Stalkers


Yang kesah

31.7.12

Rezeki




Cam gempak jer tajuk entry. Cam le de bonus.

Aku rasa sapa sapa yang related dengan FELDA, tahun ni memang sakan la untung. Sesiapa kerja gomen pon, sama la jugak.

Tahun ni aku tak de la citer citer BONUS ni macam tahun tahun sebelum, sampai la tahun 2006. Lama tu.

Adik aku dapat duit raya & BONUS sebulan. Tue semangat nak cuti awal. Kang lepas raya, kering kontang.

Ok la jugak, kang raya kat kampung, dia sponsor lebih la untuk persediaan raya sebelah family aku.

En Hubby pon bulan ni baru Co. bayar increment. Back dated 3 bulan.

Seolah-olah merestui le niat dia ngantor aku bersalin pakej 2 hari 1 malam ek kat spital tu jer nanti.

Senduu..bagi kat aku seketul duit tu pon tak pe.

Aku ni harap gaji jer la kan..dapat masuk tu pon kira OK dah.

Tak tahu la kalau dah ke company abang tiri tu nanti, ade ke tak BONUS nye ek??

Duit raya ke..

Wakaka..Umpama Mimpi Dalam Mimpi jer la.


- Posted using BlogPress from my iPad

27.7.12

Booking Hospital

Belum buat lagi sebenarnya. Sekarang ngam ngam 28 minggu pregnancy atau 7 bulan.Next week la booking, atau next next week. Malassss

Dah discuss dengan en hubby. UMRA atau PPUM? PPUM cam selamat sikit, tapi jauh la pulakkkk.

Pi UMRA jer la saranan en hubby. Dekat tu yang penting. Pakej normal delivery murah dari hospital swasta lain. Kene emergency czer ke, menangis la membayor pulak.

Sopie & Sarah dulu, kat gomen jer, baru RM50++. Kalah buffet ramadhan nye price.

Kalau Hospital Klang, gomen tu tak crowded sangat, rela jer aku ke sana. Dah la kita menahan sakit, sesak pulak wad nye. Baby pon tak lena nak tido. Cam no kite nak berehat? Stress, stress.

Ni pon belum scan jantinanya. Kalau boy, bagus la. Kalau girl pon okay. Save duit, pakai le baju kakak kakak nye.

- Posted using BlogPress from my iPad

24.7.12

Buyung Yang Berpuasa

Walau bergelar mak buyung, aku  selamat berpuasa juga, nak masuk hari ke 4 hari ni. Tapi terawih tak dapat buat la. Dah lepas makan berbuka, makanan tu terasa macam stuck je tak turun turun ke perut..sebab perut dah besar kot.

Orang kata, kalau pregnant..tak pe tak puasa. Cam tak best kalau tak puasa. Pastu, nak mengqada puasa pon 1 hal. Cuma puasa hari ke 2 tu la, 5 minit sebelum berbuka tu terasa mcam mual-loya pulak. Nasib baik dah dekat waktu berbuka.

Cuma amalkan, masa berbuka, ngap dulu kurma baru minum atau makan. Masa bersahur plak, penutup sahur dengan kurma 2 biji. 

Khasiat kurma ni banyak sebenarnya. Salah satunya kaya dengan zat besi. Sebab kurma la HB aku naik dari 11.4 jadi 12.3 last 2 week nye check up. Power tak power si kurma nye khasiat. Belum lagi tu tambah sparing partnernye - minum susu. Sure HB aku stabil jer. 

Kurma kegemaran aku tentulah dari Yusof Taiyoob- yang murah sekali la. Lembut jer. Tapi bulan puasa la jumpe kurma ni. 

Kurma Madu Bam





Al Kisah Bank

Untuk senyum ramadhan...



- Posted using BlogPress from my iPad

21.7.12

Ramadhan Pertama

Saat ini, memang rasa lemah. Rasanya mampu puasa penuh hari ini.

Mujur pagi tadi seawal kul 9 pagi dah buat dessert untuk menu berbuka. Kalau tak, memang dalam kenangan la blueberry cheese tart. Sebab tak de colour purple tu, belasah jer la kaler merah.




Main dish tentu lah berat- nasi putih, sup tulang & daging, sambal belacan dan spagetti bolognaise.



Nampak adik lelaki aku beli murtabak ayam tadi. Variety tapi portion sikit sikit.

Spagetti buat separuh dlm 250g. Sup tulang/daging leh bawak ke sahur banti.
Insyaallah- tiada pembaziran.

Tambahan lagi, lontong dari jiran Myvi ku dan kuew teow goreng dari jiran bantingku.



- Posted using BlogPress from my iPad

20.7.12

Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem






Oh My Arabic...




Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua blogger terutama muslimin dan muslimat sekalian.




Dengan kandungan yang mencecah 27 minggu ini, harap harap dapatlah aku menunaikan ibadah puasa dengan jayanya.




Kepada yang tersentuh dengan kelantangan tulisan dalam blog ini, ku pohon kemaafan.








17.7.12

Postponed Lagi

Oh My Inglish...

Ni kisah pasal opis aku yang bakal pindah ke Midvalley.

Pospon lagi sampai le lepas raya. Elok tu!

Pospon sampai aku bersalin pon tak pe.

Saya suka, saya suka..bak kata Mei Mei.


- Posted using BlogPress from my iPad

12.7.12

KL lagi

Hari ni aku cuti. Ada rombongan kak kiah ke K L . Bukan kak kiah opismate, kak kiah ex opismate.

Dah plan dari last week sebenarnya. Diorang ni nak syopping raya. Aku pulak nak cari birthday present en hubby. Mungkin aku belikan tshirt I LUV KL je untuk dia sebab aku rasa birthday present aku pon tshirt jugak, I LUV AUSSIE. Sengal jer!

Tak tahu pulak tetiba 2-3 hari ni banyak kerja kat opis tu. Dah janji nak jumpa, terpaksa la jugak cuti. Tinggallah bos baru meroyan buat kerja hari ni. Jangan kol aku 7 kali sudah. Kacauuuu je!





8.7.12

Pulut Durian

Bahan bahan:

Isi durian, santan dan gula.




Durian ni beli dari pasar malam petang jumaat tu la. Masa balik kampung sempat jugak ratah durian jer, tak makan dengan pulut pon.

Lagipon en hubby kureng le makan durian macam ni. Dengan serawa ok, atau ratah macam tu saje.

Sebab dia tak de le, menu ni keluar.

Makan durian ni buat aku kerap berulang alik ke toilet sebab nak kencing.

Budak dalam perut ni pon gerak aktif dalam perut.


- Posted using BlogPress from my iPad

7.7.12

Malas tapi buat jugak

Malas tapi buat jugak. Ni lah hasilnya.

Menjahit labuci kat leher baju kurung bebudak.

2.7.12

Shopping time..Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman

Lepas habis urusan kat Putrajaya rabu lepas, en hubby pon kena balik ke opis.

Otw ke opis , mintak dia drop aku kat lrt Bukit Jalil.

Sebab aku nak ke Sogo dan Jalan TAR.

Balik kang, tumpang dia jugak.

Malas la nak rushing balik rumah. Kalau dekat lain citer.

Motip ke Sogo?