter dan merjerin hingga jadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan pula kuning telur.
4. Gaul hingga jadi doh lembut, agak agak tak lekat kat jari la adunan tu. Adunan lembut tambahkan tepung gandum. Adunan keras tambahkan marjerin. Pepandai la ejas.
5. Boleh lah start membentuk tart dengan acuan untuk tart gulung.
6. Oleskan loyang dengan marjerin dan sapu tart gulung dengan glaze.
7. Supaya tak tak kembang , masukkan ke dalam fridge 10-15 min sebelum di bakar.
8. Bakar pada suhu 180 darjah 15-20 min. Ikut peel oven memasing la senang.

- Posted using BlogPress from my iPad

6.8.12

My Kuih Raya

Tada..sudah siap 3 jenis biskut minggu ni.
Tart Nenas Gebus. Tak gebu sangat la buat, kang berderai bile sampai kampung.




Star Almond London Olimpic. Ingat London, ingat Olimpic.




Yang ketiga sarang semut. Tak sempat nak snap sarangnya. Siapnye tengah malam tadi. Terus masuk bekas.

Sabtu dan ahad ni memang aku sengaja khususkan untuk buat biskut dulu. Hari ni dapat la merehatkan diri. Next week pulak dah bz dengan agenda lain.

Sabtu minggu depan, kena organize majlis berbuka kat rumah aku as per request by anak anak perantau aka anak anak buah.

Insyaallah, cepat aku bersalin. Hihihi.

Banyak kerja kan..nak masak, untuk 10-12 orang. Mengemas lagi.

Ahad tu pulak nak hantar adik aku ke bus stop shah alam, balik kampung der untuk raya.

Then nak terus ke UMRA untuk 1st check up. Kalau sempat tu, leh la singgah kejap kat mana mana mall. Baju raya aku lom beli lagi la.

Next week pulak, dah nak balik kampung. Yahoo! Walau tak de bonus pon, raya la seadanya. Hati hati berbelanja. Jangan kering kontang pulak lepas raya.

- Posted using BlogPress from my iPad

Kuih Raya 2012

Tahun lepas buat biskut kacang mazola, choclate chips dan semperit. Mazola dengan semperit sama dengan biskut mertuaku.

So,
Tahun ni planning buat 3 jenis biskut moden sahaja.

-tart nenas, almond london, sarang semut dan kek hitam/kek belang.

Tart, almond dan sarang semut FIRST TIME EVER buat. Hai jadi ke tak ni.

Moden semuanya. Baru la tak sama dengan mertuaku.

Semalam pergi kedai bakery untuk beli bahan bahan utama seperti:

1kg jem nenas - untuk tart nenas, tak larat la buat secara tradisi.
500g cooking coklat (Tulip) untuk almond london.
500g Butter (Butter Cup/Butter Lite) - untuk almond dan tart nenas.
Emplex- untuk rangupkan almond london.
500g almond - off cos le untuk almond london.
1kg Marjerin (Planta) - semua pakai butter, bangkrap dik non.
Choc. rice
1000 pcs paper cup
1kg tepung gandum
500g tepung jagung
400g Minyak sapi
Total cost RM 60++

Telur dan gula icing dah ada stok kat rumah.

Sangat teruja nak buat almond london dan tart nenas.

- Posted using BlogPress from my iPad

1.8.12

Dessert semalam- Bubur Som Som

First time buat, first time makan. Kes nak menghabiskan stok tepung beras la.
Ni lah rupe som som nye. Comei macam Mek Som. Tak tahu lah Mek Som mana.




Gambar dari deeamorkitchen.blogspot.com

Tapi semalam buat kaler putih jer..makan dengan air gula merah.
Cara buat:
1. Sebatikan 1 cawan tepung BERAS dan 3 cawan SANTAN dan sedikit GARAM.
2. Masakkan adunan atas api sampai pekat.
3. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Rasanya semalam lemak lemak masin , plus manis la.
Buat sikit jer, tapi habis la di bedal oleh adik lelaki ku.

- Posted using BlogPress from my iPad